PMR - Remaja Perlukan Sahabat

Wahai remaja, mahu atau tidak kalian sangat perlukan sahabat atau kawan untuk mencapai kebahagiaan hidup. Amat payah untuk kamu hidup tanpa sahabat disisi. Seorang sahabat mesti berkongsi rahsia, kegembiraan dan kesedihan. Even adik beradik kalian pun belum tentu mampu memberikan suasana yang meriangkan hatimu seperti seorang kawan. Jadi amat penting untuk mencari teman yang ikhlas bersama kalian.

Siapakah sahabat?

1. Adik beradik ibarat lengan manakala sahabat umpama jantung yang mana kalian tidak mampu hidup tanpa jantung walaupun lengan masih bersambung dengan tubuh.

2. Sahabat tahu sesuatu yang tidak diketahui seisi rumah (keluarga).

3. Sahabat bukanlah yang makan semeja denganmu dirumah tetapi dia adalah orang yang menghulurkan bantuan dikala kalian dalam kesusahan.

4. Sahabat yang sebenar hanya memberikan nasihat dengan ikhlas.

Allah juga sangat menuntut kita supaya bersahabat, setia pada sahabat, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan melebihi 3 hari. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita hidup bersama seorang sahabat dialam ini.

Pemilihan Sahabat

Kehidupan remaja sangat mudah terpengaruh dengan kawan-kawan disekelilingnya. Bila kalian dikalangan orang yang merokok, pastinya kalian akan diajak untuk merokok. Tapi apabila kalian dikalangan orang yang pergi bersolat jemaah, pastinya kalian juga akan diajak pergi solat berjemaah di masjid. Selain itu, bila kalian bersama orang yang banyak bercakap perkara yang sia-sia, maka banyak juga perkara buruk yang masuk ditelinga kalian. Bila kalian bersama orang yang banyak berzikir, sedikit sebanyak pastinya bibir kalian akan tergerak sendiri untuk mengingati Allah.

Bersama kawan yang baik, kalian akan dinasihati. Bersama kawan yang buruk, kalian diajak pula kearah kemaksiatan. Kawan yang baik harus dirapati, kawan yang buruk harus dijauhi, kawan yang kafir perlu didakwahi. Dijauhi disini bukan bermaksud meninggalkan terus tetapi kalian perlu ada usaha untuk menasihati mereka kearah kebaikan. Islam dibina atas dasar ukhuwah, Rasulullah perlukan Para Sahabat untuk berjuang, Para Muhajirin perlukan Ansar untuk bersama membina kekuatan, dan kerana kawan yang soleh jua kalian perlukan untuk bersama-sama berjuang membela agama Islam.

Percaya kawan berpada-pada, usah terlalu mempercayai usah terlalu meragui kecuali dia seperti Abu Bakar As-Siddiq. Sokongan padu pada kawan harus secara total. Bersangka baik itulah serendah-rendah peringkat ukhuwah. Melebihkan kawan dari diri sendiri (itsar) itu sebaik-baik peringkat ukhuwah. Yang penting dalam apa-apa tindakan perlulah berhati-hati.
Jadi fikirkanlah semula, kaji semula rakan-rakan kalian, tapis semula sikap dan sifat mereka, ambil yang jernih supaya hati kita bertambah bersih dan kasih....bersambung..~

0 Apa Anda Rasa?: