30 Zulhijjah 1431 vs 31 Disember 2010

10...9...8...7...6...5...4...3...2...1....

"Boommm" bunyi bunga api menghiasi langit dikala kegelapan malam...cantik, sungguh indah...Bagi pasangan-pasangan diatas muka bumi menganggap itulah detik paling romatik ketika bersama...

31 Disember 2010...

Banyak lagi persiapan belum dibuat sebelum masuk tahun baru, getir hatiku...cuti dah nak habis, anak-anak sudah nak mulakan persekolahan sesi 2011. Poket pun hampir rabak gara-gara memenuhi permintaan anak-anak yang inginkan itu dan ini. Tambahan isteri pula inginkan berbagai hadiah sempena tahun baru. Serabut fikiranku...

Tidak apa, tahun depan aku akan jadi manager yang terhebat atas dunia. Semua blueprint sudah siap untuk dilaksanakan. Apabila siap Seven Wonder Tower tahun depan, pastinya wajah aku akan terpampang di dada-dada akhbar dan muka hadapan majalah. Alangkah seronoknya menjadi jutawan...

Mak, tiba-tiba aku teringat emak di kampung. Tidak apalah, emak tahu yang aku sibuk. Pastinya dia faham keadaan aku. Setakat dua tahun tidak pulang, apalah sangat. Tahun depan aku cuba untuk balik kampung, kalau berkesempatan. Tapi isteri aku ingin pula aku pulang ke rumahnya. Aduh, tidak sanggup aku melukakan hati isteri yang paling aku sayang. Tidak apalah kalau tidak pulang ke kampung, asalkan isteri aku bahagia...

'Kondom Bersepah Apabila Masuk Tahun Baru'....headline akhbar Now Malaysia..alah, biasalah perkara tu. Muda-mudi sekarang fitrah nak merasakan sesuatu yang seronok dan baru. Aku dulu pun bukan tak pernah. Bahagia je sekarang. Walaupun sudah bercerai talak 4 kali, itulah kebiasaan. Lebih baik tidak berkahwin kalau asyik bercerai saje. Buat membazir je duit aku. Hidup hanya sekali, baik hidup puas-puas....

30 Zulhijjah 1431....

Allah, sebentar lagi kitab amalanku akan diambil oleh malaikat. Bagaimana agaknya amalanku tahun ini? Apakah diterima Allah, ataupun sebaliknya...Nauzubillah...berjurai air mata aku mengenangkan dosa-dosa yang aku lakukan sepanjang tahun ini, dan betapa sedikitnya amalah kebaikan yang aku lakukan...Ya Allah, ampunilah dosaku...

Masuk tahun baru, apakah aku masih diberi bonus nyawa tahun depan? Menghitung amalan, beg yang ingin dibawa sebagai bekalan ringan sangat. Bagaimana agaknya aku hendak menjawab didepan Allah? Aku sedar, tiada jalan tengah antara syurga dan neraka. Kalau tidak ke syurga, kenerakalah jawabnya. Azab paling ringan pun memakai selipar neraka yang boleh mendidihkan otak. Ya Allah, berilah masaku untuk bertaubat kepadaMu...

Tahun depan aku akan pastikan anak-anak sudah menghafal lime juzuk bersama terjemahan. 10 hadis lekat dikepala. Biar dewasa kelak menjadi insan yang berguna pada agama Allah. Andai mereka hidup, mereka akan hidup sebagai mujahid, dan jika mereka mati, mereka akan mati sebagai syahid. Biarlah, itu matlamat aku yang jelas...Bantulah aku Ya Allah...

"Sayang...apakah permintaan sayang buat tahun depan?" tanyaku pada isteri...lantas dia menjawab..." Syg nak abang bimbing syg menuju ke syurga..." jantungku berdegup kencang...apakah selama ini sudah cukup ilmu agama yang aku curahkan pada isteri, apakah sudah cukup bimbingan agama buat anak-anak, apakah aku menjalankan amar makruf nahi mungkar, apakah aku sudah mengembirakan hati ibu ayah, apakah aku mampu melangkah ke pintu gerbang syurga?? Allah........

PMR - Adab Bertemu dan Berkumpul

1. Selalu bersama-sama orang yang baik dan soleh.

2. Mulakan pertemuan dengan Al-Fatihah dan akhiri pertemuan dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr

3. Niat bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

4. Ambil tempat dimana yang kosong dan jangan melangkah orang lain untuk duduk di hadapan.

5. Jangan duduk di bahagian tengah dimana orang lain membuat bulatan.

6. Jangan mengambil tempat orang jika dia keluar sebentar sahaja.

7. Jika dua orang duduk berhampiran dan sedang berbual, maka janganlah kita terus duduk di antara mereka tanpa mendapat izin mereka.

8. Biarkan hanya seorang sahaja yang berbicara dalam sesebuah pertemuan dan elakkan dari mencelah akan ucapannya.

9. Ucapkan salam apabila masuk didalam perkumpulan.

10. Sekiranya bertemu dengan mana-mana Muslim maka ucapkanlah salam dan berjabat tangan.

11. Senyumlah pada mereka apabila bertemu

12. Jangan masuk ke rumah orang tanpa izin, dan berdirilah jauh sedikit daripada pintu selepas mengetuk pintu.

13. Jika bertemu berlainan jantina, maka patuhilah syariat dan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah.

PMR - Adab Memimpin dan Dipimpin

Kepimpinan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Tanpa kepimpinan, sesebuah masyarakat hidup dalam keadaan kucar-kacir, mementingkan diri sendiri dan berlaku kezaliman yang nyata. Rasulullah juga seorang pemimpin, ketua agama, ketua negara, ketua masyarakat, ketua keluarga dan kepimpinannya sangatlah bijaksana sehinggakan agama Islam kekal hingga ke hari ini. Jadi bagaimana adab-adab kepimpinan...

Adab pemimpin kepada orang yang dipimpin.

1. Belaku adil pada setiap golongan masyarakat.

2. Melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar pada kemaksiatan.

3. Menjaga kebajikan rakyat merangkumi semua keperluan asasi

4. Menjadi contoh tauladan kepada masyarakat.

5. Melaksanakan dakwah untuk mengembangkan agama Islam

6. Mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin melebihinya.

7. Meletakkan hukum Allah sebagai perlembagaan utama dalam pembentukan undang-undang.

Adab dengan pemimpin

1. Mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu masih mengamalkan syariat Allah.

2. Menghormati dan menyayangi pemimpin seperti saudara seislam yang lain.

3. Menjaga maruah pemimpin bermaksud dilarang memburuk-burukkan pemimpin selagi tiada berlaku kezaliman yang dilakukannya.

4. Memberi kerjasama dan sanggup berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab bersama-sama pemimpin.

5. Memberi teguran melalui saluran yang tertentu secara berhikmah seandainya pemimpin itu tidak menjalankan amanahnya dengan baik.

6. Menziarahi pemimpin tanda sokongan dan hormat kepada mereka.

7. Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran, tenaga dan sumbangan harta dalam membangunkan masyarakat.

PMR - Adab tidur dan berjaga

1. Berjaga sehingga lewat malam dan bangun lewat di siang hari adalah sifat yang negatif dan melemahkan kesihatan.

2. Tilam yang lembut dan empuk menyebabkan kekerapan mimpi basah. Tambahan pula ia menambah keinginan untuk rehat yang berlebihan.

3.Kibas katil dengan kain sebelum tidur untuk mengelakkan serangga yang berbahaya.

4. Baca Al-Quran surah yang kalian hafal sebelum tidur dan bermuhasabah diri sebelum terlena serta memohon ampun daripada Allah atas kesilapan dan dosa dihari itu.

5. Elakkan berbaring dilambung kiri atau meniarap, kerana ianya bersamaan dengan sikap syaitan, malahan membawa banyak penyakit.

6. Tidur bersama fikiran yang kotor akan menyebabkan mimpi yang menyeramkan. Tenangkanlah fikiran dan sentiasa ingat Allah dikala ingin pejamkan mata.

7. Tidur yang menutup muka akan menghalang udara segar dan sesak nafas, jadi biarlah tidur dalam keadaan terbuka dibahagian muka.

8. Amalkan bangun awal dikala sebelum waktu subuh dan membuat sedikit munajat pada Allah ataupun qiamullail. InsyaAllah seharian itu akan sentiasa segar dan bertenaga.

9. Sekiranya mendapat mimpi yang baik maka ucapkanlah 'alhamdulillah' dan sebaliknya jika mendapat mimpi yang buruk maka beristigfarlah...

10. Ucapaknlah "La haulawala quwwata illa billahil aliyyul azim" jadi mimpi ngeri itu tidak berulang lagi

PMR - Adab-adab menjaga kebersihan

Kebersihan sebahagian daripada iman...bermakna, antara elemen penting dalam menjaga iman adalah menjaga kebersihan dan kesucian diri dan persekitarannya. Allah sangat menyukai orang yang pembersih. Hakikatnya kebersihan hati mustahil tanpa kebersihan diri. Beberapa langkah penting harus dititik beratkan..

1. Beristinjak selepas membuang air kecil atau besar.

2. Jangan menghadap kiblat dari depan atau belakang semasa buang air.

3. Jangan kencing dalam keadaan berdiri untuk mengelakkan najis di pakaian ( Orang yang kencing bediri akan mendapat seksaan kubur )

4. Jangan membuang najis di jalanan, antara pokok atau di tempat orang duduk.

5. Masuk ke tandas mulai kaki kiri, bertutup kepala, berselipar, dan tidak bertelanjang bulat.

6. Membaca doa sebelum masuk ke dalam tandas

7. Jangan membuang hingus, atau membuang kahak dihadapan orang lain.

8. Segera mandi sekiranya terkena najis

9. Jaga kebersihan gigi, telinga, dan kulit dan mandilah selalu...

PMR - Adab-adab pakaian

Al-Quran menyatakan beberapa keperluan memakai pakaian:

a) Menutup tubuh
b) Selamat daripada suhu cuaca
c) Selamat daripada musuh
d) Sebagai hiasan diri
e) Namun pakaian terbaik adalah taqwa

Kebelakangan ini kita sudah lupa semuanya mengenai pemakaian hasil pengaruh budaya barat. Hiasan diri menjadi jual beli dan meletakkan Al-Quran sebagai panduan terakhir. Kita lihat sendiri, diwaktu bernikah, kenapa baru nak pakai tudung? atau kematian kedua ibu bapa atau ke perkuburan baru ingin menutup kepala? atau adakah ianya sekadar adat bukannya ibadat? Pakaian wanita yang tidak cukup kain untuk menutup dada, lelaki yang berani hanya berseluar dalam di pantai, wanita yang memakai pakaian yang jarang dan ketat, atau lelaki yang membiarkan rambutnya panjang seperti perempuan, apakah Islam itu hanya pada kad pengenalan?

Wahai remaja pewaris generasi Islam kemudian, setiap apa yang Allah perintahkan punyai hikmah yang besar. Ada sebab kenapa Allah memerintahkan untuk menutup aurat. Semuanya kerana adanya nafsu. Namun kalau tiada nafsu maka tiadalah cinta dan tiadalah zuriat, maka hilanglah nikmat terbesar di dunia. Jadi Allah meletakkan beberapa adab dalam berpakaian...

1. Pakaian untuk menutup badan, menambah kesucian, membina perasaan malu dan memelihara maruah diri daripada tercemar.

2. Mengucapkan syukur ketika memakai pakaian, dan sedekahkanlah pakaian lama kepada orang yang lebih memerlukan, bukannya dibuang begitu sahaja.

3. Membaca doa sebelum memakai pakaian.

4. Pakaian putih lebih baik untuk lelaki.

5. Seluar yang dipakai biarlah berpada-pada (paras buku lali) dan janganlah sehingga mencecah lantai kerana akan mengotorkan seluar lalu membawa masalah dalam solat.

6. Diharamkan memakai sutera bagi lelaki kerana ianya hanya untuk wanita.

7. Jangan memberikan isteri pakaian yang boleh menembusi pandangan, atau yang ketat, kerana jika dipakai maka berdosalah di suami.

8. Lelaki diharamkan memakai pakaian seperti wanita dan juga sebaliknya termasuklah gelang, rantai yang kononya mengikut trend masa kini bagi lelaki.

9. Jangan jadikan pakaian untuk kita bongkak, sombong, menunjuk-nunjuk, dan bersederhanalah untuk membina ketaqwaan kita pada Allah.

10. Jangan memakai emas bagi lelaki, tidak kiralah dia pembesar mahupun sultan sekalipun.

11. Wanita dilarang memakai wangian untuk menarik perhatian lelaki tetapi baik untuk suami.

12. Wanita biarlah memakai pakaian berwarna sederhana yang bukannya sangat terang kerana ia mampu menarik perhatian lelaki untuk melihat.

13. Pakaian biarlah sentiasa bersih kerana ia menandakan berimannya seseorang pada Allah.

PMR - Adab-adab ketika makan

Makanan, merupakan sumber utama untuk meneruskan kehidupan. Allah berfirman, ambillah makanan yang bersih dan suci dan jangan makan makanan yang jijik dan kotor. Setiap apa yang Allah larang untuk dimakan pastinya mempunyai hikmah yang besar, kerana khinzir tempat hidupnya cacing dan arak merosakkan organ hati. Ambillah beberapa pengajaran dibawah ini dan amalkan didalam kehidupan seharian.

1. Basuh tangan sebelum makan (banyak bakeria akan melekat di tangan)

2. Membaca basmalah sebelum makan dan hamdalah selepas makan (tidak makan bersama syaitan)

3. Duduk mengikut sunnah dimana kedua lutut kebawah atau satu lutut berdiri dan satu lagi kebawah untuk mengelakkan terlalu kenyang (lutut itu menekan perut dan memelihara kesihatan perut)

4. Makan dan minum menggunakan tangan kanan (jari-jemari tangan kanan mampu mengeluarkan enzim untuk memudahkan penghadaman)

5. Makan apa yang ada dihadapan kalian dahulu. Jangan sibuk mengambil makanan yang jauh kerana orang lain tidak suka akan perbuatan itu. Mintalah dengan baik untuk menghulurkan makanan yang tidak dicapai tangan.

6. Jangan cari kesalahan diwaktu makan, makan apa yang kalian mahu dan tinggalkan yang tidak mahu.

7. Jangan meniup makanan kerana udara juga mempunyai banyak habuk dan kuman.

8. Jilat jari selepas makan kerana ia juga merupakan sunnah Rasulullah.

9. Makan bersama mengundang rahmat daripada Allah. Juga eloklah bertukar-tukar masakan.

10. Kalau kalian pergi makan ke rumah orang maka doakanlah pemberi makanan itu supaya dirahmati Allah.

11. Jangan berlaku sombong ketika makan. Sesudah makan basuhlah pinggan kalian kerana Allah menyukai hambanya yang memudahkan orang lain.

12. Makan dengan sopan dan bertatasusila.

13. Dilarang makan atas pinggan emas atau perak.

14. Jangan makan ketika baring, kerana akan merosakkan penghadaman.

15. Ketika membasuh pinggan, pastikan pinggan itu bersih sebersihnya.

16. Minum air bahagikan untuk 3 nafas. Minum meneguk sekali terus tidak elok untuk penghadaman. Juga minum ketika bernafas bolem membuatkan seseorang tersedak.

17. Jangan menghabiskan duit untuk makanan yang mahal-mahal kerana lebih kepada membazir kerana masih mampu mendapatkan makanan yang berpatutan.

18. Jangan rasa tidak malu untuk pergi jamuan makan tanpa diajak.

19. Makanlah berbagai-bagai jenis makanan untuk menjanjikan nutrisi yang mencukupi.

20. Makan mengikut waktu, kerana enzim akan keluar mengikut kebiasaan waktu makan.

21. Gosok gigi selepas makan untuk mengelakkan cepatnya berlaku kerosakan gigi.

PMR - Mata, Nikmat Allah yg Besar

Mata merupakan suatu anugerah daripada Allah yang sangat besar fungsinya. Ada pepatah terkenal mengatakan " Dunia ini melekat bersama mata ", hidup ini kurang gembira bila tiada mata untuk melihat, namun Allah gantikan sesuatu keistimewaan bagi mereka yang buta. Malangnya, kalian ramai yang kurang menjaga kesihatan mata. Oleh kerana itu ramai kita lihat dikalangan orang-orang muda yang sudah berkaca mata.

Bagaimana ingin menjaga kesihatan mata?

1. Jangan menulis dan membaca didalam cahaya malap.

2. Pastikan cahaya berada disebelah kiri ketika membaca dan menulis. Cahaya dari arah kanan dan depan boleh menyakitkan mata.

3. Buku atau bahan bacaan haruslah berada dalam jarak paling kurang 10 hingga 12 inci

4. Elakkan membaca ketika baring atau dalam kenderaan bergerak

5. Elakkan membaca ketika makan

6. Gunakan collyrium (cecair untuk mata) sebelum tidur

7. Basuh mata dengan air sejuk. Ini boleh membersihkan mata kalian dari habuk dan debu.

8. Berjalan di taman atau padang hijau dipagi hari sangat baik untuk mata.

9. Pelihara mata daripada asap dan debu

10. Pakai cermin mata hitam bila cahaya matahari sangat terik

11. Gerakkan anak mata dalam suatu pusingan untuk melancarkan darah masuk ke mata

12. Berhenti seketika selepas membaca untuk merehatkan mata dan teruskan kembali belajar. Kekal terus untuk membaca akan memberi tekanan pada mata.

13. Kelipkan mata beberapa kali untuk memberi latihan..(memang sudah automatik)

14. Kurangkan baca tulisan kecil untuk jangka masa yang panjang

15. Mata tidak baik apabila kekurangan makanan, lemah dan cuaca buruk

16. Cahaya yang sangat terang mampu merosakkan mata.

17. Elakkan melihat suatu yang lucah, ngeri, menggelikan, jijik, perang dan sebagainya yang boleh mengubah hormon dalam badan.

PMR - Food & Vitamin

Untuk kekal sihat, perlukan makanan yang mempunyai vitamin yang banyak. Kebanyakan remaja ketandusan duit ataupun menabung untuk perkara yang dihajati sehingga tidak hirau akan makanan yang dimakan. Ada juga kerana berjimat itu makanan pagi, tengahari, petang, malam semuanya berkonsepkan 'meggi'. Oleh itu berubahlah kearah hidup yang lebih sihat. Bukannya makanan yang mahal menjanjikan vitamin yang mencukupi, tapi pemilihan makanan itu sendiri kalian perlu bijak. Jadi disenaraikan makanan yang baik untuk diambil...

1. Protein - daging, ikan, telur dan keju.

Kegunaan : Memperbaiki otot, buat sel darah merah, buat hormon, buat enzim untuk sistem penghadaman.

2. Lemak - minyak, mentega, susu, kuning telur

Kegunaan : Simpan haba, menampung organ seperti ginjal, sumber tenaga terbesar.

3. Karbohidrat - nasi, roti, kentang, gula, buah-buahan

Kegunaan : Buat tenaga untuk kerja seharian

4. Garam mineral - garam, limau, copper, besi, sulphur, phosphorus

Kegunaan : Melancarkan peredaran darah, buat sel darah merah dan mengekalkan kesihatan

5. Vitamin

A - telur, susu, hati ikan, lobak merah, tomato

Kegunaan : Kesihatan mata dan kesuburan kulit

B - hati haiwan, kacang tanah,

Kegunaan : Kesihatan hati (liver) sebagai orang terpenting dalam metabolisma badan.

C - buah-buahan, sayur-sayuran hijau

Kegunaan : Sebagai reducing agent yang mengelakkan daripada toksin yang boleh merosakkan badan, membuat kulit (keratin)

D - matahari

Kegunaan : kesihatan tulang.

E - minyak zaitun

Kegunaan : mengekalkan kesuburan seseorang.

Telur = kurang seringgit sebiji
Susu = kurang 2 ringgit sekotak
Buah-buahan = seringgit untuk buah potong
Sayuran = kurang seringgit seikat

Jadi demi kesihatan anda..fikirkan kembali...=)

bersambung...~

PMR - Bagaimana Melindungi dan Menjaga Perut

Perut merupakan organ yang penting sebagai tempat menyimpan makanan dan menghadamkan makanan protein. Nafsu makan juga di perut, berpuasa juga di perut, dan datangnya penyakit juga sedikit sebanyak bersumber dari perut. Hasilnya di umur yang muda lagi, kerana tidak menjaga makanan perut menjadi buncit, dan hilang bentuk tubuh yang cantik. Jadi disini penulis menyenaraikan beberapa tips penting untuk menjaga perut.

1. Perut kita perlukan masa selama lebih 4 atau 5 jam antara dua hidangan. Janganlah makan sehingga makanan yang awal itu dihadam sehabisnya. Makan sebelum waktu makanan yang utama akan membebankan perut kalian bekerja dan menyebabkan sistem penghadaman menjadi tidak teratur. Segala makanan perlulah dimasak dengan rapi (well-cooked) dan segar kerana makanan yang tidak dimasak dengan baik tidak membunuh parasit didalamnya (beberapa jenis makanan berdaging). Makanan juga perlu dibasuh dengan baik.

2. Makan kerana tiada rasa lapar adalah dilarang dan tidak elok juga membiarkan perut terlalu lapar dan melewatkan waktu makan akan menyebabkan pengeluaran enzim terganggu. Jadi bila lapar, makanlah dengan perlahan, dan berhentilah sebelum kenyang.

3. Pastikan waktu makan itu waktu kalian bahagia dan bersenang hati. Jangan sesekali makan diwaktu cemas, ataupun sibuk bercakap dihadapan makanan.

4. Jangan makan dikala kalian sedang bermalu-maluan, tapi dalam keadaan yang berpuas hati dan tenang.

5. Makruh makan makanan yang terlalu panas, kerana akan mencederakan perut dan gigi. Tambahan pula akan menyebabkan makanan tidak hadam dan menyebabkan ulcer perut.

6. Minumlah air sedikit sebelum makan (separuh teguk,air mineral), buat pelincir perjalanan makanan turun sepanjang sistem penghadaman. Jangan pula minum sepuasnya sebelum atau sejurus selepas makan kerana akan mengurangkan penghadaman makanan secara maksimum. Minumlah air setengah jam atau sejam selepas makan. Jika perkara ini tidak teratur akan mengundang kepada perut buncit.

7. Minum 7 hingga 8 gelas air mineral sehari untuk memastikan kelancaran sistem penghadaman dan perjalanan darah.

8. Sebaiknya makanlah buah terlebih dahulu kerana buah buahan mengandungi karbohidrat yang mudah dihadam berbanding roti atau beras sebagai bahan tenaga untuk sistem penghadaman bekerja.

9. Jangan tidur, baring atau bekerja selepas makan, dan ambillah masa rehat untuk seketika untuk memberi peluang makanan dihadam. Dan kerana ketenangan inilah akan meningkatkan lagi penghadaman makanan (keadaan non-simpatetik)

10. Kurangkan makanan yang melemahkan perut seperti makanan pedas, terlalu masam atau teh.

11. Ikutilah piramid makanan dalam diet kalian, berbagai-bagai kerana tubuh badan kita memerlukan semua (glucose, amino acid, fat) untuk sistem badan yang lain.

12. Rajinlah berpuasa, kerana sesungguhnya kalian akan sihat. Puasa akan merehatkan perut dari bekerja, mengantikan sel-sel yang rosak dan sebagai maintainance dalam seminggu.

bersambung...~

PMR - Arah Yang Penting Buat Remaja

1. Perasaan seksual adalah sangat semulajadi dalam kehidupan seseorang, lantas ia janganlah dipandang kotor, tidak sihat, cacat atau memalukan. Ia haruslah diambil sebagai suatu sumber pemeliharaan kehidupan, iaitu dengannya, perasaan ini bertanggungjawab untuk meneruskan zuriat akan datang.

2. Perasaan seksual ini hadir terus bila seseorang mencapai umur baligh sehinggalah ke tua. Jadi ia memerlukan kawalan yang baik dari dalam diri kalian dan kalian janganlah menjadi hamba kepada perasaan ini, kerana memuaskan seksual dalam keadaan yang salah lebih teruk daripada binatang kerana tidak menggunakan akal yang waras.

3. Perlu diingat bahawa kehendak seksual meningkat selari dengan peningkatan umur, jadi organ seksual memerlukan masa yang panjang sebelum berfungsi dengan baik.

4. Remaja yang menjaga kemaluannya dengan baik (tidak berlaku zalim padanya) pastinya akan memberikan fungsi yang terbaik selepas berkahwin.

5. Juga sangat perlu buat remaja lelaki untuk menjauhi gadis-gadis (menjaga jarak) supaya kehendak seksual ini dalam keadaan yang terkawal dan membuat dosa dihapuskan.

6. Kebiasaan (habit) seseorang yang bermula dari awal pastinya akan berterusan sehingga ke saat kematian. Jadi seseorang yang dikategorikan sebagai baik atau jahat bergantung pada kebiasaannya dan orang yang baik akan memperolehi kejayaan yang sebenar.

7. Remaja perlu menjauhi pernikahan pada saat awal baligh sehinggalah dia mampu menjaga kehendak seksual secara total dan selamat daripada masalah.

8. Jauhi pelacur atau kalian akan mendapat derita yang lebih sengsara kerana pelbagai penyakit seksual.

PMR - 4 Keinginan Terkuat Dalam Diri Remaja

Buat diri seorang remaja yang hidupnya normal dan akal fikirannya waras, terdapat tiga keinginan yang sangat kuat dalam diri mereka.

1. Inginkan makanan yang sedap-sedap
2. Ingin bercakap banyak dan enjoy sepanjang masa
3. Melihat antara lelaki dan perempuan
4. Ingin merasai sesuatu yang baru

Makanan yang lazat

Apabila terpampang sahaja iklan makanan di kaca televisyen, umpama makanan terbaru di Pizza Hut, McD atau KFC, mulalah remaja-remaja terliur untuk membeli dan merasainya. Atau sedang berjalan di shopping complex besar-besar seperti KLCC, Mid Valley, pastinya melintasi kedai-kedai makanan yang mengundang selera diperut. Tidak kiralah berapa harganya, sanggup sahaja mengeluarkan duit hanya untuk memenuhi nafsu makan itu. Jadi remaja sekalian, makan itu perlu, namun perlu juga berpada-pada. Bukannya duit yang kita dapat untuk makan sesuka hati, sedangkan ada lagi yang sedang berlapar kerana tiada duit. Jadi lebih baik kita sama-sama memberi makan orang yang kelaparan daripada memenuhi nafsu perut kita dengan makanan yang mahal-mahal sahaja.

Bercakap banyak dan enjoy sepanjang masa

Bila remaja sudah berkumpul beramai-ramai bersama kawan-kawan, maka banyaklah topik yang keluar. Menceritakan hal masing-masing, hal orang lain, sehinggakan tidak sedar terumpat atau menyakiti hati orang lain. Perkara ini kalian perlu berhati-hati. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh ditarik balik. Kadang kala terus mengundang kepada pergaduhan jika terlalu emosi. Jadi lebih baik diam dari banyak berkata-kata. Enjoy...merupakan perkara utama, yang membuang masa, hanya untuk memenuhi masa lapang tanpa melakukan perkara berfaedah. Main video game, berparti, melepak merupakan perkara-perkara yang membuang masa banyak dalam hidup remaja. Banyak lagi perkara yang perlu digapai seperti mencari ilmu, memperbaiki bacaan Al-Quran atau mencungkil bakat terpendam supaya menjadi dewasa yang hebat kelak. Jadi cubalah rancang masa dengan baik.

Mata yang meliar pada berlainan jantina

Lumrah remaja sudah punyai tarikan pada berlainan jantina. Bila pergi ke kelas, ke pasaraya atau kemana jua mesti mahu melihat 'dia' (ungkapan untuk berlainan jantina). Buka facebook, hanya ingin menatap kecantikan ketampanan 'dia'. Apatah lagi apabila si gadis dengan gaya yang menggoda di facebook, dengan pakaian yang menonjolkan kesemuanya, membuatkan si jejaka terpaku dan terpegun di kaca komputer. Malah ada juga jejaka yang sibuk menonjolkan susuk tubuhnya tanpa berbaju di facebook, menarik pula si gadis melihat. Jadi berhati-hatilah wahai remaja sekalian. Ada syaitan yang menemani disisi, ada juga malaikat yang mencatat keburukan kalian. Jadi lebih baik menjaga pandangan, kerana baiknya pandangan baiklah seluruh tubuh badan.

Ingin mencuba sesuatu yang baru

Pantang ada teknologi terbaru, ingin dibelinya. Ada tempat baru dibuka, ingin pergi melihat. Ada pertandingan bermacam-macam, ingin menyertainya. Ada cabaran yang membahayakan, mahu mencubanya. Bermacam lagi yang ingin dibuat dan dirasai. Wahai sahabat remajaku sekalian, mencuba biarlah yang tidak membahayakan, merasai biarlah yang tidak merosakkan. Mencari pengalaman itu bagus, namun tidak semua pengalaman itu bagus. Kalian mempunyai akal fikiran yang waras untuk mengukur timbang mana yang baik dan yang buruk. Jadi berhati-hatilah pada godaan dunia yang bersifat sementara ini supaya tidak terjerumus kelembah dosa yang menjanjikan azab neraka...

bersambung...~


PMR - Cara Mengatasi Kemahuan Yang Memberontak

Allah Yang Maha Berkuasa telah menganugerahkan kita kekuatan dan ruang yang sangat besar. Jika kita sedar akan perkara ini didalam diri kita pastinya kita mampu mengatasi masalah kemahuan yang sangat kuat ini dan juga masalah-masalah lain.

Didalam diri kita mempunyai 'tenaga batin' ataupun 'kekuatan iman' ataupun digelar 'will power'. Dengan kekuatan ini kita mampu mengatasi kemahuan dan kehendak jika ianya digunakan dengan sebaiknya. Bila kemahuan ini sudah mula meminta-minta sehinggalah ke otak maka kekuatan ini mampu mengurangkannya.

Contohnya bila kalian terlihat gadis yang comel, cantik, seksi melalui dihadapan kalian, pastinya mata itu tergerak sendiri untuk melihat dan merenung sepanjang masa, suatu masa will power ini akan menegur kalian..

" Ini adalah tindakan syaitan, jadi tidak patut aku melihatnya dan Allah selalu memerhatikan aku..."

Bila bisikan itu berkata sedemikian, dengan kekuatan iman maka kalian akan beristighfar dan terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Jadi untuk meningkatkan kekuatan iman ini haruslah kita sentiasa memperbaharui iman kita dengan rajin menuntut ilmu agama, memahami isi kandungan Al-Quran dan mengamalkan solat-solat sunat.

Allah juga berfirman dalam surah Al-Mulk, sesiapa yang menahan diri daripada melakukan maksiat sedang tidak dilihat oleh orang, maka dia mendapat keampunan yang besar. Jadi untuk mengatasi masalah kemahuan yang mendadak ini, perlulah sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi dengan sentiasa melihat orang yang tidak bernasib baik dan lebih miskin dan orang yang berada dibawah kalian. Tambahan pula dengan ibadah yang berkualiti menjadikan kalian hamba yang soleh dan solehah, lantas mampu mengatasi masalah ini...

bersambung...~

PMR - Histeria dan Mimpi disiang Hari

Bercambahnya kehendak dan kemahuan tanpa dipenuhi sangat menyukarkan hidup kita. Bila bertambahnya tekanan dan stress, penyakit histeria akan menguasai minda.

Ia terjadi pada remaja-remaja yang terlalu stress, sakit hati, sentiasa cemas, sangat membosankan, sangat menyampah, menjijikkan, mimpi yang buruk dan sebagainya. Sebab-sebabnya mungkin selepas putus cinta, dibuang keluarga, gagal dalam peperiksaan atau dipulau rakan-rakan. Elemen-elemen ini akan menyebabkan makanan kurang hadam, pening, kurang tidur atau tidak boleh tidur. Tambahan pula ia akan menyebabkan mata menjadi lemah, menjadikan seseorang cepat letih, hilang minat untuk belajar dan memorinya menjadi lemah.

Lama-kelamaan akan sakit dan menjadi sasaran untuk bertemu doktor, kemudian kehabisan duit, dan bisnes menjadi hambar. Dia akan rasa selesa buat seketika, tetapi penyakit itu tidak hilang. Semakin hari semakin bertambah dan bertambah lalu menjadikan seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi, jantung berdegup kencang, dan histeria.

Wanita, dalam sebahagian kes, iaitu seorang gadis muda menjerit kuat dalam keadaan yang tidak sedar sambil tangan dan kakinya memeluk tubuh. Pada masa lain dia akan mula ketawa sendirian, kemudian menangis sendiri. Dan orang disekelilingnya akan fikir bahawa gadis ini sedang berada dibawah pengaruh jin, sedangkan dia hanya dipengaruhi emosi yang membuak-buak, akibat tekanan kemahuannya yang tidak dipenuhi.

Kesannya yang lain juga, kerana tekanan yang melampau ini menjadikan seorang remaja itu melakukan jenayah merompak, mencuri, merogol, atau mengejar perempuan seperti orang gila, kemudian mendapat nama buruk disisi keluarga dan masyarakat. Mereka menjadi kebiasaan untuk menipu, degil dan tidak terurus. Namun kemahuan yang paling kuat untuk dipenuhi adalah kemahuan syahwat. Itu yang menyebabkan lahirnya anak luar nikah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kita akan bincangkan perkara ini kemudian.

MIMPI DISIANG HARI

Ada juga antara mereka lebih suka bermimpi disiang hari kerana kemahuan mereka yang tidak dipenuhi. Dia ingin keluar dari alam nyata dan hanya ingin hidup dialam mimpi yang menjanjikan keseronokan dan keindahan. Namun apabila bangkit, dia akan bersedih kerana kemahuannya itu tidak juga dipenuhi. Remaja ini akan sering tidur sepanjang masa, menjadikan kehidupannya tidak terurus, dan lama kelamaan menjadi seorang yang lemah tubuh badan dan pemikiran. Hasilnya menjadi insan yang gagal, tertinggal di belakang sedangkan orang lain sudah jauh berada di hadapan. Sifat inferior akan lahir dan merosakkan seluruh kehidupannya...

bersambung....~

PMR - Keinginan dan kemahuan

Setiap orang menjadi sasaran keinginan dan kompleks yang berterusan sepanjang hidup. Disini kita akan bincangkan mengapa ianya berlaku dan disini juga akan dibincangkan beberapa istilah supaya mudah untuk difahami dalam perbincangan yang lebih lanjut.

1. Akal / Hati Nurani / conscience

Ia adalah pusat pada sebab/alasan dan intelek. Nurani ini meletakkan manusia lebih diatas ciptaan lain dan ia menyebabkan manusia mampu bertamadun dan berkembang pesat.

2. Nafsu / unconscience

Ia adalah sebahagian daripada minda terletaknya keinginan yang tersimpan yang masih belum dipenuhi. Didalamnya simpanan harapan dan cita-cita dan juga kehendak. Apabila ia menguasai diri, nafsu ini akan menonjolkan sifat negatif dan kesannya keinginan itu didorong pada saluran yang salah untuk dipenuhi.

3. Persekitaran / environment

Agensi luaran yang memberi kesan pada sifat manusia dan cara hidup.

4. Penyesuaian / adjustment

Ia adalah penyesuaian diri mengikut kehendak situasi dan persekitaran dan bersedia untuk menghadapi cabaran dan situasi yang sukar.

Keinginan / desire

Kita perlukan banyak perkara untuk hidup diatas dunia ini, seperti makan, minum, tempat tinggal dan makanan. Sekarang untuk penuhi perkara ini kita perlukan banyak perkara. Kita juga berkeinginan untuk mengatasi orang lain dari segi nama dan mashur, kecantikan dan perhiasan, yang meminta lebih. Kita juga selalu berfikir untuk hidup dengan gembira, bahagia, mudah dan selesa. Jadi keinginan ini berkembang terus tanpa kita sedari. Walaubagaimanapun keinginan ini bukanlah suatu yang cacat dan menyusahkan untuk mereka yang mengejar keperluan mengikut kesesuaian cara hidup yang sederhana.

Kompleks / complexes

Ini juga merupakan keinginan yang lebih daripada biasa iaitu kekayaan dan kemewahan atau apa jua yang melebihi tahap keperluan seseorang. Keinginan yang masih belum dipenuhi ini kadang kala membuatkan manusia sanggup melakukan jenayah atau dosa disisi agama dan masyarakat. Keinginan ini berterusan berkembang dan berkembang yang tiada kepuasan. Apatah lagi apabila ia menguasai nafsu menjadikan kita sentiasa berasa cemas sepanjang masa. Mereka saling bersaing untuk dipenuhi namun mustahil untuk kita penuhi kesemuanya atau mana-mana daripadanya yang mengatasi had keupayaan kita. Oleh yang demikian minda kita berperang dengan konflik dan konflik ini menjadikan minda kita letih dan menyebabkan badan kita lemah, juga penyakit histeria yang bersarang dikeliling kita.

bersambung....~

PMR - 'a series of dangers' Buat Remaja

Sahabatku...yang ku kasihi,

Celik sahaja dari tidur, bahaya itu sudah ada dimana-mana. Bahaya yang bagaimana? Kalau ianya bahaya zahiriah, semua orang boleh elak. Kemalangan? kalau sudah ada 'airbag' kt stering, insyaAllah mengurangkan kecederaan. Tapi ianya batiniah, bahaya yang menyelit masuk ke diri seseorang secara sedar atau tidak sedar. Apakah dia? teruskan pembacaan...

Bahaya Pertama

Kalian punyai ramai kawan, dan didalam ramai-ramai itu pastinya antara mereka ada yang bermulut 'lazer', mulut 'masin' , mulut 'main lepas je' dan mulut-mulut yang tidak siuman. Oleh kerana ada perkataan yang kalian nampak 'best', membuatkan kalian mudah belajar bahasa-bahasa yang tidak enak didengar. Bahasa-bahasa yang bersifat kotor, lucah, kesat ini lama-kelamaan akan meresap kedalam jiwa kemudian ianya menjadi kebiasaan. Hasilnya mudah untuk menghina seseorang, menjatuhkan maruah seseorang, atau juga menjadi bahan tawa sehingga tidak ingat dunia. Kalian tidak sedar sebenarnya kalian menjadi mangsa pada pengaruh kotor itu. Kalian tidak sedar bahawa perkataan itu menyebabkan berlakunya pertelingkahan, membuat orang lain marah, orang sakit hati, orang berdendam, dan mungkin juga bersifat kurang ajar. Oleh itu elakkanlah daripada mengeluarkan perkataan tersebut. Bila didengar, diam dan berbisiklah pada hati..."Ahli syurga tidak mempunyai bahasa yang tidak elok..aku mahu menjadi sebahagiannya daripadanya..."

Bahaya Kedua

Janji manis, bagai menanam tebu dibibir, ayat power, ayat cair, fewittt semuanya istilah yang digunakan bagi mengambarkan orang yang bijak berbicara untuk menggoda seseorang yang lain, baik lelaki atau perempuan. Hal ini merupakan suatu perangkap kotor yang akan membinasakan kalian. Walaupun dia seorang guru, mampu menggoda anak didik perempuannya sendiri supaya hadir ke rumahnya dengan alasan ada 'free tuition khas buat dirinya' sedangkan gadis itu tidak sedar tanduk syaitan yang tumbuh dibalik guru itu. Majikan dan pekerja, teman lelaki, ustaz?, semuanya perlu berhati-hati...(*lebih tinggi iman, lebih tinggi godaan, bukan berniat menjatuhkan reputasi)

Bahaya Ketiga

Pergi ke kedai, sungguh banyak bahan hiburan yang boleh dibaca. Kartun, Manga, Fesyen tekini, Artis sensasi, Kereta bersama model yang mengiurkan syahwat, malah terselit pula gambar wanita berbaju ketat di sebalik akhbar harian. Buat kanak-kanak yang baru baligh, mengapa melihat semua itu rasa seronok? Mana datang perasaan ini? Buat remaja wanita, pengaruh fesyen-fesyen terkini kononnya 'up to date' walaupun mendedahkan bentuk tubuhnya, free untuk jejaka-jejaka kampus mencuci mata. Novel yang mempunyai kisah percintaan yang hebat, mengalihkan minat kalian untuk membaca buku sekolah, universiti dan buku ilmiah. Buku picisan ini haruslah dielakkan, untuk memelihara otak kalian daripada berkembang dengan perkara tidak baik. JANGAN BELI...itu yang terbaik...

Bahaya Keempat

Merokok, menonton wayang, berdating, lepak sampai malam, membeli produk kecantikan yang tiada pengesahan doktor, pil cepat kurus, skim cepat kaya, handset terbaru yang canggih, semuanya perkara yang sangat mudah mempengaruhi kalian dialam remaja. Bukan ini sahaja, beribu perkara yang tidak terlintas pada pemikiran penulis, kerana hebatnya protokol yahudi. Jadi caranya, mintalah nasihat ibu bapa, dan orang-orang dewasa, orang-orang berilmu sebelum membuat apa-apa tindakan...bersambung....

PMR - Tentera Iman versus Tentera Nafsu

Sahabat remajaku sekalian,

Allah telah menciptakan didalam diri kalian seorang kawan yang menjaga kalian daripada melakukan kejahatan sepanjang masa. Bila kalian merancang untuk melakukan kejahatan, hati kalian akan berdegup kencang dengan tidak semena-mena. Ini adalah tanda amaran yang diketuk oleh kawan yang bergelar IMAN. Apabila jantung berdegup kencang, kemudian bernafas dengan deras, tidak senang duduk, liar memerhatikan persekitaran dan suatu suara yang acapkali membisik ke telinga;

" Jangalah buat perkara ini kerana ianya dosa. Nanti Allah akan marah. Keluarga kau akan malu, reputasi kau akan jatuh selamanya, jauhinyalah sekarang...."

Kawan inilah yang bernama IMAN dan kerananya Allah menjadikannya sebagai pelindung. Namun bersama kawan ini juga hadir pula kawan yang sering mengajak melakukan perkara tidak baik. Kawan inilah yang bernama NAFSU. Ia sentiasa bermain di fikiran, merancang dengan teliti, bayangan yang luar biasa, dan membisik juga ke telinga;

" Alah sekali je ni, lepas ni kau taubatlah. Kalau tak de orang nampak kau akan untung. Tolonglah sekali ni je. Aku yakin kau akan selamat..."

Bila kalian merancang sesuatu, IMAN dan NAFSU akan berperang antara satu sama lain, menjadikan kalian tertekan dan tertekan. Lantas kalian memilih untuk mengikut kata NAFSU kerana ia akan membuatkan NAFSU senyap seolah-olah ianya menyelesaikan peperangan itu. Bila sudah ter'kantoi' maka barulah nak insaf.

Sedarilah kalian bahawa NAFSU tidak penah kenal erti ' sekali je ni ' atau ' ni betul-betul last '. Tidak wahai sahabat sekalian. Sekali ia berbisik, ia akan berbisik lagi, meminta lagi dan tiada kepuasan sehinggalah sampai satu masa kerosakan pada kalian yang akan memberhentikan bisikan itu. Kerosakan di dunia, pasti juga tidak selamat di akhirat.

Jadi wahai sahabat yang kusayangi, apabila tiba-tiba terasa kencangnya degupan jantung itu, cepat-cepat jauhi perkara itu. Pergilah ambil wudhuk dan memohon taubat dan istighfar banyak-banyak. Rajin-rajinkanlah membaca tafsir Al-Quran untuk memahami isi kandungannya kerana didalamnya terkandung apa yang BOLEH dan apa yang TIDAK BOLEH dari kalam Tuhan yang Esa...bersambung...~

PMR - Remaja Perlukan Sahabat

Wahai remaja, mahu atau tidak kalian sangat perlukan sahabat atau kawan untuk mencapai kebahagiaan hidup. Amat payah untuk kamu hidup tanpa sahabat disisi. Seorang sahabat mesti berkongsi rahsia, kegembiraan dan kesedihan. Even adik beradik kalian pun belum tentu mampu memberikan suasana yang meriangkan hatimu seperti seorang kawan. Jadi amat penting untuk mencari teman yang ikhlas bersama kalian.

Siapakah sahabat?

1. Adik beradik ibarat lengan manakala sahabat umpama jantung yang mana kalian tidak mampu hidup tanpa jantung walaupun lengan masih bersambung dengan tubuh.

2. Sahabat tahu sesuatu yang tidak diketahui seisi rumah (keluarga).

3. Sahabat bukanlah yang makan semeja denganmu dirumah tetapi dia adalah orang yang menghulurkan bantuan dikala kalian dalam kesusahan.

4. Sahabat yang sebenar hanya memberikan nasihat dengan ikhlas.

Allah juga sangat menuntut kita supaya bersahabat, setia pada sahabat, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan melebihi 3 hari. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita hidup bersama seorang sahabat dialam ini.

Pemilihan Sahabat

Kehidupan remaja sangat mudah terpengaruh dengan kawan-kawan disekelilingnya. Bila kalian dikalangan orang yang merokok, pastinya kalian akan diajak untuk merokok. Tapi apabila kalian dikalangan orang yang pergi bersolat jemaah, pastinya kalian juga akan diajak pergi solat berjemaah di masjid. Selain itu, bila kalian bersama orang yang banyak bercakap perkara yang sia-sia, maka banyak juga perkara buruk yang masuk ditelinga kalian. Bila kalian bersama orang yang banyak berzikir, sedikit sebanyak pastinya bibir kalian akan tergerak sendiri untuk mengingati Allah.

Bersama kawan yang baik, kalian akan dinasihati. Bersama kawan yang buruk, kalian diajak pula kearah kemaksiatan. Kawan yang baik harus dirapati, kawan yang buruk harus dijauhi, kawan yang kafir perlu didakwahi. Dijauhi disini bukan bermaksud meninggalkan terus tetapi kalian perlu ada usaha untuk menasihati mereka kearah kebaikan. Islam dibina atas dasar ukhuwah, Rasulullah perlukan Para Sahabat untuk berjuang, Para Muhajirin perlukan Ansar untuk bersama membina kekuatan, dan kerana kawan yang soleh jua kalian perlukan untuk bersama-sama berjuang membela agama Islam.

Percaya kawan berpada-pada, usah terlalu mempercayai usah terlalu meragui kecuali dia seperti Abu Bakar As-Siddiq. Sokongan padu pada kawan harus secara total. Bersangka baik itulah serendah-rendah peringkat ukhuwah. Melebihkan kawan dari diri sendiri (itsar) itu sebaik-baik peringkat ukhuwah. Yang penting dalam apa-apa tindakan perlulah berhati-hati.
Jadi fikirkanlah semula, kaji semula rakan-rakan kalian, tapis semula sikap dan sifat mereka, ambil yang jernih supaya hati kita bertambah bersih dan kasih....bersambung..~

PMR - Penyelesaian Masalah Remaja (pengenalan)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dengan izin Allah diriku selamat pergi ke Mekah dan selamat pulang ke Mesir dengan keadaan sihat sejahtera...

Penyelesaian Masalah Remaja...tajuk ini dipetik dari sebuah buku bahasa Inggeris dari India yang aku beli di Mekah Al Mukarramah. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kalian yang masih bergelar remaja, tidak kira lelaki atau perempuan yang berumur dalam lingkungan 15 sehingga 24 tahun dan khusus buat mereka yang masih membujang....

Wahai sahabat remajaku sekalian,

Sekarang kita sedang berada dalam suatu alam yang menjadi titi yang menghubungkan dua kehidupan, dan diatas titi ini penuh dengan perkara yang menarik dan menggodamu. Dalam lingkungan umur ini kalian akan melihat didalam diri kalian keseronokan yang mengasyikkan, harapan yang menggunung, semangat yang membara, cita-cita yang sangat tinggi dan kehendak yang sangat berbagai pada itu dan ini menyebabkan kalian tidak cukup rehat. Kalian melihat diri kalian tiada siapa yang membantu, malahan jauh sekali untuk mencapai segalanya, dan tiada kuasa untuk memenuhinya.

Kerana jiwa muda itu darah yang mengalir sungguh panas dan bersemangat. Hidup yang tiada tanggungjawab. Malangnya disekat dengan keadaan sekitar, ibu bapa, prinsip agama yang menghalang kalian bebas bagai burung di dalam sangkar. Kerana itu kalian sering memberontak dan ingin mengamuk sesuka hati.

Wahai jiwa remaja, sedarilah bahawa kalian masih berada di alam 'tabung uji', dimana alam untuk menyesuaikan diri untuk menjadi seorang dewasa kelak. Barang siapa yang merasai manis pahit sepanjang remajanya akan belajar dari pengalaman. Sedarilah begitu banyak perkara yang perlu dibuat didalam umur yang singkat ini.

Jangan ingat mereka yang melanggar peraturan jalan raya mampu melepasi kesesakan lalulintas dan kerana itu juga jangan ingat hidup bebas tanpa batasan di dunia akan juga terbebas
di Akhirat. Tiada siapa yang boleh biarkan anda untuk hidup bebas sesuka hati.

Buat terakhir sekali wahai sahabat, ingat sekali lagi kalian sedang berdiri di suatu lembah gaung untuk meniti di titian yang rapuh sehingga sampai ke daratan yang seterusnya. Andai kalian terkejar-kejar terburu-buru, maka jika tergelincir sukar untuk kembali berdiri dengan seimbang. Jadi berhati-hatilah melihat titian itu, imbangkan badan, jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan, insyaAllah akan tiba jua ke sana hanya dengan KESABARAN......bersambung.....


Tazkirah Ramadhan 8 (last)

Alhamdulillah...sampai juga ke ramadhan ke 20..dan mungkin ini tazkirah terakhir sebelum malam ini bertolak ke madinah kemudian mekah untuk berumrah...cadangnya nak habiskn tazkirah sampai ke 30...tapi disebabkan masalah internet yang tiada...maka ini yang termampu...semoga bermanfaat...

8th mission - SETIAP LANGKAH DENGAN ISTIGHFAR DAN KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH

Rasulullah bertaubat sehari sebanyak 100 kali walaupun baginda seorang yang maksum. Apatah lagi kita manusia yang sering melakukan dosa. Jadi apalah salahnya apabila kita berjalan melangkah keluar rumah, menuju ke tempat kerja, menuju ke sekolah, menuju ke masjid atau kemana-mana jua lazimi bibirkan kita menyebut 'astagfirullah' dan 'la ilahaillallah'. Sedang kita keluar rumah terlihat aurat...sedikit dosa. Menonton filem yang berbagai perkara tidak elok...dosa lagi. Sedang bercakap terumpat...dosa lagi. sedangkan kita tahu akan semua dosa yang kita lakukan tapi sukar untuk dielak. jadi kerana itu dengan istighfar menjadi teman supaya kita sentiasa memohon ampun daripada pencipta kita. kemudian, hidup kita tidaklah kekal selama-lamanya. didunia ini hanyalah persinggahan yang sementara. jadi bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nyawa yg dipinjamkannnya. apa juga salahnya kita senantiasa menyebut kalimah syahadah itu supaya kita sentiasa meyakini bahawa hanya Allah tuhan yang maha satu. dan supaya kita sentiasa bersedia untuk mati dalam keadaan mengingati Allah. Kerana ada insan-insan yang masih berat untuk mengerjakan solat. Malah ada juga yang masih berat untuk mengamalkan amalan-amalan sunat. Jadi mulalah dengan semudah-mudah amalan, berzikir, supaya menjadi manis amalan seterusnya...wallahualam...doakan perjalananku sepanjang di tanah suci...~

Tazkirah Ramadhan 7

System activated!!!!! Nak kena aktif puasa-puasa ni..bukan TIDo jek..=)

7th mission - MENDOAKAN ORANG LAIN TANPA MEMBERITAHUNYA

Perkara ni kadang-kadang kita selalu lupa. Doakan untuk diri sendiri je. Jadi mulai hari ini. Kita berdoa untuk orang lain juga. Sebabnya mendoakan orang lain tanpa memberitahunya insyaAllah doa itu makbul. Kerana ia menunjukkan keikhlasan seseorang dalam meminta sesuatu pada Allah. Kalau kita imbas kembali bagaimana Rasulullah sering mendoakan umatnya supaya selamat di akhirat. Sehingga waktu kewafatan baginda pun hanya merisaukan umatnya diakhir zaman. Jadi doalah untuk diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga, sahabat2, guru2, orang2 islam di palestin, iraq, bosnia, afgahnistan, lubnan, china, dan diserata tempat dan yang terakhir doakanlah kejayaan umat islam. Wallahualam...

Selamat berbuka puasa...~

Tazkirah Ramadhan 6

Rumah ke-putus-an enthernhet...so x dpt nk update..jadi terpaksa menumpang internet di rumah sahabat yang ber ether-net...

6th mission - BELAJAR DARI KESILAPAN

Kita...Manusia...Silap....Perkara biasa....Tapi....Kena belajar. Kena belajar. Kena belajar. Ambil ikhtibar..belajar dari kesilapan. Sentiasa tersilap? Sentiasa kena belajar. Jatuh? Cuba bangkit. Selalu buat dosa? Cuba dan cuba elakkan. Selalu mengumpat? Belajar tutup mulut. kemudian muhasabah dan bertaubat. Memang lumrah manusia membuat silap. Lagi-lagi kita yang bukanlah berpangkat nabi, atau rasul, atau malaikat..dosa itu memang selalu bergelumang dalam diri. Kerana itu jadikan ramadhan waktu bermuhasabah dan yang penting JANGAN BERPUTUS ASA. Terus dan teruskan. Ingat...Para Rasul berdakwah sehingga mengambil risiko dibunuh, walaupun sedikit sangat mereka yang menerima ajaran mereka. Namun...mengapa mereka tidak pernah berputus asa walaupun berkali-kali mereka gagal. Usah cari masalah, tetapi carilah penyelesaian. Sebelum penyelesaian terakhir menyelesaikan kita sehingga selesai semua perkara...iaitu MATI...

Selamat menjalani ibadah puasa...~

Tazkirah Ramadhan 5

Semalam iftar jamie di rumah tuan pengerusi...sedap...syukran atas jemputan...=)

5th mission - MEMBERI PERINGATAN PADA AHLI KELUARGA

Terkadang kita melihat sendiri ada antara ahli keluarga kita sendiri sentiasa sibuk dengan urusan dunia tidak kiralah bekerja, shif malam, tuisyen dan sebagainya. Tambahan pula mereka tidak sempat pergi ke kelas-kelas agama, kuliah subuh di surau atau ceramah-ceramah di masjid. Maka dengan itu apabila ilmu-ilmu pendidikan Islam yang didapati sejak zaman sekolah dahulu jika tidak diulang-ulang kembali akan hilang dan dilupakan. Apabila ianya hilang maka tiadalah aplikasi dalam kehidupan seharian dan secara batinnya tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup. Hanya sekadar Islam di Kad Pengenalan. Kebiasaannya dalam sebuah keluarga pastinya ada seorang atau dua yang menjadi contoh, anak yang mendekati agama. Jadi menjadi tugas untuk menyampaikan tazkirah ataupun peringatan pada kakak-kakak, abang-abang atau adik mereka sendiri yang terkadang lupa mengenai Islam. Allah juga mewajibkan orang lelaki untuk pergi solat jumaat. Kerana bukan semata-mata untuk solat itu, namun kepentingan mendengar khutbah itu sama penting kerana itulah sumber ilmu agama kepada mereka yang sibuk dengan urusan dunia. Kemudian si suami yang mendengar khutbah itu menyampaikan ilmu itu pada isteri. Kemudian isteri pula akan meluangkan banyak masa bersama anak-anak dan menyampaikan ilmu itu. Jadi ia menjadi suatu sistem yang hebat, sentiasa memberi peringatan antara satu sama lain. Jadi sama-samalah kita memberi nasihat dan teladan yang baik kepada ahli keluarga...insyaAllah...~

Tazkirah Ramadhan 4

Semalam dapat juga berbuka puasa beramai-ramai di syatbi..Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...Hari ke 4...

4th mission - MEYAKINI SEGALA PERKARA DENGAN IZIN DAN KEHENDAK ALLAH

Apa maksudnya?? Maksudnya setiap perkara yang berlaku diatas muka bumi ini diatas izin Allah dan Allah jualah yang mengetahui akan segalanya walaupun hanya bekata-kata didalam hati. Seseorang dilahirkan dalam keluarga miskin kerana Allah yang menetapkannya..seseorang dibesarkan dalam keluarga yang kaya juga kerana diatas kehendak Allah. Hal ini kerana Allah mampu menilai yang terbaik untuk hambanya. Berbeza dengan manusia sukar memilih yang terbaik antara yang terbaik. Oleh kerana itu belum tentu mereka yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya. Itu semua masih tertakluk pada usaha hambaNya dalam mengubah kehidupan namun masih dalam lingkungan keizinan Allah. Tetapi ramai lagi yang tidak bersyukur atas kurniaan dari Allah. Ramai lagi yang masih kufur dan bongkak diatas muka bumi yang sementara ini...mengapa??? Kerana manusia itu diuji. Sejauh mana kepercayaannya pada Allah...iman...akidah...tauhid dan segalanya...dan kerana itu Allah menciptakan Syurga dan Neraka...

Oleh itu para sahabat...ingatlah...

1. Hidup kita ini hanyalah pinjaman yang sementara daripada Allah..kelak Allah akan mengambil ia semula...
2. Letakkan Allah sebagai penguasa tertinggi dalam pemikiran kita...dan Rasulullah sebagai contoh teladan kita...
3. Letakkan hukum-hukum Allah yang tertinggi berbanding dengan hukum ciptaan manusia.
4. Meyakini Qada dan Qadar Allah...

Selamat menjalani madrasah Ramadhan...=)

Tazkirah Ramadhan 3

Menjelang sudah hari ke 3...masih perlu diberi peringatan, mengingatkan orang lain, supaya lekat di ingatan dan ingat pada setiap masa...

3rd mission - PERBANYAKKAN SEDEKAH

Kalau di bumi mesir ni terkenal dengan 'Maidah Rahman' dimana begitu ramai yg bersedekah dan mampu memberi makan untuk berbuka puasa secara percuma untuk orang ramai. Tidak kira orang miskin, papa kedana, atau kuri (orang korea) sini (orang cina ), diperboya ataupun tidak boleh makan di situ. Juadahnya boleh dikatakan bukan sahaja mengisi perut malah mengeyangkan lagi dan sedap disisi lidah orang arab. Sifat bersedekah itu tertonjol dalam bulan Ramadhan. Apatah lagi ada kisah dimana seseorang berdiri dihadapan kereta yang sedang bergerak hanya untuk memberikan makanan untuk berbuka puasa. Oleh itu sedekah ada banyak kelebihan dan hikmah antaranya;

1. Membantu orang susah - memberi modal untuk hidup - membanyakkan orang islam yang berkemampuan (berlawanan dengan riba)
2. Memupuk sifat berkorban untuk agama...insyaAllah baik disisi Allah
3. Memupuk sifat ikhlas dalam diri...kemudian ikhlas dalam beribadah dan menjadi khusyuk
4. Salah satu cara untuk bank-in harta ke akaun akhirat...
5. Allah memberi lebih banyak nikmat di dunia....insyaAllah...

Para sahabat pernah menyedekahkan seluruh hartanya untuk Islam...apakah berat untuk kita memberikan sepuluh ringgit untuk peminta sedekah?? Tepuk dada tanya iman masing-masing...

SELAMAT BERPUASA...~

Tazkirah Ramadhan 2

Masuk hari ke 2...Alhamdulillah..setelah hari pertama yang penuh cabaran di bumi anbiya ini...tapi menyeronokkan...

2nd mission - MEMPRAKTIKKAN SUNNAH RASULULLAH

Siapakah Rasulullah? Bagindalah manusia yang paling dipercayai sepanjang zaman...apa yang dibuatnya benar belaka, diucapkannya benar bekala, dan disampaikannya semuanya benar belaka. Jadi kenapa kena ikut sunnahnya?

1. Kerana kita ni manusia jahil dalam agama...jadi untuk sampai ke destinasi akhirat dengan selamat, perlulah mengikuti jejak langkah baginda.
2. Kerana apa yang dilakukannya bersamaan dengan kehendak Allah tuhan kita.
3. Kerana baginda sudah menjadi perintis dalam cara hidup yang terbaik untuk manusia. Kita hanya tinggal nak ikut sahaja.
4. Kerana cara hidup yang baginda tunjuk secara keseluruhan dalam kehidupan. Tidak kira dari segi kesucian, perhubungan, pernikahan, jual beli, peperangan, ekonomi, sosial dan sebagainya.
5. Kerana teknik hidup baginda juga bertepatan dengan kehendak tubuh badan tidak kira dari segi sistem badan (physiologi) struktur badan (anatomi) dan pencegahan penyakit (pathologi)

Jadi jika ingin mencari sunnahnya...banyak buku-buku boleh dibeli dan dibaca di kedai-kedai buku...selamat beramal...=)

Tazkirah Ramadhan 1

Alhamdulillah...dapat juga kita bersama-sama ramadhan kali ini....

1st mission - BERUBAH KEARAH KEBAIKAN

Bagaimana????????

Ada suatu kisah dimana seorang gadis ini dibesarkan dalam keluarga serba mewah dan boleh memiliki apa sahaja yang dikehendakinya. Ibu bapanya beragama Islam, tetapi kurang mengamalkannya kerana masih jahil dalam ilmu agama. Jadi gadis mereka itu kurang mendapat didikan agama yang secukupnya. Dia tidak berapa mengenali Islam. Solat? Puasa? Pakai tudung? What for??? Dia tidak faham kenapa perempuan perlu pakai tudung..dengar-dengarnya untuk tutup aurat. kenapa agama mengongkong wanita? bisik hatinya..datang musim ramadhan...baju raya, kuih muih, balik kampung, ada sale kt pasaraya...oh alangkah seronoknya...itulah yang mengembirakan apabila masuk bulan ramadhan...tiba-tiba suatu hari sedang dia sibuk membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan, dia terlihat seorang gadis lebih kurang sebayanya cantik bertudung labuh dan berjubah...dia terpesona...lantas hatinya berbisik.."Ah jangan terpedaya...Islam mengongkong kau sahaja" dia berpaling dari melihat gadis itu...berjalan lagi dia terserempak lagi dengan gadis itu...dan termenung...hatinya menafikan lagi namun dia tidak mampu melawannya lagi...memang wajah gadis bertudung labuh itu nampak bersinar, tenang, cantik, terjaga, dan seolah-olah ada yang memeliharanya...sungguh dia terpesona...lantas dikala itu juga dia terus membeli buku di kedai buku bertajuk MENGAPA PERLU AKU MENGAMALKAN ISLAM....sehari demi sehari dia membaca sehingga habis...indah namun masih belum berjumpa jalannya...

Sehinggalah di sepuluh akhir ramadhan...dia bertemu dengan salah seorang ustaz...bertanyakan bagaimana mahu berubah kearah kebaikan? sukar sungguh untuk solat, berpuasa, apatah lagi memakai tudung...lalu dengan tenang ustaz itu memberikan langkah-langkah yang mudah...

1. Menghadiri majlis-majlis ilmu agama ( pergi sahaja walaupun masih belum bertudung )...
2. Belajar Menyempurnakan ibadah-ibadah wajib...( solat, puasa, zakat )
3. Menambah dengan amalan sunat ( sedekah, solat sunat )

Alhamdulillah, ramadhan kali ini benar-benar memberikan pengajaran dan madrasah pada gadis tersebut.kini dia sudah cantik betudung menutup aurat..Menjelang syawal gadis itu menangis kerana ramadhan meninggalkannya...Sekarang barulah dia percaya..Siapa yang mencari Islam, dia akan merasai kenikmatannya lebih daripada menurut hawa nafsu semata-mata...

wallahualam...

Hanya KepadaMu aku......

"Aku..hanya dapat berusaha.....
untuk bertaubat...dan membuatkebaikan....
Allah...yang maha besar...maha pengampun...maha penyayang...
memberi keampunan...semua dosa hambaNya...."

Ni lirik nasyid waktu ade persembahan aritu...

Sering aku terkenang lirik lagu ini....

Kini aku sedang didalam perjuangan...

Kadang-kadang langkahku terasa sukar...adakalanya terasa senang....

Waktu sukar ku memohon pertolongan padanya....

Waktu senang ku bersyukur padanya....

Bila terkenang doa-doaku yang dimakbulkan...

Terasa akan kasih sayangnya....

Ya Allah...beri aku kesempatan....

Untuk bertaubat padaMu Ya Allah....

Kerana Kau CINTA TERAGUNGKU....

Hanya KepadaMu Segalanya padaku...

Exam mode...

Mencari ruang dan masa...

Menghabiskan masa bersama ilmu...

Mengurangi masa dengan tidur...

Memperbanyakkan masa dengan zikir....

Meniadakan masa untuk maksiat...

Menginfinitikan masa hanya untuk Allah...

Demi masa...sesungguhnya manusia didalam kerugian...kecuali mereka yang...(cari sendiri dan muhasabah sendiri )

Demons desire.....

After watching a movie...i learnt something....

Then I asked someone how to describe what's going on in my mind...

He and I were translating and analysing it...its sound like this...*dont know if gramatically correct

"Face your pain to get rid of demons desire"

Lebih kurang bermaksud...Kamu perlu keluar daripada pengaruh nafsu yang didorong syaitan...

Kadang-kadang fikir betul jugak...

Syaitan selalu mendorong nafsu melakukan keburukan dalam diri kita....

Mereka yang mewujudkan pengaruh itu...supaya mengikut nafsu itu....emosi dan sebagainya...

Bagaimana nak keluar?

Cuba pejamkan mata...betul-betul fikir bahawa apa yang (nafsu, marah, emosi) adalah tak benar...

Katakan tak beberapa kali...ini semua bawah pengaruh syaitan je...Semua tipu belaka...

Kalau kita terpengaruh banyak membawa keburukan dalam diri kita....

Ini hanyalah suatu pandangan yang 'mungkin' berguna....

Semoga bermanfaat...=)

Make your Day a Mission....

Bangun dari tidur...1st thing u think is what i'm going to do today....

Menjalani hari-hari yang sama...membosankan bukan?

Rutin harian...kadang-kadang takde matlamat...

Kalau medik ni...belajar...nampak matlamat kat hujung...NAK JADI DOKTOR

Kalau kerja...matlamat untuk dapatkan gaji nak tanggung anak bini...

Kalau tak bersetuju dengan perkara ni terpulanglah....

Semua orang ada pandangan yang berbeza...

Buat permulaan ni...aku meletakkan Make your Day a Mission....

Ape? Jadikan 5 waktu solat itu solat yang AWAL, BERJEMAAH dan KHUSYUK....

Pasti salah satu solat tu ada yang berlubang dalam sehari...bermaksud tak cukup ketiga-tiga tu...

Jadi Misi Utama adalah CUBA REALISASIKAN MISI ITU DALAM SEHARIan KAMU...=)...~

Contoh Teladan....

Aku mengembara...mencari tujuan hidup...pastinya ada insan-insan yang aku contohi...
Melihat kebaikan keburukan manusia...memuji mencaci mereka...lantas mendoakan mereka....
Mudah dibibir untuk mencontohi Rasulullah, insan terbaik...tapi berapa ramai yang sanggup sepenuh hati mencontohinya?? Usahlah hipokrit...cakap biar serupa bikin yang bermaksud biarlah perbiatan sesuai dengan apa yang diucapkan....
Kita punyai mata, mudah terpengaruh dengan apa yang kita nampak....
Kita berani mengangkat tangan selepas ramai keliling kita mengangkat tangan....
Kita berani cakap besar apabila ramai yang menyebelahi kita....
Fitrah manusia...
Aku pernah melihat bapanya solat, anak kecilnya berumur 2 tahun juga sibuk untuk solat....
Aku melihat bapa menjerit menjual roti, anaknya juga menjerit menjual roti....
Paling sedih aku melihat ibunya meminta sedekah, anaknya juga sayu meminta wang...
Jadi carilah seseorang dipandangan mata kalian yang boleh dijadikan contoh teladan...
Bagi aku...benar Rasulullah contoh terbaik, tapi masih ada juga insan yg semampunya aku contohi...
Iaitu aku melihat kegigihan bapaku bangun mengerjakan solat malam dikala semua orang ketiduran...
Dan aku melihat ketabahan ibuku menyelesaikan masalah anak-anak sejak lahir sehinggalah sudah berumahtangga...
Dan aku kagum dengan kesabaran dan ketenangan abangku dalam apa jua keadaan yang menghimpit dirinya...
Semoga aku dapat mencontohi mereka...amin ya rabb...

Syurga dibawah tapak kaki ibu....

Musim exam nih...mesti slalu teringat kat mama...ikatan yang Allah beri tidak mungkin sesekali aku lepaskan...antara aku dan mama...biarlah mama menjadi bidadariku sepanjang masa...beribu-ribu post hanya untuk mama...mama oh mama...dulu kecik-kecik mama tanya...da besar nanti nak jadi apa? dalam fikiran aku dulu doktor je yang aku tau...kaya...byk duit...then aku sebut...DOKTER...mama tersenyum...waktu sebelum pmr, hari jadi aku family hantar hadiah kat sekolah dari johor ke kuala lumpur guna pos...then diorang bagi kad...aku terbaca yang ayah tulis..."adik da janji nak jadi doktor..buktikan kat ayah"..zupp bergoncang semarak semangat untuk jadi doktor...sebelum spm aku mesej mama..."cakap betul-betul ma..mama nak adik jadi apa?" mama balas..."kalau boleh mama nak adik jadi doktor...tapi mama tak paksa"...aku balas.."adik akan jadi doktor ma...love u"...alhamdulillah aku berada di alam menuju kedoktoran insyaAllah...misi dan visi...tunaikan permintaan mama...Tapi SATU perkara...bukan doktor yang menjadi tujuan aku hidup kat dunia ni...bukan duit yang aku kejar...bukan pangkat yang aku mahu...bukan kereta mewah yang aku idamkan...satu perkara ketika aku masih didalam buaian...ketika aku sedang menyusu di pangkuan mama...setiap doa dari hati mama sampailah aku mati kelak...kata hati mama..."Semoga jadi anak yang soleh nak..." terima kasih mama kerana melahirkan aku...

Instinct mama...~

Masih dalam kenangan...aku dulu sekolah di asrama penuh..memang penuh la asrama tuh...jauh dari family...dan aku jarang sekali telefon rumah...sebabnya x boleh bawak handphone (alasan)..waktu tu aku tingkatan 1...baru je masuk sekolah...dalam kelas aku duduk tepi tingkap..menghadap padang bola yang luas menghijau bersama tompokan lumpur...aku terkadang terkenang mama ayah di rumah...aku memandang keluar bila cikgu belum masuk kelas, waktu rehat dan waktu terluang. Merenung jauh teringatkan keluarga...hati ini kadang-kadang menangis rindu...oh mama ayah...sampai masanya cuti panjang, aku pulang ke rumah...sedang-sedang berehat bersama mama ayah, tiba-tiba mama cakap..."mama tau adik selalu tengok kat luar tingkap menangis sorang-sorang..." tergamam aku kat situ...camna mama boleh tau? sedangkan aku tak pernah cerita...itulah insan bernama ibu...kemudian di tingkatan berapa tah aku tak ingat..suatu masa tu aku kehabisan duit dan aku segan untuk bagitau mama. jadi aku berdiam diri, kadang-kadang rehat didalam kelas tanpa beli makanan kat kantin...tak lama lepas tu selang sehari tiba-tiba aku dipanggil ke pejabat. kakakku datang dari jauh bersama kawan dia..."ni mama ade hantar duit" persoalannya...macamana mama boleh tau aku dah habis duit???sedangkan mama baru je bg duit saku dan aku x igt sebab ape boleh habis...ni bukan sebab ikut jadual perbelanjaan ye...jadi sejak itu aku yakin...segala apa yang ada dihati aku ni mama tau...setiap perubahan mama tau...setiap kebencian mama tau...kerana darah yang mengalir dalam diri aku juga darah mama...~

Dia bernama Mama...~

Keluar sahaja aku dari rahim ibu...mama memelukku dan menenangkanku...

Aku menangis kelaparan...mama terus memberikan susu untuk mengisi perutku...

Aku tidur...mama setia disisku, membelaiku malah meneruskan enjutan buaian...

Aku terjaga...mama melayaniku walaupun semua orang dibuai mimpi...

Aku bermain keseorangan...mama menjadi peneman sepermainanku....

Aku bercakap sendirian...mama tidak mengeluh mendengar celotehanku...

Aku menjatuhkan pinggan...mama menegur dengan penuh berhikmah tanpa menyakitiku...

Aku membuat silap...mama mencubitku dengan cubitan kasih sayang walaupun ianya tidaklah sakit manapun tetapi aku tetap menangis manja...

Aku merajuk...langsung tiada orang yang akan memujukku kecuali mama SEORANG...diulangi MAMA SEORANG...

Aku berdiam diri memendam sesuatu...tapi mama turut merasai apa didalam hatiku...

Kerana dia mamaku...~~~

Tarbiah...

Andai perjuangan ini mudah,

pasti ramai menyertainya...

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,

pasti ramai yg tertarik padanya....

TAPI hakikat perjuangan bukan begitu...

turun naiknya,sakit pedihnya,

umpama kemanisan yg tak terhingga...

ANDAI REBAH...BANGKIT SEMULA...

ANDAI TERLUKA...INGAT JANJINYA.

~~SELAMAT BERJUANG!!!~~ =) 

Kesulitan Hidup...

Menghadapi Onak dan Duri didalam kehidupan...

Garam gula pengalaman hidup...

Suka duka tangis tawa menjalani fitrah manusia...

Sebesar-besar masalah...Hanya Allah tempatku meminta pertolongan... 

Sekecil-kecil masalah...Allah jua tempatku mengadu...

Kadang-kadang terasa tidak sabar untuk menemuiNya...

Menantikan kehidupan yang kekal abadi...di Syurga...

Apakah aku mampu????

Namun mengingatkan amalan yang tidak seberapa...aku mengeluh...

Malunya membawa bagasi dipenuhi dosa hitam menghadap Allah...

Bersama hati yang diselaputi debu-debu kotor untuk dihitung...

Allah...aku kesuntukan masa Ya Allah...

"Tiada tuhan selain Allah, Dan Muhammad Pesuruh Allah..."




Tabahkanlah hatimu....

Hari ini aku diuji...

Sabar diatas kesabaran...

Tiada siapa peduli...Tiada siapa kisah...Tiada siapa ambil tahu....

Malah menyakitkan hati...merobek jiwa...

Sakit yang menimpa sebuah ujian tuhan...

Sakit di dalam menduga keteguhan iman...

Lebih baik mendiamkan diri...Membatu....

Kerana Allah jua yang lebih mengetahui....

Rasulullah mampu bersabar apabila dibaling dengan najis...

Inikan sekadar perasaan yang dipermainkan syaitan...

Apakah sekecil-kecil itu sudah membangkitkan kemarahan?

Lumrah Manusia, Alam dan Fitrah kejadian....

Tidak semua sempurna betul?

Jadi hanya satu...

Tabahkanlah hatimu kemana jua...

'Innallahamaassobiriin'....

Allah bersama orang-orang yang sabar...

Allahuakbar... 

Merenung...

Aku melepaskn lelahku di pembaringan....
Menatap siling putih yang mempunyai sedikit rekahan...
Merenung bagai memancar sinaran projektor ke layar putih...
Mengimbas kembali kenangan lalu...
Dari kecil hinggalah sekarang...
Memuhasabah diri atas kesilapan dan kesalahan sebagai manusia...
Lalu aku beristighfar dan memohon taubat...
Memaafkan salah silap sesiapa yang menaniayaku...
Kerana itu Sunnah Rasulullah memaafkn orang lain...
Mengingat insan-insan yang tersayang...
Yang sentiasa memberi kekuatan menghadapi ranjau yang panjang...
Memikirkan keadaanku dimasa akan datang...
Apakah impianku akan tercapai...
Merenung dan merenung...
Terlintas berbagai-bagai perkara...
Akhirnya tersenyum sendirian...
Kerana ianya membuatkanku bahagia...
Lalu aku terlena dengan tenangnya...
Semangat baru untuk esok hari...=)

Syukran...


Alhamdulillah...

Semakin hari bertambah usia...

Semakin bertambah kematangan...

Kerana kematangan dididik dengan pengalaman...

Kematangan juga melayakkan diri mencari agama...

Untuk menjadi pembimbing agama...

Sebagai suami dan ayah...juga pendakwah...

Mungkin di masa akan datang...

Terima kasih atas kesetiaan memberi sokongan...

Jaga hati, jaga Iman..dan Cinta Allah yang terutama....


Pertandingan Artikel Byte Muslim..Johan...

Gaya hidup dan Pergaulan

Halus gerakan jari-jemari kecil di suatu tempat yang sangat rahsia. Saat dan detik berputar tiada henti, akhirnya terdengar jua teriakan anak kecil dari ruangan wad bersalin. Nafas pertama dihirup, namun langsung tiada mengenal dan mengetahui apa yang berlaku pada dirinya. Mungkin hanya dapat merasai belaian mesra dan ciuman dari insan bernama ibu.

Menginjak alam kanak-kanak, diajar ibu bagaimana untuk mengeja, di didik ayah bagaimana jua mahu mengaji. Hasil pengajaran ibu ayah kini anak itu mampu petah berpidato dan mengalunkan ayat Al-Quran dengan sungguh merdu.

Namun terdengar pula keretakan rumah tangga di rumah sebelah. Bapanya haluan lain, ibunya pula haluan lain. Anak itu menangis hanya kerana kelaparan. Mereka sibuk mengejar harta dan pangkat, terbiar anak itu tanpa belaian dan didikan yang sewajarnya. Akhirnya membesar dan dikenali masyarakat dengan seorang pencuri dan penipu.

Teringat pula pada hari pertama persekolahan, baru mengenal seorang rakan yang dikira sebaya. Mereka duduk bersebelahan. Bertanya khabar, lokasi rumah dan sebagainya. Pulang ke rumah mengadu segalanya pada ibu. Ibu hanya tersenyum dan memberi nasihat untuk belajar sebaiknya.

Semakin hari bertambah rakan, mengenal pula insan berlainan jantina. Perasaan lain muncul entah dari mana. Namun atas nasihat ibu, menjaga setiap tingkah laku dan percakapan. Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan, tidak melampaui batas. Sehinggalah beberapa tahun, mencapai kematangan dan mampu menjadi imam ketika solat berjemaah. Tambahan pula berani mengucapkan kalam-kalam yang benar dihadapan khalayak ramai.

Menjeling pula rakan yang pertama sekali dikenali, dahulunya baik bicaranya, tetapi kini tiada terjentik hatinya apabila melawan cakap guru. Memang benar dia paling tampan di sekolah. Mudah dikelilingi wanita yang terpesona dengan keindahan wajahnya. Manis bibirnya apabila berbicara membuatkan hati-hati hawa yang umpama coklat cair dimamah kepanasan. Akhirnya tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat yang dilahirkan. Menangis bayi itu di tempat pembuangan sisa-sisa makanan. Alangkah sayunya hati yang melihat.

Rasulullah menjadi pedoman hidupnya, setiap langkahnya di muka bumi ini diniatkan hanya untuk Allah. Kini anak kecil hasil didikan baik dari ibu ayah itu, baru sahaja menyarung cincin pernikahan pada jari manis isterinya yang solehah. Selain menjadi suami yang baik, bapa yang penyayang, pemimpin yang berwibawa juga menjadi pendakwah yang berkarisma. Sebaliknya rakannya tadi hanya mampu termenung mengenang nasib diri didalam jeriji besi. Anda pula bagaimana?



(350 patah perkataan )

Mohd Shukri bin Suliman
Tahun 2 Universiti Iskandariah

Apa Khabar Iman?

Lama sudah rsenya meninggalkan blog ini...mungkin sibuk kebelakangan ni...

Apa khabar semua?
Apa khabar iman?
Apa khabar akidah?
Apa khabar juga amalan?

Semua pasti menjawab biaselah naik turun..macam la laut ada pasang ada surut...
Namun bagaimanapun..bermacam-macam cetusan perang minda yang berlaku sekitar beberapa bulan ini...

Ada pertandingan melukis gambar Rasulullah...
Penggunaan nama Allah untuk orang bukan Islam...
Politik yang bertuhankan wang berjuta-juta...
dan bermacam-macam lagi...

Jadi mereka sudah berani...kita pula banyak lalai dan leka dengan urusan duniawi...
Bagaimana kita mahu mempertahankan iman, akidah, tauhid kita?
Marilah bermuhasabah...

Siapa kita? ----> Tuan atau Hamba
Tujuan hidup?----> Bersuka ria atau beribadah hanya kepadaNya
Matlamat kita?----> Syurga atau Neraka
Misi kita?----> Membela islam ataupun menyokong kafirin
Tindakan kita?----> Membiar atau menyedari dan berubah...

Ayuh kembali ke pangkal jalan..
Mana yang sudah terleka dan terlena..sedar dan bangun...
Mana yang sudah sedar dan terjaga...kejut sahabat-sohabiah kita yang masih memejamkan mana...
Sama-sama menasihati...
Sama-sama menuju Illahi...
Bersedialah untuk menghadapi Ujian yang lebih besar kelak...
Wallahualam....

Hibrah....dan Taubat...

3 hari berturut-turut hnya dpt tido 3-4 jam shja...
Syukur lillah atas segala perkara yg dipermudahkanNya...
Banyak belajar dari pengalaman Ardul-Kinanah...
Semoga segala amalan dlm perhitunganNya...
Smlm dpt lg dgr ceramah last Ustaz Akli tuk sem ni...
Tepat sgt hidayah yg ingin dicari...
Syukran Ustaz...
Sesungguhnya dosa yg baru perlu taubat yang baru...
Dosa yang baru tidak membatalkan taubat yg lepas...
Rasulullah bertaubat 100x sehari...
Mahu berusaha kearah itu...
Astaghfirullahalazim...

Musibah membina Mujahadah...

Mampu muhasabah apabila melihat musibah...

Terjentik hati apabila tidak mampu membuat apa-apa...

Terdiam kaku apabila mulut umpama dijahit bisu...

Terpejam mata apabila syaitan memanah pandangan...

Mungkin ini yang ingin Allah tunjukkan...

Kemurungan dibina kerana ujian...

Kelunturan semangat disanggah dengan kesabaran..

Alhamdulillah...Sesungguhnya Allah jua yang mengetahui....

Diriku futur...

Futur...Down...X de semangat...itulah maknanya...

Mengapa dan Kenapa...entah tidak tahu dari mana...

Mungkin kerana lumrah manusia...

Oh tuhan...Kembalikanlah Semangat Juangku...

Allahuakbar!!!!

Fikir, Merancang atau Berangan???

Memikirkan masa depan?
Merancang masa depan?
Berangan untuk masa depan?

Mana yang patut?

Berfikir = sentiasa mengingat = berzikir = fokus matlamat yang satu

Rancang = membina strategi = plus usaha = pastikan matlamat mencapai cita

Berangan = pasang impian = mengembirakan = menggambarkan kebahagiaan masa depan

Pilihlah 1, ataupun 2 ataupun kesemuanya..kerana kesemuanya itu membawa anda beyond the future...=)

Peranan kita??

Untuk melawan pihak musuh, perlulah punyai kekuatan yang sama..cara yang sama..tindakan yang sama...

Musuh kita menguasai ilmu, jadi orang Islam perlu cemerlang dalam mencari Ilmu...

Musuh kita tiada Al-Quran, namun jangan pula orang Islam itu sendiri menjauhi Al-Quran...

Musuh mendidik anak untuk mengagungkan bangsanya, jangan pula orang Islam didik anak untuk hanya takut pada hantu...

Musuh kita sangat rajin, maka orang Islam perlulah rajin seperti mereka...

Musuh kita bencikan kita, maka orang Islam perlulah tanam dalam diri untuk membenci ajaran mereka, bukannya patuh pada tindakan mereka...*jauhi perkara yang melalaikan

Musuh kita hanya berani cakap dusta, maka orang Islam janganlah gentar bercakap benar...

Musuh kita sedang memerhatikan kita, janganlah kita orang Islam hanya memjamkan mata sepanjang masa...

Wallahualam...

Pasti ada yang melengkapi..=)

Menurut Ummu Saif pada suaminya Abu Saif, Ustaz Hasrizal...YOU COMPLETE ME... it just a nice word..pendek tapi mempunyai maksud yang cukup mendalam..Syukran Ustaz dan isteri.

You Complete Me...

Kita ni manusia tidaklah dijadikan betul-betul sempurna. Means masih lagi ada banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri kita. Tidak kiralah kekurangan bagaimana pun. Andai seseorang merasai dia mampu berpidato didepan khalayak ramai itu suatu kelemahan, maka setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Mungkin ada yang mengatakan itu suatu kelebihan. Terpulanglah pada pendapat masing-masing.

Main point post ini directlah pada pasangan yang Allah jadikan diatas muka bumi ini, iaitu pasangan suami isteri. Si Suami tidak mampu bertahan lama dengan karenah anak kecil, ianya suatu kelemahan namun ditampung oleh seorang isteri. Si Isteri tidak mampu mengawal emosi apabila berbicara hal-hal politik, namun tenang sahaja si Suami. Kalau kalian seorang yang banyak berbicara, pastinya pasangan anda seorang yg suka mendengar. Kalau kalian seorang yang pendiam, pastinya pasangan anda seorang yang kelakar. Kalau kalian suka menangis pasti juga pasangan anda seorang yang rajin memujuk. Kenapa begitu? Sebab itulah antara keindahan warna-warni dunia. Banyak lagi perkara kalau nak ditulis kat sini. Jadi boleh faham la agaknya mesej yang ingin disampaikan...

Bukan itu sahaja, dalam keluarga anda juga pasti melengkapi antara satu sama lain. Terkadang dalam adik-beradik tu pasti ada seorang yang baik akhlak dan agamanya dan tidak pada lainnya. Jadi tujuan diatur begitu supaya menjadi contoh pada keluarga. Jika semua keluarga ada begitu, maka amanlah dunia ini, kuranglah lahir anak luar nikah.

Jadi kesimpulannya, raikanlah kelemahan itu, janganlah fikir terlalu inferior. Kerana ada yang melihat kelemahan itu suatu kelebihan. Senyumlah selalu memancarkan kegembiraan anda...dan bersangka baiklah pada Allah..Wallahualam...=) You Complete Me ~

Be Ready Plissss!!!!

Nampaknya aku masih belum bersedia lagi,
Masih terdapat banyak kekurangan yang dahulunya kurasakan sudah lengkap,
Masih banyak pengalaman yang belum kutempuh,
Ingin belajar sebijak dia pun belum lagi,
Ingin belajar serajin dia pun malas lagi,
Ingin cari ilmu dari syeikh arab macam dia pun berat lagi,
Ingin menghafaz quran sebaik dia pun jauh lagi,
Bagaimana aku ingin menempuh hari yang bakal tiba itu...
Oh Tuhan, berilah kekuatan padaku...

Oh Yasto ( Pemandu Kenderaan )...

Dari Syatbi ke Mowassah : 1.5 km..

Kalau jalan free

Kalau naik teksi 2-3 genih

Tramco x de..

Dari Syatbi ke Mansyiah : 2-3 km..

Naik Keretapi Tram + jalan 25 piaster (sen)

Tramco 50 piaster

Naik teksi 2-4 genih

Dari Asrama ke Syatbi : 1.5 km

Keretapi Tram 25 piaster

Tramco 50 piaster - 1 genih (malam )

KALAU KAT MALAYSIA

Naik LRT beza 1 stesen yg kurang 1 km pun seringgit..

Naik Teksi je 2 ringgit tak masuk jalan lg ikut meter..

Naik Rapid KL 2 ringgit lebih kurang...

1 genih = 0.57 sen

SO X PAYAH LA NAK GADUH2x NGAN PAKCIK TEKSI TU...

KORANG NAIK TEKSI OR TRAMCO DIE..So IKUT DIE LA NK MINTAK BERAPA...

KALAU X NAK BAYAR CARI TRAMCO LAIN...x perlu nak gaduh2x mintak kurang..

Sedekah pun bg nus je..Makan kt Mc D boleh pulak habis puluh2x...

Siap boleh pegi UK lg..melancong sana sini...habis byk duit..x berkira pulak...

Tepuk Dada TANYA IMAN LA YE !!!!

Hati manusia...

Hati-hati = berwaspada
Hati manusia = Liver
Hati lelaki = keras
Hati wanita = lembut
Hati kanak-kanak = rapuh
Hati orang tua = sensitif

BETUL KE SEMUA TU???

Secara zahirnya mungkin benda-benda itu betul.

TAPI!!!!

Hati keras v.s Hati lembut =

Orang yg sukar terima nasihat v.s mudah menerima nasihat

Orang yg beremosi tinggi v.s mampu mengawal emosi

Orang yg tidak tahan kemarahan v.s mampu kawal marah

Orang yg mementingkan diri sendiri v.s peduli akan orang lain


Hati lemah v.s Hati kuat =

Orang yg jauh dengan tuhan v.s dekat dengan tuhan

Orang yg penakut v.s yg berani demi kebenaran

Orang yg suka buat maksiat v.s sentiasa ingat Allah

Orang yg mencintai nafsu v.s merasai kemanisan iman

Sedarikah kalian bahawa hati kita milik Allah?

Walaupun kalian lihat ade orang berbadan sasa, boleh tumbuk besi guna tangan, dan muka yang gerun mempunyai hati yang kuat?? Dan orang yang bertubuh mcm batang pokok kelapa miliki hati yang lemah??

Tidak semestinya..Kerana apabila dicampakkan kedua-dua orang ini dimedan perang, bayangkan Allah mencampakkan rasa gerun pada Hati orang yang sasa tadi, pastinya sekuat-kuat manusia akan tumpas pada yang lemah tadi kerana hati yang mengawal manusia...

Jadi fahamkah anda mengapa Salahuddin Al-Ayubbi memilih tenteranya yang bangun bertahajjud pada Allah??

Fikirkan sendiri sahabat sekalian...

Hidup diatas Bumi Tuhan..

Solat menjadi rajin apabila dihadapan ibu bapa,
Solat juga menjadi malas apabila sedang bersendirian.

Sedekah mudah diberi jika ramai orang nampak,
Sedekah juga berat diberi bila orang tak nampak.

Mudah mengingat tuhan dikala susah,
Sukar juga mengingat tuhan ketika senang.

Rela berpegang tangan bila berduaan di pantai,
Malu berpegang tangan bila ada orang baca quran di sebelah.

Mudah mulut celupar didepan orang miskin,
Sangat menjaga mulut dihadapan majikan dan sultan.

Duit disimpan untuk membeli barang mahal,
Duit juga disimpan bukan untuk membayar zakat.

Suka mengikut yang khilaf dalam mencari fatwa,
Sukar juga mengikut fatwa yang disepakati jumhur ulama.

Kerana manusia sangat inginkan 1 nikmat di dunia,
Dan manusia tidak mahukan 99 nikmat di syurga...

Wallahualam..fikir-fikirlah sendiri

Amani..Pancaran Nurimani...

Amani
Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR

Bukti kondisi Iman...

Pernah BERTAHAJJUD dikala orang lain sedang tidur???

OK..Nak tengok iman kita, ukurlah pada qiamullail itu...

Qiamullail, menguji keikhlasan..sebab x de orang nampak..

Lg best, kalau berjaya menangis sorang-sorang depan Allah...(sgt susah)

Main Point dia..siapa berqiamullail, insyaAllah tika itu iman sedang memuncak dalam dirinya..

Dia dapat rasakan kemanisan iman itu..

Siapa yang kadang-kadang berqiamullail, maknanya iman dia tu macam lah ombak..

Naik turun je..

Tapi kalau siapa x pernah berqiam dalam masa minima 3 bulan, kena cek balik...

Takat mana iman kita masa tu????

Tiba-tiba eksiden, mati, macamana depan Allah nnt...jadi sama-samalah kita berubah kepada lebih baik..=)

Sedih akan Dunia...=(

Telefon mama, dia pergi ceramah pasal aurat..pastu mama cite la..dalam ceramah itu diselitkan tentang masalah perzinaan dan ANAK LUAR NIKAH YANG MENCECAH 13000 pada tahun 2007...

13000????????BANYAK GILER!!!!!!!!!

Waaa SEDIH GILER!!!! Anak-anak kecik yg tak bersalah dilahirkan!!! Macamane hidup diorang nanti??? Tak tau bapak sape...ISH2x!!!Pe korang rase kalau korang jadi anak tu???

setahun 13000, kalau 10 tahun jd 130000!! da boleh bukak sekolah dah..SEKOLAH KHAS ANAK LUAR NIKAH!!! Nak Korang CAMTU?????

Dah la wei!!!Please stop this!!!Ko lahirkan anak yang x de bapak nak bimbing!!!Apatah lagi ilmu agama???Pastu lumpuh habis generasi ummah yang nak naikkan nama islam???MIMPI SEMATA2x HARAPAN NAK KEGEMILANGAN ISLAM!!!

Cukup la...Yang Pompuan..Kalau rase KETAT SANGAT baju tu, beli la longgar sket...kesian kat laki...Yang Laki Pulak!!! KALAU X BOLE NAK KAWAL SGT GI JUMPE MAK BAPAK POMPUAN TUH MINTAK KAWEN!!! KALAU ASE X CUKUP DUIT KUMPUL!!! KALAU ASE X CUKUP ILMU GI BLAJA!!!X YAH LA SAMPAI ZINA!!!

Aduh la dunia ni...Cukup sedih tengok penderitaan PALESTIN!!!Pedih lagi tengok bende ni!!!

Allah berilah bimbingan pada hamba-hambaMu ini YA ALLAH!!!!

Cinta Bererti Pedih!!!


Jika Kau cintakan Allah, Kau wajib rasa PEDIHnya jihad...

Jika Kau cintakan Rasulullah, Kau wajib PEDIH untuk berdakwah...

Jika Kau cintakan Ayah, Kau wajib PEDIH untuk menjaganya bila ayah sudah tua...

Jika Kau cintakan Ibu, Kau wajib PEDIH mengikut setiap kata-katanya...

Jika Kau cintakan Suami, Kau wajib PEDIH mendidik anak-anak...

Jika Kau cintakan Isteri, Kau wajib PEDIH mencari rezeki...

Jika Kau cintakan anak-anak, Kau wajib PEDIH untuk sentiasa membimbingnya...

Jika Kau cintakan harta, Kau wajib PEDIH menjaganya dengan rapi...

Jika Kau cintakan Kekasih, Kau wajib PEDIH untuk tidak berhubung dengannya...

Kerana Cinta itu KEPEDIHAN yang akan membawa KEBAHAGIAAN...

*Bukanlah cinta jika bahagia tanpa kesengsaraan...

Masa Depan...

Merenung diri,
Memuhasabah diri,
Terkadang terkenang dosa lalu,
Mengalir air mata di pipi,
Takut..
Sangat takut...
Bagaimana keadaan aku dihadapan Allah nanti,
Diheret malaikat,
Dipertonton maksiat didunia,
Alangkah malunya semua orang melihat,
Mulut yang sentiasa mengumpat,
Lidah yang terbiasa menipu,
Jari jemari yang selalu membuang masa,
Dengan lagha pada dunia,
Gitar, Komputer, Game..
Semua itu ditunjukkan dengan benar,
Kaki yang sukar menuju ke masjid,
Malah mudah sekali menuju ke pasaraya,
Bersama hati yang kotor,
Bagaimana mampu aku menyentuh pintu syurga,
Malah kulitku disiat masuk ke nereka,
Dan kini aku ingin berubah...
Berubah dengan sebaik-baiknya..
Janji Allah tetap tiba,
Masa depan itu akan berada didepan mata,
ENGKAU PULA BAGAIMANA????

Kejohanan Sukan Perubatan Cawangan Iskandariah

Kehangatan KSPCI sudah bermula...

Debaran semakin terasa...

Kakiku panas membara..

Ingin menggerakkn setiap otot di peha...

Padahal tidaklah sehebat mana...

Janji semangat sentiasa teruja...

Semoga berjaya buat semua...

Terutamanya Green Warrior...=)

Medicine Prove Quran..=)

Nak kenalkan dengan blog baru aku..tujuan buat blog ni sebagai melebarkan ruang dakwah dalam kajian medik dan al-Quran..so support la sket ok..boleh klik kat sini;

medicine prove quran blog

Sahabat QUBA' Selamat Berjuang!!

"Allah membimbing hati-hati kita yang berusaha mencari CintaNya yang Hakiki...."-
Dr. Syaheed

Lets Begin....2010 updated..Huah2x!!!

Assalamualaikum SEMUA PEMBACA!!!!!

Mesti semua da ingat blog ni da wafat dah kan??
Haha...Tula tak tergerak hati nak update..
Tp bila terdengar tema rumah hijau (2nd year) 'Lets Begin' , membara hati nak update balik...
Anyway akanku cuba selalu update selagi termampu..
Sebab tengah fokus update blog Al-Munzir...
Harap Maaf lah...tu pun ada yang da tarik balik jd follower..sedih jek..=(
Xpe..lepas ni follow balik..jangan risau..

Pasal Template baru???

Memang teramat poyo la..Gambar belah kanan tu bukan menunjukkan sombong ye..tp melihat Header Blog..(buat-buat faham je la)
Saje je buat camni..
Nak tarik perhatian sikit...
Kalau tak macam malas nk update blog ni..
Klu tak suka pun x pe..x perlu baca..
Sape nak baca...bace lah..
Ok semoga bertemu kembali di post seterusnya...

Bye!!

Assalamualaikum...