PMR - Tentera Iman versus Tentera Nafsu

Sahabat remajaku sekalian,

Allah telah menciptakan didalam diri kalian seorang kawan yang menjaga kalian daripada melakukan kejahatan sepanjang masa. Bila kalian merancang untuk melakukan kejahatan, hati kalian akan berdegup kencang dengan tidak semena-mena. Ini adalah tanda amaran yang diketuk oleh kawan yang bergelar IMAN. Apabila jantung berdegup kencang, kemudian bernafas dengan deras, tidak senang duduk, liar memerhatikan persekitaran dan suatu suara yang acapkali membisik ke telinga;

" Jangalah buat perkara ini kerana ianya dosa. Nanti Allah akan marah. Keluarga kau akan malu, reputasi kau akan jatuh selamanya, jauhinyalah sekarang...."

Kawan inilah yang bernama IMAN dan kerananya Allah menjadikannya sebagai pelindung. Namun bersama kawan ini juga hadir pula kawan yang sering mengajak melakukan perkara tidak baik. Kawan inilah yang bernama NAFSU. Ia sentiasa bermain di fikiran, merancang dengan teliti, bayangan yang luar biasa, dan membisik juga ke telinga;

" Alah sekali je ni, lepas ni kau taubatlah. Kalau tak de orang nampak kau akan untung. Tolonglah sekali ni je. Aku yakin kau akan selamat..."

Bila kalian merancang sesuatu, IMAN dan NAFSU akan berperang antara satu sama lain, menjadikan kalian tertekan dan tertekan. Lantas kalian memilih untuk mengikut kata NAFSU kerana ia akan membuatkan NAFSU senyap seolah-olah ianya menyelesaikan peperangan itu. Bila sudah ter'kantoi' maka barulah nak insaf.

Sedarilah kalian bahawa NAFSU tidak penah kenal erti ' sekali je ni ' atau ' ni betul-betul last '. Tidak wahai sahabat sekalian. Sekali ia berbisik, ia akan berbisik lagi, meminta lagi dan tiada kepuasan sehinggalah sampai satu masa kerosakan pada kalian yang akan memberhentikan bisikan itu. Kerosakan di dunia, pasti juga tidak selamat di akhirat.

Jadi wahai sahabat yang kusayangi, apabila tiba-tiba terasa kencangnya degupan jantung itu, cepat-cepat jauhi perkara itu. Pergilah ambil wudhuk dan memohon taubat dan istighfar banyak-banyak. Rajin-rajinkanlah membaca tafsir Al-Quran untuk memahami isi kandungannya kerana didalamnya terkandung apa yang BOLEH dan apa yang TIDAK BOLEH dari kalam Tuhan yang Esa...bersambung...~

0 Apa Anda Rasa?: