PMR - 4 Keinginan Terkuat Dalam Diri Remaja

Buat diri seorang remaja yang hidupnya normal dan akal fikirannya waras, terdapat tiga keinginan yang sangat kuat dalam diri mereka.

1. Inginkan makanan yang sedap-sedap
2. Ingin bercakap banyak dan enjoy sepanjang masa
3. Melihat antara lelaki dan perempuan
4. Ingin merasai sesuatu yang baru

Makanan yang lazat

Apabila terpampang sahaja iklan makanan di kaca televisyen, umpama makanan terbaru di Pizza Hut, McD atau KFC, mulalah remaja-remaja terliur untuk membeli dan merasainya. Atau sedang berjalan di shopping complex besar-besar seperti KLCC, Mid Valley, pastinya melintasi kedai-kedai makanan yang mengundang selera diperut. Tidak kiralah berapa harganya, sanggup sahaja mengeluarkan duit hanya untuk memenuhi nafsu makan itu. Jadi remaja sekalian, makan itu perlu, namun perlu juga berpada-pada. Bukannya duit yang kita dapat untuk makan sesuka hati, sedangkan ada lagi yang sedang berlapar kerana tiada duit. Jadi lebih baik kita sama-sama memberi makan orang yang kelaparan daripada memenuhi nafsu perut kita dengan makanan yang mahal-mahal sahaja.

Bercakap banyak dan enjoy sepanjang masa

Bila remaja sudah berkumpul beramai-ramai bersama kawan-kawan, maka banyaklah topik yang keluar. Menceritakan hal masing-masing, hal orang lain, sehinggakan tidak sedar terumpat atau menyakiti hati orang lain. Perkara ini kalian perlu berhati-hati. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh ditarik balik. Kadang kala terus mengundang kepada pergaduhan jika terlalu emosi. Jadi lebih baik diam dari banyak berkata-kata. Enjoy...merupakan perkara utama, yang membuang masa, hanya untuk memenuhi masa lapang tanpa melakukan perkara berfaedah. Main video game, berparti, melepak merupakan perkara-perkara yang membuang masa banyak dalam hidup remaja. Banyak lagi perkara yang perlu digapai seperti mencari ilmu, memperbaiki bacaan Al-Quran atau mencungkil bakat terpendam supaya menjadi dewasa yang hebat kelak. Jadi cubalah rancang masa dengan baik.

Mata yang meliar pada berlainan jantina

Lumrah remaja sudah punyai tarikan pada berlainan jantina. Bila pergi ke kelas, ke pasaraya atau kemana jua mesti mahu melihat 'dia' (ungkapan untuk berlainan jantina). Buka facebook, hanya ingin menatap kecantikan ketampanan 'dia'. Apatah lagi apabila si gadis dengan gaya yang menggoda di facebook, dengan pakaian yang menonjolkan kesemuanya, membuatkan si jejaka terpaku dan terpegun di kaca komputer. Malah ada juga jejaka yang sibuk menonjolkan susuk tubuhnya tanpa berbaju di facebook, menarik pula si gadis melihat. Jadi berhati-hatilah wahai remaja sekalian. Ada syaitan yang menemani disisi, ada juga malaikat yang mencatat keburukan kalian. Jadi lebih baik menjaga pandangan, kerana baiknya pandangan baiklah seluruh tubuh badan.

Ingin mencuba sesuatu yang baru

Pantang ada teknologi terbaru, ingin dibelinya. Ada tempat baru dibuka, ingin pergi melihat. Ada pertandingan bermacam-macam, ingin menyertainya. Ada cabaran yang membahayakan, mahu mencubanya. Bermacam lagi yang ingin dibuat dan dirasai. Wahai sahabat remajaku sekalian, mencuba biarlah yang tidak membahayakan, merasai biarlah yang tidak merosakkan. Mencari pengalaman itu bagus, namun tidak semua pengalaman itu bagus. Kalian mempunyai akal fikiran yang waras untuk mengukur timbang mana yang baik dan yang buruk. Jadi berhati-hatilah pada godaan dunia yang bersifat sementara ini supaya tidak terjerumus kelembah dosa yang menjanjikan azab neraka...

bersambung...~


0 Apa Anda Rasa?: