PMR - Histeria dan Mimpi disiang Hari

Bercambahnya kehendak dan kemahuan tanpa dipenuhi sangat menyukarkan hidup kita. Bila bertambahnya tekanan dan stress, penyakit histeria akan menguasai minda.

Ia terjadi pada remaja-remaja yang terlalu stress, sakit hati, sentiasa cemas, sangat membosankan, sangat menyampah, menjijikkan, mimpi yang buruk dan sebagainya. Sebab-sebabnya mungkin selepas putus cinta, dibuang keluarga, gagal dalam peperiksaan atau dipulau rakan-rakan. Elemen-elemen ini akan menyebabkan makanan kurang hadam, pening, kurang tidur atau tidak boleh tidur. Tambahan pula ia akan menyebabkan mata menjadi lemah, menjadikan seseorang cepat letih, hilang minat untuk belajar dan memorinya menjadi lemah.

Lama-kelamaan akan sakit dan menjadi sasaran untuk bertemu doktor, kemudian kehabisan duit, dan bisnes menjadi hambar. Dia akan rasa selesa buat seketika, tetapi penyakit itu tidak hilang. Semakin hari semakin bertambah dan bertambah lalu menjadikan seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi, jantung berdegup kencang, dan histeria.

Wanita, dalam sebahagian kes, iaitu seorang gadis muda menjerit kuat dalam keadaan yang tidak sedar sambil tangan dan kakinya memeluk tubuh. Pada masa lain dia akan mula ketawa sendirian, kemudian menangis sendiri. Dan orang disekelilingnya akan fikir bahawa gadis ini sedang berada dibawah pengaruh jin, sedangkan dia hanya dipengaruhi emosi yang membuak-buak, akibat tekanan kemahuannya yang tidak dipenuhi.

Kesannya yang lain juga, kerana tekanan yang melampau ini menjadikan seorang remaja itu melakukan jenayah merompak, mencuri, merogol, atau mengejar perempuan seperti orang gila, kemudian mendapat nama buruk disisi keluarga dan masyarakat. Mereka menjadi kebiasaan untuk menipu, degil dan tidak terurus. Namun kemahuan yang paling kuat untuk dipenuhi adalah kemahuan syahwat. Itu yang menyebabkan lahirnya anak luar nikah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kita akan bincangkan perkara ini kemudian.

MIMPI DISIANG HARI

Ada juga antara mereka lebih suka bermimpi disiang hari kerana kemahuan mereka yang tidak dipenuhi. Dia ingin keluar dari alam nyata dan hanya ingin hidup dialam mimpi yang menjanjikan keseronokan dan keindahan. Namun apabila bangkit, dia akan bersedih kerana kemahuannya itu tidak juga dipenuhi. Remaja ini akan sering tidur sepanjang masa, menjadikan kehidupannya tidak terurus, dan lama kelamaan menjadi seorang yang lemah tubuh badan dan pemikiran. Hasilnya menjadi insan yang gagal, tertinggal di belakang sedangkan orang lain sudah jauh berada di hadapan. Sifat inferior akan lahir dan merosakkan seluruh kehidupannya...

bersambung....~

0 Apa Anda Rasa?: