PMR - Bagaimana Melindungi dan Menjaga Perut

Perut merupakan organ yang penting sebagai tempat menyimpan makanan dan menghadamkan makanan protein. Nafsu makan juga di perut, berpuasa juga di perut, dan datangnya penyakit juga sedikit sebanyak bersumber dari perut. Hasilnya di umur yang muda lagi, kerana tidak menjaga makanan perut menjadi buncit, dan hilang bentuk tubuh yang cantik. Jadi disini penulis menyenaraikan beberapa tips penting untuk menjaga perut.

1. Perut kita perlukan masa selama lebih 4 atau 5 jam antara dua hidangan. Janganlah makan sehingga makanan yang awal itu dihadam sehabisnya. Makan sebelum waktu makanan yang utama akan membebankan perut kalian bekerja dan menyebabkan sistem penghadaman menjadi tidak teratur. Segala makanan perlulah dimasak dengan rapi (well-cooked) dan segar kerana makanan yang tidak dimasak dengan baik tidak membunuh parasit didalamnya (beberapa jenis makanan berdaging). Makanan juga perlu dibasuh dengan baik.

2. Makan kerana tiada rasa lapar adalah dilarang dan tidak elok juga membiarkan perut terlalu lapar dan melewatkan waktu makan akan menyebabkan pengeluaran enzim terganggu. Jadi bila lapar, makanlah dengan perlahan, dan berhentilah sebelum kenyang.

3. Pastikan waktu makan itu waktu kalian bahagia dan bersenang hati. Jangan sesekali makan diwaktu cemas, ataupun sibuk bercakap dihadapan makanan.

4. Jangan makan dikala kalian sedang bermalu-maluan, tapi dalam keadaan yang berpuas hati dan tenang.

5. Makruh makan makanan yang terlalu panas, kerana akan mencederakan perut dan gigi. Tambahan pula akan menyebabkan makanan tidak hadam dan menyebabkan ulcer perut.

6. Minumlah air sedikit sebelum makan (separuh teguk,air mineral), buat pelincir perjalanan makanan turun sepanjang sistem penghadaman. Jangan pula minum sepuasnya sebelum atau sejurus selepas makan kerana akan mengurangkan penghadaman makanan secara maksimum. Minumlah air setengah jam atau sejam selepas makan. Jika perkara ini tidak teratur akan mengundang kepada perut buncit.

7. Minum 7 hingga 8 gelas air mineral sehari untuk memastikan kelancaran sistem penghadaman dan perjalanan darah.

8. Sebaiknya makanlah buah terlebih dahulu kerana buah buahan mengandungi karbohidrat yang mudah dihadam berbanding roti atau beras sebagai bahan tenaga untuk sistem penghadaman bekerja.

9. Jangan tidur, baring atau bekerja selepas makan, dan ambillah masa rehat untuk seketika untuk memberi peluang makanan dihadam. Dan kerana ketenangan inilah akan meningkatkan lagi penghadaman makanan (keadaan non-simpatetik)

10. Kurangkan makanan yang melemahkan perut seperti makanan pedas, terlalu masam atau teh.

11. Ikutilah piramid makanan dalam diet kalian, berbagai-bagai kerana tubuh badan kita memerlukan semua (glucose, amino acid, fat) untuk sistem badan yang lain.

12. Rajinlah berpuasa, kerana sesungguhnya kalian akan sihat. Puasa akan merehatkan perut dari bekerja, mengantikan sel-sel yang rosak dan sebagai maintainance dalam seminggu.

bersambung...~

PMR - Arah Yang Penting Buat Remaja

1. Perasaan seksual adalah sangat semulajadi dalam kehidupan seseorang, lantas ia janganlah dipandang kotor, tidak sihat, cacat atau memalukan. Ia haruslah diambil sebagai suatu sumber pemeliharaan kehidupan, iaitu dengannya, perasaan ini bertanggungjawab untuk meneruskan zuriat akan datang.

2. Perasaan seksual ini hadir terus bila seseorang mencapai umur baligh sehinggalah ke tua. Jadi ia memerlukan kawalan yang baik dari dalam diri kalian dan kalian janganlah menjadi hamba kepada perasaan ini, kerana memuaskan seksual dalam keadaan yang salah lebih teruk daripada binatang kerana tidak menggunakan akal yang waras.

3. Perlu diingat bahawa kehendak seksual meningkat selari dengan peningkatan umur, jadi organ seksual memerlukan masa yang panjang sebelum berfungsi dengan baik.

4. Remaja yang menjaga kemaluannya dengan baik (tidak berlaku zalim padanya) pastinya akan memberikan fungsi yang terbaik selepas berkahwin.

5. Juga sangat perlu buat remaja lelaki untuk menjauhi gadis-gadis (menjaga jarak) supaya kehendak seksual ini dalam keadaan yang terkawal dan membuat dosa dihapuskan.

6. Kebiasaan (habit) seseorang yang bermula dari awal pastinya akan berterusan sehingga ke saat kematian. Jadi seseorang yang dikategorikan sebagai baik atau jahat bergantung pada kebiasaannya dan orang yang baik akan memperolehi kejayaan yang sebenar.

7. Remaja perlu menjauhi pernikahan pada saat awal baligh sehinggalah dia mampu menjaga kehendak seksual secara total dan selamat daripada masalah.

8. Jauhi pelacur atau kalian akan mendapat derita yang lebih sengsara kerana pelbagai penyakit seksual.

PMR - 4 Keinginan Terkuat Dalam Diri Remaja

Buat diri seorang remaja yang hidupnya normal dan akal fikirannya waras, terdapat tiga keinginan yang sangat kuat dalam diri mereka.

1. Inginkan makanan yang sedap-sedap
2. Ingin bercakap banyak dan enjoy sepanjang masa
3. Melihat antara lelaki dan perempuan
4. Ingin merasai sesuatu yang baru

Makanan yang lazat

Apabila terpampang sahaja iklan makanan di kaca televisyen, umpama makanan terbaru di Pizza Hut, McD atau KFC, mulalah remaja-remaja terliur untuk membeli dan merasainya. Atau sedang berjalan di shopping complex besar-besar seperti KLCC, Mid Valley, pastinya melintasi kedai-kedai makanan yang mengundang selera diperut. Tidak kiralah berapa harganya, sanggup sahaja mengeluarkan duit hanya untuk memenuhi nafsu makan itu. Jadi remaja sekalian, makan itu perlu, namun perlu juga berpada-pada. Bukannya duit yang kita dapat untuk makan sesuka hati, sedangkan ada lagi yang sedang berlapar kerana tiada duit. Jadi lebih baik kita sama-sama memberi makan orang yang kelaparan daripada memenuhi nafsu perut kita dengan makanan yang mahal-mahal sahaja.

Bercakap banyak dan enjoy sepanjang masa

Bila remaja sudah berkumpul beramai-ramai bersama kawan-kawan, maka banyaklah topik yang keluar. Menceritakan hal masing-masing, hal orang lain, sehinggakan tidak sedar terumpat atau menyakiti hati orang lain. Perkara ini kalian perlu berhati-hati. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh ditarik balik. Kadang kala terus mengundang kepada pergaduhan jika terlalu emosi. Jadi lebih baik diam dari banyak berkata-kata. Enjoy...merupakan perkara utama, yang membuang masa, hanya untuk memenuhi masa lapang tanpa melakukan perkara berfaedah. Main video game, berparti, melepak merupakan perkara-perkara yang membuang masa banyak dalam hidup remaja. Banyak lagi perkara yang perlu digapai seperti mencari ilmu, memperbaiki bacaan Al-Quran atau mencungkil bakat terpendam supaya menjadi dewasa yang hebat kelak. Jadi cubalah rancang masa dengan baik.

Mata yang meliar pada berlainan jantina

Lumrah remaja sudah punyai tarikan pada berlainan jantina. Bila pergi ke kelas, ke pasaraya atau kemana jua mesti mahu melihat 'dia' (ungkapan untuk berlainan jantina). Buka facebook, hanya ingin menatap kecantikan ketampanan 'dia'. Apatah lagi apabila si gadis dengan gaya yang menggoda di facebook, dengan pakaian yang menonjolkan kesemuanya, membuatkan si jejaka terpaku dan terpegun di kaca komputer. Malah ada juga jejaka yang sibuk menonjolkan susuk tubuhnya tanpa berbaju di facebook, menarik pula si gadis melihat. Jadi berhati-hatilah wahai remaja sekalian. Ada syaitan yang menemani disisi, ada juga malaikat yang mencatat keburukan kalian. Jadi lebih baik menjaga pandangan, kerana baiknya pandangan baiklah seluruh tubuh badan.

Ingin mencuba sesuatu yang baru

Pantang ada teknologi terbaru, ingin dibelinya. Ada tempat baru dibuka, ingin pergi melihat. Ada pertandingan bermacam-macam, ingin menyertainya. Ada cabaran yang membahayakan, mahu mencubanya. Bermacam lagi yang ingin dibuat dan dirasai. Wahai sahabat remajaku sekalian, mencuba biarlah yang tidak membahayakan, merasai biarlah yang tidak merosakkan. Mencari pengalaman itu bagus, namun tidak semua pengalaman itu bagus. Kalian mempunyai akal fikiran yang waras untuk mengukur timbang mana yang baik dan yang buruk. Jadi berhati-hatilah pada godaan dunia yang bersifat sementara ini supaya tidak terjerumus kelembah dosa yang menjanjikan azab neraka...

bersambung...~


PMR - Cara Mengatasi Kemahuan Yang Memberontak

Allah Yang Maha Berkuasa telah menganugerahkan kita kekuatan dan ruang yang sangat besar. Jika kita sedar akan perkara ini didalam diri kita pastinya kita mampu mengatasi masalah kemahuan yang sangat kuat ini dan juga masalah-masalah lain.

Didalam diri kita mempunyai 'tenaga batin' ataupun 'kekuatan iman' ataupun digelar 'will power'. Dengan kekuatan ini kita mampu mengatasi kemahuan dan kehendak jika ianya digunakan dengan sebaiknya. Bila kemahuan ini sudah mula meminta-minta sehinggalah ke otak maka kekuatan ini mampu mengurangkannya.

Contohnya bila kalian terlihat gadis yang comel, cantik, seksi melalui dihadapan kalian, pastinya mata itu tergerak sendiri untuk melihat dan merenung sepanjang masa, suatu masa will power ini akan menegur kalian..

" Ini adalah tindakan syaitan, jadi tidak patut aku melihatnya dan Allah selalu memerhatikan aku..."

Bila bisikan itu berkata sedemikian, dengan kekuatan iman maka kalian akan beristighfar dan terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Jadi untuk meningkatkan kekuatan iman ini haruslah kita sentiasa memperbaharui iman kita dengan rajin menuntut ilmu agama, memahami isi kandungan Al-Quran dan mengamalkan solat-solat sunat.

Allah juga berfirman dalam surah Al-Mulk, sesiapa yang menahan diri daripada melakukan maksiat sedang tidak dilihat oleh orang, maka dia mendapat keampunan yang besar. Jadi untuk mengatasi masalah kemahuan yang mendadak ini, perlulah sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi dengan sentiasa melihat orang yang tidak bernasib baik dan lebih miskin dan orang yang berada dibawah kalian. Tambahan pula dengan ibadah yang berkualiti menjadikan kalian hamba yang soleh dan solehah, lantas mampu mengatasi masalah ini...

bersambung...~

PMR - Histeria dan Mimpi disiang Hari

Bercambahnya kehendak dan kemahuan tanpa dipenuhi sangat menyukarkan hidup kita. Bila bertambahnya tekanan dan stress, penyakit histeria akan menguasai minda.

Ia terjadi pada remaja-remaja yang terlalu stress, sakit hati, sentiasa cemas, sangat membosankan, sangat menyampah, menjijikkan, mimpi yang buruk dan sebagainya. Sebab-sebabnya mungkin selepas putus cinta, dibuang keluarga, gagal dalam peperiksaan atau dipulau rakan-rakan. Elemen-elemen ini akan menyebabkan makanan kurang hadam, pening, kurang tidur atau tidak boleh tidur. Tambahan pula ia akan menyebabkan mata menjadi lemah, menjadikan seseorang cepat letih, hilang minat untuk belajar dan memorinya menjadi lemah.

Lama-kelamaan akan sakit dan menjadi sasaran untuk bertemu doktor, kemudian kehabisan duit, dan bisnes menjadi hambar. Dia akan rasa selesa buat seketika, tetapi penyakit itu tidak hilang. Semakin hari semakin bertambah dan bertambah lalu menjadikan seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi, jantung berdegup kencang, dan histeria.

Wanita, dalam sebahagian kes, iaitu seorang gadis muda menjerit kuat dalam keadaan yang tidak sedar sambil tangan dan kakinya memeluk tubuh. Pada masa lain dia akan mula ketawa sendirian, kemudian menangis sendiri. Dan orang disekelilingnya akan fikir bahawa gadis ini sedang berada dibawah pengaruh jin, sedangkan dia hanya dipengaruhi emosi yang membuak-buak, akibat tekanan kemahuannya yang tidak dipenuhi.

Kesannya yang lain juga, kerana tekanan yang melampau ini menjadikan seorang remaja itu melakukan jenayah merompak, mencuri, merogol, atau mengejar perempuan seperti orang gila, kemudian mendapat nama buruk disisi keluarga dan masyarakat. Mereka menjadi kebiasaan untuk menipu, degil dan tidak terurus. Namun kemahuan yang paling kuat untuk dipenuhi adalah kemahuan syahwat. Itu yang menyebabkan lahirnya anak luar nikah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kita akan bincangkan perkara ini kemudian.

MIMPI DISIANG HARI

Ada juga antara mereka lebih suka bermimpi disiang hari kerana kemahuan mereka yang tidak dipenuhi. Dia ingin keluar dari alam nyata dan hanya ingin hidup dialam mimpi yang menjanjikan keseronokan dan keindahan. Namun apabila bangkit, dia akan bersedih kerana kemahuannya itu tidak juga dipenuhi. Remaja ini akan sering tidur sepanjang masa, menjadikan kehidupannya tidak terurus, dan lama kelamaan menjadi seorang yang lemah tubuh badan dan pemikiran. Hasilnya menjadi insan yang gagal, tertinggal di belakang sedangkan orang lain sudah jauh berada di hadapan. Sifat inferior akan lahir dan merosakkan seluruh kehidupannya...

bersambung....~

PMR - Keinginan dan kemahuan

Setiap orang menjadi sasaran keinginan dan kompleks yang berterusan sepanjang hidup. Disini kita akan bincangkan mengapa ianya berlaku dan disini juga akan dibincangkan beberapa istilah supaya mudah untuk difahami dalam perbincangan yang lebih lanjut.

1. Akal / Hati Nurani / conscience

Ia adalah pusat pada sebab/alasan dan intelek. Nurani ini meletakkan manusia lebih diatas ciptaan lain dan ia menyebabkan manusia mampu bertamadun dan berkembang pesat.

2. Nafsu / unconscience

Ia adalah sebahagian daripada minda terletaknya keinginan yang tersimpan yang masih belum dipenuhi. Didalamnya simpanan harapan dan cita-cita dan juga kehendak. Apabila ia menguasai diri, nafsu ini akan menonjolkan sifat negatif dan kesannya keinginan itu didorong pada saluran yang salah untuk dipenuhi.

3. Persekitaran / environment

Agensi luaran yang memberi kesan pada sifat manusia dan cara hidup.

4. Penyesuaian / adjustment

Ia adalah penyesuaian diri mengikut kehendak situasi dan persekitaran dan bersedia untuk menghadapi cabaran dan situasi yang sukar.

Keinginan / desire

Kita perlukan banyak perkara untuk hidup diatas dunia ini, seperti makan, minum, tempat tinggal dan makanan. Sekarang untuk penuhi perkara ini kita perlukan banyak perkara. Kita juga berkeinginan untuk mengatasi orang lain dari segi nama dan mashur, kecantikan dan perhiasan, yang meminta lebih. Kita juga selalu berfikir untuk hidup dengan gembira, bahagia, mudah dan selesa. Jadi keinginan ini berkembang terus tanpa kita sedari. Walaubagaimanapun keinginan ini bukanlah suatu yang cacat dan menyusahkan untuk mereka yang mengejar keperluan mengikut kesesuaian cara hidup yang sederhana.

Kompleks / complexes

Ini juga merupakan keinginan yang lebih daripada biasa iaitu kekayaan dan kemewahan atau apa jua yang melebihi tahap keperluan seseorang. Keinginan yang masih belum dipenuhi ini kadang kala membuatkan manusia sanggup melakukan jenayah atau dosa disisi agama dan masyarakat. Keinginan ini berterusan berkembang dan berkembang yang tiada kepuasan. Apatah lagi apabila ia menguasai nafsu menjadikan kita sentiasa berasa cemas sepanjang masa. Mereka saling bersaing untuk dipenuhi namun mustahil untuk kita penuhi kesemuanya atau mana-mana daripadanya yang mengatasi had keupayaan kita. Oleh yang demikian minda kita berperang dengan konflik dan konflik ini menjadikan minda kita letih dan menyebabkan badan kita lemah, juga penyakit histeria yang bersarang dikeliling kita.

bersambung....~

PMR - 'a series of dangers' Buat Remaja

Sahabatku...yang ku kasihi,

Celik sahaja dari tidur, bahaya itu sudah ada dimana-mana. Bahaya yang bagaimana? Kalau ianya bahaya zahiriah, semua orang boleh elak. Kemalangan? kalau sudah ada 'airbag' kt stering, insyaAllah mengurangkan kecederaan. Tapi ianya batiniah, bahaya yang menyelit masuk ke diri seseorang secara sedar atau tidak sedar. Apakah dia? teruskan pembacaan...

Bahaya Pertama

Kalian punyai ramai kawan, dan didalam ramai-ramai itu pastinya antara mereka ada yang bermulut 'lazer', mulut 'masin' , mulut 'main lepas je' dan mulut-mulut yang tidak siuman. Oleh kerana ada perkataan yang kalian nampak 'best', membuatkan kalian mudah belajar bahasa-bahasa yang tidak enak didengar. Bahasa-bahasa yang bersifat kotor, lucah, kesat ini lama-kelamaan akan meresap kedalam jiwa kemudian ianya menjadi kebiasaan. Hasilnya mudah untuk menghina seseorang, menjatuhkan maruah seseorang, atau juga menjadi bahan tawa sehingga tidak ingat dunia. Kalian tidak sedar sebenarnya kalian menjadi mangsa pada pengaruh kotor itu. Kalian tidak sedar bahawa perkataan itu menyebabkan berlakunya pertelingkahan, membuat orang lain marah, orang sakit hati, orang berdendam, dan mungkin juga bersifat kurang ajar. Oleh itu elakkanlah daripada mengeluarkan perkataan tersebut. Bila didengar, diam dan berbisiklah pada hati..."Ahli syurga tidak mempunyai bahasa yang tidak elok..aku mahu menjadi sebahagiannya daripadanya..."

Bahaya Kedua

Janji manis, bagai menanam tebu dibibir, ayat power, ayat cair, fewittt semuanya istilah yang digunakan bagi mengambarkan orang yang bijak berbicara untuk menggoda seseorang yang lain, baik lelaki atau perempuan. Hal ini merupakan suatu perangkap kotor yang akan membinasakan kalian. Walaupun dia seorang guru, mampu menggoda anak didik perempuannya sendiri supaya hadir ke rumahnya dengan alasan ada 'free tuition khas buat dirinya' sedangkan gadis itu tidak sedar tanduk syaitan yang tumbuh dibalik guru itu. Majikan dan pekerja, teman lelaki, ustaz?, semuanya perlu berhati-hati...(*lebih tinggi iman, lebih tinggi godaan, bukan berniat menjatuhkan reputasi)

Bahaya Ketiga

Pergi ke kedai, sungguh banyak bahan hiburan yang boleh dibaca. Kartun, Manga, Fesyen tekini, Artis sensasi, Kereta bersama model yang mengiurkan syahwat, malah terselit pula gambar wanita berbaju ketat di sebalik akhbar harian. Buat kanak-kanak yang baru baligh, mengapa melihat semua itu rasa seronok? Mana datang perasaan ini? Buat remaja wanita, pengaruh fesyen-fesyen terkini kononnya 'up to date' walaupun mendedahkan bentuk tubuhnya, free untuk jejaka-jejaka kampus mencuci mata. Novel yang mempunyai kisah percintaan yang hebat, mengalihkan minat kalian untuk membaca buku sekolah, universiti dan buku ilmiah. Buku picisan ini haruslah dielakkan, untuk memelihara otak kalian daripada berkembang dengan perkara tidak baik. JANGAN BELI...itu yang terbaik...

Bahaya Keempat

Merokok, menonton wayang, berdating, lepak sampai malam, membeli produk kecantikan yang tiada pengesahan doktor, pil cepat kurus, skim cepat kaya, handset terbaru yang canggih, semuanya perkara yang sangat mudah mempengaruhi kalian dialam remaja. Bukan ini sahaja, beribu perkara yang tidak terlintas pada pemikiran penulis, kerana hebatnya protokol yahudi. Jadi caranya, mintalah nasihat ibu bapa, dan orang-orang dewasa, orang-orang berilmu sebelum membuat apa-apa tindakan...bersambung....

PMR - Tentera Iman versus Tentera Nafsu

Sahabat remajaku sekalian,

Allah telah menciptakan didalam diri kalian seorang kawan yang menjaga kalian daripada melakukan kejahatan sepanjang masa. Bila kalian merancang untuk melakukan kejahatan, hati kalian akan berdegup kencang dengan tidak semena-mena. Ini adalah tanda amaran yang diketuk oleh kawan yang bergelar IMAN. Apabila jantung berdegup kencang, kemudian bernafas dengan deras, tidak senang duduk, liar memerhatikan persekitaran dan suatu suara yang acapkali membisik ke telinga;

" Jangalah buat perkara ini kerana ianya dosa. Nanti Allah akan marah. Keluarga kau akan malu, reputasi kau akan jatuh selamanya, jauhinyalah sekarang...."

Kawan inilah yang bernama IMAN dan kerananya Allah menjadikannya sebagai pelindung. Namun bersama kawan ini juga hadir pula kawan yang sering mengajak melakukan perkara tidak baik. Kawan inilah yang bernama NAFSU. Ia sentiasa bermain di fikiran, merancang dengan teliti, bayangan yang luar biasa, dan membisik juga ke telinga;

" Alah sekali je ni, lepas ni kau taubatlah. Kalau tak de orang nampak kau akan untung. Tolonglah sekali ni je. Aku yakin kau akan selamat..."

Bila kalian merancang sesuatu, IMAN dan NAFSU akan berperang antara satu sama lain, menjadikan kalian tertekan dan tertekan. Lantas kalian memilih untuk mengikut kata NAFSU kerana ia akan membuatkan NAFSU senyap seolah-olah ianya menyelesaikan peperangan itu. Bila sudah ter'kantoi' maka barulah nak insaf.

Sedarilah kalian bahawa NAFSU tidak penah kenal erti ' sekali je ni ' atau ' ni betul-betul last '. Tidak wahai sahabat sekalian. Sekali ia berbisik, ia akan berbisik lagi, meminta lagi dan tiada kepuasan sehinggalah sampai satu masa kerosakan pada kalian yang akan memberhentikan bisikan itu. Kerosakan di dunia, pasti juga tidak selamat di akhirat.

Jadi wahai sahabat yang kusayangi, apabila tiba-tiba terasa kencangnya degupan jantung itu, cepat-cepat jauhi perkara itu. Pergilah ambil wudhuk dan memohon taubat dan istighfar banyak-banyak. Rajin-rajinkanlah membaca tafsir Al-Quran untuk memahami isi kandungannya kerana didalamnya terkandung apa yang BOLEH dan apa yang TIDAK BOLEH dari kalam Tuhan yang Esa...bersambung...~

PMR - Remaja Perlukan Sahabat

Wahai remaja, mahu atau tidak kalian sangat perlukan sahabat atau kawan untuk mencapai kebahagiaan hidup. Amat payah untuk kamu hidup tanpa sahabat disisi. Seorang sahabat mesti berkongsi rahsia, kegembiraan dan kesedihan. Even adik beradik kalian pun belum tentu mampu memberikan suasana yang meriangkan hatimu seperti seorang kawan. Jadi amat penting untuk mencari teman yang ikhlas bersama kalian.

Siapakah sahabat?

1. Adik beradik ibarat lengan manakala sahabat umpama jantung yang mana kalian tidak mampu hidup tanpa jantung walaupun lengan masih bersambung dengan tubuh.

2. Sahabat tahu sesuatu yang tidak diketahui seisi rumah (keluarga).

3. Sahabat bukanlah yang makan semeja denganmu dirumah tetapi dia adalah orang yang menghulurkan bantuan dikala kalian dalam kesusahan.

4. Sahabat yang sebenar hanya memberikan nasihat dengan ikhlas.

Allah juga sangat menuntut kita supaya bersahabat, setia pada sahabat, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan melebihi 3 hari. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita hidup bersama seorang sahabat dialam ini.

Pemilihan Sahabat

Kehidupan remaja sangat mudah terpengaruh dengan kawan-kawan disekelilingnya. Bila kalian dikalangan orang yang merokok, pastinya kalian akan diajak untuk merokok. Tapi apabila kalian dikalangan orang yang pergi bersolat jemaah, pastinya kalian juga akan diajak pergi solat berjemaah di masjid. Selain itu, bila kalian bersama orang yang banyak bercakap perkara yang sia-sia, maka banyak juga perkara buruk yang masuk ditelinga kalian. Bila kalian bersama orang yang banyak berzikir, sedikit sebanyak pastinya bibir kalian akan tergerak sendiri untuk mengingati Allah.

Bersama kawan yang baik, kalian akan dinasihati. Bersama kawan yang buruk, kalian diajak pula kearah kemaksiatan. Kawan yang baik harus dirapati, kawan yang buruk harus dijauhi, kawan yang kafir perlu didakwahi. Dijauhi disini bukan bermaksud meninggalkan terus tetapi kalian perlu ada usaha untuk menasihati mereka kearah kebaikan. Islam dibina atas dasar ukhuwah, Rasulullah perlukan Para Sahabat untuk berjuang, Para Muhajirin perlukan Ansar untuk bersama membina kekuatan, dan kerana kawan yang soleh jua kalian perlukan untuk bersama-sama berjuang membela agama Islam.

Percaya kawan berpada-pada, usah terlalu mempercayai usah terlalu meragui kecuali dia seperti Abu Bakar As-Siddiq. Sokongan padu pada kawan harus secara total. Bersangka baik itulah serendah-rendah peringkat ukhuwah. Melebihkan kawan dari diri sendiri (itsar) itu sebaik-baik peringkat ukhuwah. Yang penting dalam apa-apa tindakan perlulah berhati-hati.
Jadi fikirkanlah semula, kaji semula rakan-rakan kalian, tapis semula sikap dan sifat mereka, ambil yang jernih supaya hati kita bertambah bersih dan kasih....bersambung..~

PMR - Penyelesaian Masalah Remaja (pengenalan)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dengan izin Allah diriku selamat pergi ke Mekah dan selamat pulang ke Mesir dengan keadaan sihat sejahtera...

Penyelesaian Masalah Remaja...tajuk ini dipetik dari sebuah buku bahasa Inggeris dari India yang aku beli di Mekah Al Mukarramah. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kalian yang masih bergelar remaja, tidak kira lelaki atau perempuan yang berumur dalam lingkungan 15 sehingga 24 tahun dan khusus buat mereka yang masih membujang....

Wahai sahabat remajaku sekalian,

Sekarang kita sedang berada dalam suatu alam yang menjadi titi yang menghubungkan dua kehidupan, dan diatas titi ini penuh dengan perkara yang menarik dan menggodamu. Dalam lingkungan umur ini kalian akan melihat didalam diri kalian keseronokan yang mengasyikkan, harapan yang menggunung, semangat yang membara, cita-cita yang sangat tinggi dan kehendak yang sangat berbagai pada itu dan ini menyebabkan kalian tidak cukup rehat. Kalian melihat diri kalian tiada siapa yang membantu, malahan jauh sekali untuk mencapai segalanya, dan tiada kuasa untuk memenuhinya.

Kerana jiwa muda itu darah yang mengalir sungguh panas dan bersemangat. Hidup yang tiada tanggungjawab. Malangnya disekat dengan keadaan sekitar, ibu bapa, prinsip agama yang menghalang kalian bebas bagai burung di dalam sangkar. Kerana itu kalian sering memberontak dan ingin mengamuk sesuka hati.

Wahai jiwa remaja, sedarilah bahawa kalian masih berada di alam 'tabung uji', dimana alam untuk menyesuaikan diri untuk menjadi seorang dewasa kelak. Barang siapa yang merasai manis pahit sepanjang remajanya akan belajar dari pengalaman. Sedarilah begitu banyak perkara yang perlu dibuat didalam umur yang singkat ini.

Jangan ingat mereka yang melanggar peraturan jalan raya mampu melepasi kesesakan lalulintas dan kerana itu juga jangan ingat hidup bebas tanpa batasan di dunia akan juga terbebas
di Akhirat. Tiada siapa yang boleh biarkan anda untuk hidup bebas sesuka hati.

Buat terakhir sekali wahai sahabat, ingat sekali lagi kalian sedang berdiri di suatu lembah gaung untuk meniti di titian yang rapuh sehingga sampai ke daratan yang seterusnya. Andai kalian terkejar-kejar terburu-buru, maka jika tergelincir sukar untuk kembali berdiri dengan seimbang. Jadi berhati-hatilah melihat titian itu, imbangkan badan, jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan, insyaAllah akan tiba jua ke sana hanya dengan KESABARAN......bersambung.....