Alhamdulillah

Sejak sampai mesir 7.10.2009 tak pernah lagi update blog. Sebab tadak internet kat rumah. Sesampai rumah pukul 12 malam. Semilir angin syatbi dan deruan ombak membuatkan aku kembali bersemangat nak sambung belajar. 'Doktor' .....wah banyaknya nak study...cerita balik bila aku ade kat rumah. Aku amat bersyukur dapat rumah kat syatbi ni. 700l.e sebulan. boleh saving duit. tambah-tambah lagi bile da letak carpet satu rumah. memang cukup selesa.

10.10.2009 dah start kelas. seronok la belajar medik ni. sekarang baru dapat rasakan aku ni student medik. mula-mula belajar immunology pastu exam. sekarang hematology pulak n esok exam. adoi. ahli bait aku dah mcm beruk termakan belacan. sume tak prepare exam esok. tapi lepas exam dah cuti aidil adha. so semoga semua bergembira hidup kat mesir ni

Bolehkah lelaki menangis?

Selalunya yang mudah menangis adalah wanita..
kerana hati mereka umpama kaca...
sekali jatuh habis berderai
Tetapi bagaimana pula seorang lelaki?
diumpamakan hati lelaki seperti besi yang keras...
menangis bermakna tak macho...dan sebagainya...
insan bernama lelaki akan menangis apabila sebuah hentaman tidak mampu ditahan lagi...
barulah akan berderai butir permata bagi seorang lelaki...
air mata lelaki mengalir apabila...

1. kehilangan orang yang disayangi atau dicintai...
2. taubat seorang hamba pada penciptanya
3. seorang anak derhaka pada ayahnya
4. sayang seorang anak pada bapanya
5. keluarganya dizalimi

lelaki tidak menangis apabila dianiaya...tetapi lelaki akan menangis apabila insan yg disayanginya dianiaya...Uthman bin Affan khalifah yang kerap menangis kerana taubatnya...Umar Al-Khattab menangis kerana penyesalannya sebelum memluk Islam...Sedangkan ramai Ulama menangis kerana sesaat terlupakan Allah pencipta...

jadi mana-mana lelaki yang rasa ingin menangis...
maka janganlah dipendam...
lepaskanlah tangisan anda...
anda jangan hipokrit dengan manusia...
kerana menangis melembutkan keegoan lelaki pada penciptanya...
tangisan lelaki menambah kasih sayang pada insan yang disayanginya...
menangislah tapi jangan keterlaluan.... =) -seperti wanita-

Rindu Banget Sama Kamooo

Alhamdulillah, arini last study leave. Tapi sempat aku nak membloggingkan diri. x pe la. Janji aku hepi. Bila da last-last study ni, teringat nak balik. Balik Rumah LAAA...Kangen bangat sama adik beradik..Along, Abang, Kak Yat, Kak En dan Kak Mal...lagi-lagi MAMA dan AYAH...sentiasa dalam ingatan. Aku tak sabar nak balik sebab nak jumpa baby baru...diorang lahir time aku kat sini..So sebab tu Rindu Sgt nk jumpa diorang...tahniah la buat Along dan Kak yat, dapat anak baru pada hari yang sama. Dua-dua girl plak tu...Aku memang suka baby girl banding baby boy. Sebab aku boy. haha. Aha anak Kak En...Baby Boy...taniah jugak. tapi aku tak ingat sorang pun nama diorang. semua nak beranak-anak. tinggallah aku dengan Kak Mal yang masih SINGLE-MINGLE..takpe taun depan Kak Mal kompem kawen..then tinggallah aku seorang diri..huk2x.. aritu tiba-tiba Abang cakap dah ade baby dalam perut isteri dia, Kak Aisyah..5 bulan pulak tu..mesti dah bunting..tak gi tau pun orang jauh kat sini..sedih2x..rupanya aku dah semakin menjadi pakcik la..kire total semua, Along 4 anak, Abang 3 anak, Kak Yat 2 anak, Kak En 1, Kak Mal 0...waa cantik gile susunan...bangga dengan korang..boleh plan same2x adik beradik. haha. semua sekali ada SEPULUH???? memang aku dah jadi pakcik yang expert dengan gelaran manja PAKCU..katanya Putrina dah banyak mulut sekarang...x sabar nk cakap dengan dia...heee..nak picit pipi dia sampai nangis...haha. bulat macam bola. Rindu Korang!!!! Ali, Ahmad Umar, Aqish, Adam, Amira, Afrina, 4 lagi x ingat...haha semua A la korang. semoga peksa nanti pun semua A...hehe. Balik ni pun ade family day..wah x sabar nak kumpul. Raya taun ni pun semua balik rumah Mama. BEST GILE..dah lme x dpt kumpul sama-sama. huhu. sume dah ikut laki bini masing2x. nak buat mcmana. haha. 29 JULAI menantiku di epot..30 JULAI pukul 2 petang family tunggu kat KLIA...teringat dulu time kecik2x aku tunggu abang balik dari jordan.. ingat ade adegan peluk-memeluk mcm dalam tv..tp biase jek..haha...segan la anak laki..kena conrol macho sket. Semoga semua selamat bercuti di Malaysia, buat Anas yg plan nk g UMRAH, doakan aku...kepada YADI yang nak bertunang 31 September, selamat bertunang, dan kepada semua selamat bercuti!!!!!!!

mengapa aku diberi nama ini? kerana ini satu anugerah....

Terkenang tika waktu dahulu, beberapa tahun lepas, ketika aku masih lagi menuntut ilmu di bumi Gombak, aku diarahkan salah seorang pengawas untuk memberi tazkirah di hadapan perhimpunan...pada mulanya aku agak buntu, apakah tajuk tazkirah yang perlu aku berikan..iya lah..aku pun baru setahun jagung, ilmu apa je yang aku ada..lalu terdetik satu tajuk yang sesuai diberikan kepada seluruh pelajar, iaitu tajuk 'syukur'. setelah cari maklumat dari buku-buku agama, aku pun sediakan nota pendek. dalam keadaan sedikit gementar aku menghampiri mikrofon di perhimpunan..lantas aku mendahului ucapanku dengan nyanyian lagu syukur dari Raihan. mereka semua kelihatan pelik...sikit je aku nyanyi..kemudian aku teruskan dengan tazkirahku..
kemudian kembali beberapa tahun lagi ke belakang ketika aku masih menuntut di johor ketika aku bersekolah rendah...ibuku selalu mengurutku untuk mengejut aku bangun solat subuh. terkadang aku rajin hendak bangun, kadang-kadang aku malas..pada satu ketika itu aku terasa berat untuk bangun, lalu selepas ibuku mengurut, aku malas bangun juga. lalu tiba-tiba ibu cerita, mengapa dia memberikan namaku Shukri..kerana.....dia bersyukur sangat kerana akhirnya dia memiliki juga anak lelaki kerana sebelumku semuanya perempuan selain dari abangku seorang itu..tiga perempuan sederet...hehe..ketika dalam kandungannya lagi dia sudah berdoa untuk memiliki anak lelaki, akhirnya Allah makbulkan dan lahirlah aku yang diberi nama Shukri yang bermaksud 'kesyukuranku'
kembali beberapa tahun kehadapan semula, aku belajar untuk menjadi insan yang bersyukur. kerana hanya Allah sahaja yang memberi kita kehidupan, nikmat, dan kejayaan. sebagai tanda syukur kita pada Allah, kita perlulah mengikut segala suruhan dan perintahnya. memang sudah jelas disini..aku diberikan begitu banyak nikmat dan kemudahan namun aku tidak tahu berapa banyak syukurku diterima Allah. tugasku hanya perlu bersyukur.
kemudian nak diteruskan cerita aku ada peperiksaan mikrob yang agak sukar. walaupun aku tidak pasti keputusanku kelak, namun aku hanya perlu bersyukur kerana Allah memberi juga peluangku untuk menghadiri peperiksaan, mempunyai pen untuk menulis, mempunyai tenaga untuk menjawab, memberi ketenangan untuk berfikir, dan menyalurkan ilmuNYA kepadaku untuk aku menjawab soalan yang mampu aku jawab. itu sebenarnya sudah cukup untukku bersyukur sepenuh masa. dan kerana itu aku sentiasa teringat bahawa itu kerana aku diberi nama Shukri, kerana ia adalah satu anugerah supaya aku menjadi insan yang sentiasa bersyukur....Alhamdulillah....

bersyukurlah kamu masih lagi bernyawa...

Alhamdulillah..itulah ucapan yang mampu aku luahkan tatkala jantungku berdegup kencang dikejar sang pembunuh dunia. sehari sebelum bermulanaya Exam final..aku terasa amat malas untuk bangun. teramat-amat malas..mungkin kerana beberapa faktor yang menjadi rahsia. hal ini kerana aku tidak boleh tidur pada malam itu. sampai keesokan harinya aku tersedar dalam pukul 9 pagi. namun aku enggan bangun. aku bercakap pada diri sendiri, biarlah aku sambung tidur..dan aku memang tak nak bangun...aku tak nk menempuhi realiti dunia yan penuh onak duri ni..aku tak nak dan tak nak. aku sentiasa ingin dalam mimpi dan pembaringan. kemudian apa yang aku dapat...mimpi ngeri..tika itu aku dalam perjalanan ingin pulang ke rumah dari Kuala lumpur ke Johor Bahru. aku membawa banyak duit dalam beg kecilku. kemudian aku terus menuju stesen LRT di putrajaya. aku ingin membeli tiket bas pulang ke JOhor di kawasan sekitar stesen LRT tu. malangnya tiada kaunter tiket disitu. lalu aku bercadang terus ke PUduraya. lalu aku pun menaiki sebuah keretapi yang usang dan lama..lepas sebuah stesen..aku teringat bahawa aku tertinggal beg yg berisi duitku di stesen lepas. segera aku keluar dan berlari kearah stesen lepas tadi. bila aku keluar sahaja dari stesen itu, rupanya aku berada dikawasan lanun dimana ramai orang dibunuh sesuka hati. pisau dibaling, berdas2 tembakan dituju kearah orang yang ingin menaiki keretapi itu. apakah aku ingin keluar? lalu aku keluar juga dan terus berlari mengikut rel keretapi lepas. aku lari sepenuh hati. tiada orang kejar. sampai di stesen lepas tu aku menjumpai sesorang sedang menggeladah beg itu..aku terus menyepaknya dan mengambil begku semula. rupanya da sebilah pisau ditangan penggeledah beg aku itu tadi. aku terus berlari dan berlari sepenuh hati. aku ketakutan..aku terus berlari dan aku tiba di stesen ramai lanun itu. lagi ramai orang awam yang dibunuh. jantungku semakin laju dan aku berpeluh. aduh apakah aku masih lagi bernafas?apakah ajalku sudah tiba? kemudian aku terjaga dari tidur dan aku terus bangun menuju ke bilik air. aku mengucapkan syukur pada Allah kerana aku masih lagi bernafas. kesimpulan yang ingin aku utarakan..berusahalah diatas muka bumi ini, jangan kamu bermalas-malasan, andai ajal itu sudah tiba..tidak sempat lagi kau untuk mengumpul kebajikan...(kisah benar)

dunia ni tu je ke?

oh dunia...oh manusia...oh hamba Allah yang leka...kadang2 aku terfikir...kenapa nk kejarkan dunia ni? kita lahir, kemudian ibu menjaga kita, masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk universiti, kerja, kahwin kemudian ajal tiba..sekejap je..tapi kenapa ramai daripada kita kejar dunia ya...lebih-lebih lg yang bertuhankan duit..bergembira dgn wanita..dan macam-macam lagi hiburan..sedangkan kita sendiri dah tau akhirat tu yg lebih kekal..kenapa nk kejar dunia lagi? nak salahkan sape? setan? itu memang kerja syaitan menghasut..kenapa x nak salahkan diri sendiri..hurm...memang betul dunia perlu diambil sedikit tapi itu bertujuan untuk kehidupan..hidup ini memang sementara..macamanalah kita sebagai umat islam akhir zaman ni?kita fikir balik, Rasulullah dan sahabat bermati-matian pertahankan islam, untuk merebut syurga Allah..tetapi kita amalan sikit je...x sampai mati pun..ntah nk mati pun takut..boleh ke nak dapat syurga Allah? tu pun ibadah belum kompem sah..dgn x khusyuknye...apatah lagi kalau nk ingat Allah...dalam solat je atau logiknya selalu bila dalam kesusahan baru nk ingat Allah...itu lah manusia akhir zaman ni...bersama-samalah beringat..org yg berzina pun las2 cari islam, orang-orang da tua da nk mati baru g masjid cari islam, orang kaya dah muflis baru cari islam, kesimpulannya memang kita ni last2 akan cari islam jugak...so daripada terlajak umur dan perbuatan, baik cari islam sekarang...ambil sedikit dari dunia dan kejarlah akhirat yg kekal abadi...

Sekarang baru terfikir...Sungguh agung kuasaMu

Assalamualaikum...tidak lain yg akan ku cerita selain perihal manusia, kerana manusia jua yang membuat masalah dan juga manusia juga yg memakmurkan bumi Allah ini..tidak sesekali ku bercerita tentang binatang selain dari tuannya, tidak sesekali ku bercerita mengenai perabot selain daripada pembuatnya..kerana manusialah hamba Allah yang kadang2 kita lihat sombong, bongkak, bodoh dan tidak sedarkan diri siapalah dia dimuka bumi ini selain daripada pacal Allah yang hina. Jika tersilap, terlalai, tersalah, semua itu boleh dimaafkan tetapi kalau sudah sengaja melakukan kemungkaran tanpa rasa bersalah itu sudah mengundang sesuatu yg lebih buruk. Aku sendiri terkadang binggung, sibuk manusia bercerita tentang agama tetapi dia sendiri tiada pengetahuan tentangnya (agama tersebut), kemudian bercerita tentang kedamaian, sentosa hidup aman tetapi tiada pernah mengikut jalan yg Allah tetapkan...sukar difahami kata-kataku, dimudahkan bicara aku ingin meluahkan perkara-perkara yang sibuk manusia buat tanpa mengikut peraturan Allah, akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan hidup itu sendiri. Ish manusia yang hidup sementara ini, dah la jasad dipinjam dari Allah, tapi masih tak sedar2 diri lagi.
1. Allah dah suruh wanita melabuhkan pakaian menutup aurat (tutup bahagian dada, kaki dan tangan ) tapi x nk ikut, hasilnya mengundang nafsu lelaki dan dirogol. siapa salah?
2. Allah juga da suruh laksanakan hukum potong tangan bagi yang mencuri, tapi x nk ikut, hasilnya masalah kecurian x pernah berjaya dibendung di dunia. Malah mangsa kecurian juga dibunuh.
3. Allah juga da suruh cari pemimpin yang beragama Islam, berpengetahuan tinggi dalam agama Islam dan adil, tapi x nk ikut, masih memilih yang lantang bersuara dan pandai menyahut, hasilnya diri sendiri sebagai rakyat dipijak kaum kafir.
4. Allah da suruh jangan mengumpat, hina, caci, tapi masih lagi mulut tu susah nk kawal, akhirnya sesama umat bergaduh, x kan pernah bersatu dan tak mungkin akan bersatu dan hidup aman bahagia. (khusus pergolakan pemimpin di Malaysia)
5. Allah da suruh supaya kembali pada ajarannya, tetapi manusia sombong, konon Islam itu kolot, itu dan ini, sedangkan yang berkata kolot itu lebih kolot dan hina daripada seekor binatang.
6. Allah da suruh supaya jangan menghampiri zina apatah lagi berzina, tapi x nk ikut, hampir jugak, hasilnya tewas dengan godaan syaitan dan buat juga dosa besar itu, last2 gejala ni da susah dibendung dan semakin banyak bayi-bayi buangan didunia.
Banyak lagi perkara yang manusia tidak mahu ikut, semua ajaran Al-Quran dilupakan, nak hidup bebas konon, tapi bila nasi da jadi bubur, barulah terkial-kial nk cari Islam. Kemudian ckp, biaselah manusia semua buat silap. Mudahnya bicara tentang agama...kalau tersilap x pe tp kalau sengaja buat silap, payahlah. Kenapa x nak cakap, biaselah manusia semua nk masuk neraka...kan mudah je. Yang paling aku tidak puas hati, filem-filem yang berunsurkan agama sekarang ni langsung x menunjukkan imej agama. Apa dia ingat agama ni bende main-main ke? dakwah konon...ye lah..mana tidaknya..sibuk bercerita tentang agama tapi pelakonnya x tutup aurat, lagi2 aku tengok pelakon melayu sendiri sudah hilang malu berpelukan lelaki perempuan kerana semua itu bermula dari menghalalkan persentuhan kulit lelaki perempuan (bersalaman) kemudian apa lagi yang akan berlaku. tengoklah selepas ni, bila berani berpelukan akhirnya menjadi seperti filem kafir sekarang, setiap cerita wajib ada babak perzinaan. kemudian generasi mendatang menganggap ianya kemodenan dan perkara biasa dan akhirnya dunia menghampiri kemusnahan. yang paling x boleh blah nk cari planet lain tu kononnya boleh selamat daripada hari kiamat..haha..cari la sepuluh planet pun x kan pernah boleh lari dari hari perhitungan Allah...aduhai, inilah manusia. Mana-mana yang sibuk mengumpat pasal politik ni cukuplah, diamlah. kerana berlebihan kata akan menyebarkan fitnah itu sendiri tidak kira dalam perbualan meskipun dalam blog. akhir kalam, sama-sama menuju syurga Allah dengan mengikut segala suruhanNya yang terkandung dalam Al-Quran dan menjauhi laranganNya. wallahualam

Aku peduli apa dengan sof dalam solat !!!

Barisan? apa itu barisan? adakah hanya menggunakan pembaris? dalam bahasa arab disebut sebagai sof ataupun kata mudahnya seperti saf dalam solat. Apa kaitan kita dengan barisan? Macam tiada kaitan. Tapi mengapa Rasulullah menekankan barisan ini? mengapa dalam solat berjemaah perlu ada barisan? mengapa ketika berperang juga perlukan barisan? mengapa juga didalam kelas perlu ada barisan seperti barisan kerusi dan meja? ish...apa semua ni? Barisan, merupakan sebuah sistem yang teramat sistematik dan teratur, menjadikan sesuatu perkara itu tersusun dan mudah dilaksanakan, dan tidak akan berlaku perbalahan. Mengapa kau menceritakan perkara ini..ingat aku budak sekolah lagi ke? nk cerita benda-benda remeh macam ni? ish sahabat..jangan anggap ini perkara remeh..barisan menentukan kekuatan sebuah bangsa, kenapa para sahabat dahulu mampu menguasai dunia..mereka Islam juga seperti kita..tapi mengapa kita sebagai umat islam itu sendiri semakin dipijak dan dihina bangsa lain dizaman ini? inilah perbezaan kita..mereka mengamalkan barisan, tapi kita tidak realitinya. kan dalam solat sudah ada sof..barisan juga...Ya benar..tidak dapat dinafikan perkara itu, tapi barisan kita terputus..payah nak cari para jemaah yang bersentuhan bahu dan bahu. Bila terputus maka adakah masih digelar sebuah barisan? barisan yang kukuh tidak mampu ditembusi walau apa jua sekalipun perkara yang mendatang. Tapi siapa yang nk tembusi sof dalam solat? ya, ada yang menembusi tetapi ianya ghaib, sebuah musuh yang cukup licik..iaitu syaitan.. Alah..itu perkara kecik je...buat apa nak bising2...Eh..tersilap kita berfikir begitu..bila kita tiada barisan, maka ketika itulah syaitan menembusi. apabila syaitan menebusi, mereka akan menguasai hati-hati manusia. dan mereka akan berbisik2 secara tidak sedar. melalui bisikan itu akan lahir prasangka2 buruk dan kemegahan diri. dari situ apabila sesama manusia saling bersanga buruk maka berlakulah perpecahan..apabila berlakunya perpecahan maka sesebuah bangsa itu akan lemah kerana apa? kerana mereka tidak percaya antara satu sama lain dan saling serah menyerahkan. ini bermaksud apabila berlaku sesuatu mereka tidak mahu peduli dan menyerahkan kepada orang lain. apabila ini berlaku, jika semua orang berfikiran sama maka tiada siapa yang peduli. tidak kira perkara itu baik atau buruk. ada musuh atau tidak..semua tidak mahu ambil peduli. kemudian bila bangsa sendiri lemah barulah nak menuduh orang lain dan salah menyalahkan. dan ketika itu musuh-musuh islam sudahpun meletakkan tapak kaki mereka kemuka orang Islam. itulah realitinya..kerana perkara sekecil2 ini diambil remeh, maka kesannya cukup besar kepada umat sendiri. masihkan kita mahu menyalahkan orang lain? cukuplah, mulakan langkah baru, serulah kawan2 supaya pentingkan sof dalam solat...kesannya akan Allah tunjuk kemudian hari...wallahualam...

sahabat QUBA' selamat berjuang!!!

Sahabat QUBA....merupakan sekumpulan sahabat, yang sama-sama berjuang untuk mengembangkan agama Allah ini dan mereka berusaha mendalami kitab suci Al-Quran serta menjaganya... Ahli-ahli sahabat QUBA terdiri daripada pelajar perubatan Iskandariah yang terdorong untuk menghafaz Al-Quran. Kami terdiri daripada 16 orang dan diketuai oleh saudara Faiz. Kumpulan sahabat ini ditubuhkan dibawah Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan pelbagai aktiviti sudah dirancang dan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan ukhuwah sesama sahabat. Nama QUBA ini diambil sempena nama masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah untuk menyebarkan Agama Islam. Semoga kumpulan sahabat ini mendapat limpah rahmat daripada Allah dan seterusnya menjadi barisan pertama dalam menyebarkan dakwah Islam menerusi perubatan... wallahualam...

ku rasakan kasih sayang tuhan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun...

Sejak dua menjak ni, aku merasakan suatu keajaiban kuasa tuhan dalam menguji hambanya. Perkara yang aku lalui selama lebih kurang sebulan ini memberi jawapan kepada seluruh hidupku yang dari dahulu lagi aku impikan. Aku menyedari perkara ini sememangnya petunjuk yang Allah ingin beri padaku kerana kurasakan Allah masih menyayangi aku. Namun perkara itu tidak perlu aku perjelaskan kerana ianya berlaku pada diriku sahaja. Boleh sahaja aku biaskan kisahnya supaya tampak lebih jelas dan tidak berlaku sangkaan buruk. Kita manusia, dikurniakan nafsu dan iman, kedua-duanya bersifat berlawanan dan tidak pernah seiringan. Dari kecil aku inginkan Play Station (PS) kerana cemburu melihat kawan-kawan bermain dengannya. Itu kerana nafsu ku memberontak inginkan PS juga. Ku cuba bermacam cara untuk mendapatkannya, minta mama, minta ayah, malah aku juga melepaskan nafsuku itu dengan pergi bermain PS bersama rakan-rakan di kedai permainan. Namun aku masih tidak memilikinya sendiri, kerana nafsuku tidak puas. Aku memang sudah tahu dan menyedari bahawa apabila bermain PS kita akan leka dan lalai dan malah akan melewat-lewatkan solat atau MALAS BELAJAR kerana ada misi permainan yang perlu dihabiskan. Nafsuku memujuk tidak apa..sekejap je...dan aku pasti dan yakin bahawa itu adalah bisikan dari syaitan. Kemudian aku terus berusaha dan berusaha dan mencuba minta dari ayah. Aku berjanji macam-macam bahawa bila ada PS nanti aku akan belajar sungguh-sungguh sampai berjaya, tak akan melewat-lewatkan solat dan sebagainya. Tidak lama selepas itu ayah bersetuju untuk membelikan untukku satu. Aku bukan main kepalang gembira di hati. Aku membayangkan semua perkara indah-indah apabila berada di alam fantasi itu. Aku memasang macam-macam impian untuk bermain game itu dan ini. Bila aku sudah punyai satu, aku asyik bermain dan menghabiskan masa dengan PS kerana ianya amat menyeronokkan. Segala janji yang aku janjikan dulu semuanya lenyap begitu sahaja. Biasa lah. Mula-mula dapat tu semangat belajar naik...aku jadi rajin sebab aku dah janji dulu nk belajar rajin-rajin. Namun ketika belajar aku berusaha nk habis cepat sebab nak main PS. Dah lama-lama semangat belajar hilang tapi semangat main game x pernah hilang. Kerana itu adalah kemahuan nafsu dan nafsu tidak penah kenal erti puas. Lama-lama aku menjadi leka dan leka dan semakin malas belajar. Aku melupakan semua janjiku pada ayah dulu. Kesannya dalam peperiksaan aku gagal 4 matapelajaran sedangkan aku dahulu selalu dapat lulus cukup makan sahaja dalam sekolah. Aku cukup sedih sehingga seminggu aku menangis berdarah dan tiba-tiba aku dikhabarkan rumahku dimasuki pencuri dan segala barang berharga hilang termasuk PS ku. Aku bertambah sedih bukan main. Benda yang teramat aku sayang hilang dari pandangan. Logikkah aku nak minta ayah untuk beli yang baru? keputusan pelajaranku merosot dan ayah juga hilang duit simpanan kerana dicuri. Kepada siapakah aku ingin mengadu. Lama-lama aku berfikir..Inilah akibat mengikut nafsu. Walaupun kita berjanji macam-macam namun lama kelamaan janji itu akan hilang juga malah membinasakan diri. Inilah ujian tuhan. Allah memberiku peluang untuk merasai apa yang aku impikan dan Allah menunjukkan kesan dan akibatnya selepas itu. Aku berfikir semasak-masaknya, kerana Allah masih sayangkan aku, jadi biarlah ujian itu hanya seketika. Untuk memberiku rasa dan berfikir sendiri. kemudian sejak dari itu aku sudah tidak berminat untuk perkara-perkara game ini dan aku menjadi rajin dalam pelajaran. Kesannya aku mendapat semua A dalam peperiksaan akhir dan ibu bapaku juga gembira. Bila difikirkan kembali, apakah mengikut nafsu dan janji2 kosong akan memberi kejayaan pada akhirnya? Aku sudah punyai jawapan sekarang dan MENURUTI NAFSU bukanlah penentu kejayaan tapi MENYEKANG NAFSU itu menuju ke arah kejayaan yang sebenarnya. Inilah biasan kisah yang ingin aku luahkan dan semoga menjadi pelajaran kepada para pembaca blog ini. Tidak kira apa jualah perkara yang berkaitan dengan kehendak nafsu, maka cubalah tahan dan sekangnya dan kita akan mengetahui perkara itu kemudian hari. InsyaAllah, yakinilah nasihat saya. Allah sahaja yang maha mengetahui...sekian

baru bermula di mesir...

assalamualaikum...
ni first time asenye nk cerita pasal diriku...hehe..ye lah..kadang2 perlu ubah cita rasa supaya hidup kita ni heppi...x de ape rsenye nk cerita pun..mungkin sedikit sebanyak pengalaman lepas dah 6-7 bulan kat mesir ni boleh dikongsi bersama para pembaca...mesir...mempunyai seribu makna tersembunyi...namun orang yang melihat luaran sahaja pasti akan memaki hamun mengutuk segala2 galanya yang ada di mesir ini...tp tidak ramai yg dapat melihat keindahan dan kesucian mesir ini dari segi dalaman...kat sini...jemaah masjid selalu penuh x macam kat malaysia, tukang kedai selalu basuh jalan kaki depan kedai dia (walaupun x kan bersih sbb org lalu lalang kan)x macam kat malaysia, pastu lori sampah die bersih giler (da la putih tp lawa+x kotor langsung+x busuk) x mcm kat malaysia, walaupun x de traffik light tp x accident pun x mcm kt malaysia, then orang2 die selalu bg salam walaupun x kenal x mcm penduduk malaysia, pemuda2 die walaupun nampak rugged tp g masjid x mcm kat malaysia, ada kereta kuda x mcm kt malaysia (slalu nampak depan asrama), then last skali...korang yang duduk kat mesir banyaklah bertaubat lepas setiap masa mengutuk mesir ni...cubalah belajar mencari cahaya dalaman yang banyak tersembunyi di negara ni...itu je kot nak cerita...haha...

oh pemimpin...

pernah suatu ketika dahulu,
aku berada dialam persekolahan,
rajin mengulangkaji dan menuntut ilmu,
hanya untuk mencari sebuah keredhaan...

aku kenal seorang guruku,
yang kugelarnya sebagai ustazah,
beliau ikhlas memberikan banyak ilmu,
demi melihat anak didiknya berjaya duniawi-ukhrawi,

pernah jua beliau mengajarku mengenai pemimpin,
huraian lengkap sebuah hadis daripada Rasulullah,
aku belajar siapakah itu pemimpin,
dan juga siapakah pimpinannya...

kumulakan dari bawah hieraki yang pertama,
kerana ini tapak pada segalanya,
lemah tapak maka goyahlah apa ditampungnya,
saling berkaitan dan mudah direncana...

bermula pimpinan hati kepada badan,
lemahnya hati kerana kurang iman,
kurang iman kerana kurang didikan,
kurang didikan kerana masih belum lg kenal tuhan...

kemudian pimpinan hamba kepada barang tuannya,
busuk hati maka musnahlah tanggungjawabnya,
lahir ketidak percayaan megungkai perbalahan,
akhirnya sendiri menjadi mangsa habuan...

kemudian suami pada isteri dan anak,
lemah hati mudahnya retakan,
retakan rumahtangga menceraikan hubungan,
lerai hubungan maka musnahlah kehidupan...

akhir sekali pemimpin kepada rakyatnya,
pemimpin tidak beriman tentunya tiada keadilan,
pandai berkata tapi mengeruhkan suasana,
sampai bila penyatuan tidak dilaksanakan...

contoh terbaik hanya pada Rasulullah,
mempunyai iman yang tiada tandingan,
kerana keadilan rumahtangganya gemilang,
kerana bersihya hati maka islamnya bertahan hingga sekarang...

sedarilah wahai manusia iman segala-galanya dalam pimpinan...

perasaan atau perasan???

dua kata yang hampir sama,
tapi mempunyai perbezaan makna,
mana satu yang sempurna,
bersama kita teliti maksudnya...

bak kata orang malizi,
cinta itu lahir tanpa disedari,
terbit di sudut nurani,
muncul menghantui kemanisan hati,

tapi cinta itu perasaan atau perasan,
kerana ramai manusia cinta perasan,
kerana itu bermula dengan teguran,
kemudian terus lekat di ingatan,

memang perasan,
orang menegur kerana iman,
lain pula yang difikirkan,
mulalah fikir yang bukan-bukan,

jika cinta itu perasaan,
ia amat sukar ditafsirkan,
cinta itu dari tuhan bukannya syaitan,
perlukan penelitian dan keikhlasan,

kerana cinta bukan paksaan,
cinta dihati bersama kewarasan,
boleh fikir yang mana baik yang mana bukan,
cinta suci jauh dari kemaksiatan,

cinta manusia yang tulus beserta iman,
hanyalah cinta selepas perkahwinan,
cinta sebelumnya hanyalah cinta perasan,
kerana penuh dengan gurauan syaitan,

ingatlah wahai kawan,
cinta kera hanyalah mainan perasaan,
cinta suci tiada alasan,
cinta suci tiada pertemuan,

jauhilah cinta perasan,
bersabarlah dengan cinta harapan,
tiba masanya kau sendiri akan berdepan,
sudah ditentukan jodoh setiap insan,

buat masa ini,
carilah cinta hakiki,
iaitu cinta Allah yang kekal abadi,
dan cinta akan famili,

jika kau ingin mutiara,
terletaknya didasar lautan,
perlukan kesabaran dalam mencarinya
mutiara itu paling berharga dalam tujuh lautan,

tapi jika kau terjumpa mutiara di permukaan,
memang ia cantik dari pandangan,
ianya mudah diambil dan disimpan,
tetapi langsung tiada harga yg sepadan...

jadi bersama kita fikirkan,
cantik,kaya itu memang jadi impian,
rugilah siapa yang melepaskan,
tapi cinta iman lebih lama bertahan....


notes: cinta yang bersulam iman hanya bertemu didalam doa bukan dengan bersua muka (kecuali org yg da kawen la)
cinta yang diiringi iman tidak ada byk alasan dan terpelihara daripada perbualan sms atau ym atau segala yang boleh menghubungkan....
cinta iman dihubungkan melalui dua hati yang sampai ke tahap cinta Allah dan Rasulnya....










Mengapa dan kenapa...oh tuhan...

Oh tuhan,
Kenapa kau pilih aku,
Kenapa aku menjadi pilihanmu,
Untuk mengharungi dugaan yang berat ini,
Kurasakan seperti tidak sanggup melangkah lagi,
Teramatlah berat ujian kau beri,
Walaupun berjuta hambamu tapi engkau memilih aku,
Apakah salahku,
Apakah dosaku,
Adakah engkau membenci akan daku,
Tapi kenapa?
Tapi mengapa?


Oh manusia,
Apakah kau sudah lupa,
Mengapa tuhan jadikan kau didunia,
Hanya kerana untuk beribadat kepadaNya,
Setiap ujian itu hanya Dia yang tahu,
Dia adalah maha adil,
Kerana engkau sahaja mampu menerimanya,
Bukan kerana Dia membenci mu,
Tapi kerana Dia amat menyayangimu,
Dia ingin memberikan ganjaran yang banyak kepadamu,
Seandainya engkau menghadapinya dengan tabah,
Maka nikmat syurgalah yang dia ingin berikan,
Usahlah kau mengeluh,
Usahlah kau kecewa,
Ingat kembali kisah dahulu kala,
Rasulullah insan yang paling mulia,
Tapi baginda menerima dugaan paling berat di dunia,
Jika kau kaji sejarah baginda,
Tentu kau insaf buat selamanya,
Ujianmu barulah sedikit daripadanya,
Tapi engkau lebih mengeluh tidak menerima,
Apakah tuhan atau dirimu yang tidak adil?
Engkau sendiri mampu memikirkannya...

Oh tuhan,
Betapa banyaknya dosaku,
Betapa hinanya aku memikirkan itu,
Aku tidak menyedari perkara itu,
Kerana syaitan jualah pandai menipu,
Imanku entah kemana,
Amalku tidak seberapa,
Ibadahku belum tentu kau terima,
Memang benar aku yang tidak adil,
Ampunilah dosaku Ya Allah,
Walau berapa berat ujianmu aku redha akannya
Kerana aku sangat jauh beza dgn rasulMu,
Masukkan aku dalam golongan orang yang bersabar,
Itulah permohonan dariku,

Oh manusia,
Kepada Allah jualah kita berserah,
Kerana Allah pelindung yang terbaik,
Tiada apa dapat mengatasi kuasanya,
Tambahkanlah keyakinanmu kepadaNya,
Bersabarlah atas ujian yang kau terima,
Begitu besar ganjaran ada disebaliknya,
Kelak engkau juga akan tahu perkara sebenarnya,
Ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
Tapi engkau yang selalu tidak bersamaNya,
Bertaubatlah wahai manusia,
Kerana Allah maha pengampun,
Allah jua maha mengasihi hambanya,
Dan banyakkanlah berdoa kepadanya...
Cintailah diriNya dan syurgalah ganjarannya...

Kepincangan dalam persahabatan

Tika aku keseorangan,
Engkaulah menjadi teman,
Tika aku kesedihan,
Engkaulah tempat luahan,

Tika aku gembira,
Kau juga turut bersuka,
Tika aku ketawa,
Engkau juga tersenyum ria,

Ku dapat rasakan,
Engkaulah teman setia,
Walaupun tidak sampai sebulan,
Terasa seperti sudah lama bersama,

Itulah sahabat yang budiman,
Senantiasa disisi menjadi kawan,
Tika susah sama-sama merasakan,
Tika senang sama-sama meraikan,

Tapi kita kadang-kadang berubah,
Ada masa kita kecewa,
Ada masa kita marah,
Ada masa juga kita berduka,

Mengikut erti persahabatan,
Kita bersama siring sejalan,
Tapi terkadang kita tak sehaluan,
Itulah sebabnya berlaku pertelingkahan,

Tika itu juga syaitan berada dihadapan,
Menusuk-nusuk supaya bencikan kawan,
Padahal dialah dahulunya kawan sepermainan,
Kini berjauhan bak matahari dan bulan,

Janganlah kita ikutkan perasaan,
Kerana semua itu hasutan syaitan,
Tiada makna jika terputus persahabatan,
Kerana sahabat bersama membina harapan,

Maka kekalkanlah persahabatan,
Hadirkan dalam jiwa sekeping iman,
Yang baik jadi pegangan,
Yang buruk pula jadikan sempadan,

Kerana kita manusia biasa,
Kesalahan itu lumrah dunia,
Bermaafanlah sesama saudara,
Kerana itu syaitan akan sengsara,

Kita bersama kerana tuhan,
Bukan kerana ikutkan perasaan,
Redhalah akan setiap ketentuan,
Kerana Allah lebih berpengetahuan....

oh tag...

ni afiq tag ak plak....so meh la bce pe yg ak tulis...kui2...

[1] Who was your last text from?
dari mama....sbb nk exam pharmaco kne mintak restu...hehe

[2] Where was your default pic taken?
kt egypt la...

[3]Your relationship status?
x phm la..(chewah..)..sah2 la single..rilek la..biar sampai puas membujang...

[4] Have you ever lost a close friend?
x de kot...sbb sume open fren..hua2...

[5] What is your current mood?
hepi jer...x de mende nk disedihkan....kecuali mangsa gaza la sedih..waaa

[6] What's your brother's name?
hmm..mohd zaki...the only greatest brother in the world...cayang abang...

[7 ] What's your favorite color(s)?
coklat n oren...sume ar suke...kecuali pink..( x sesuai gitu )

[8] Where do you wish you were right now?
nk balik rumah..makan ayam masak kicap mama masak....sedapppp...

[9] Have a crazy side?
nope...everything fine..x caye tanye kawan2 ak..hahah

[10] Ever had a near death experience?
pernah kot...kne kejar mak ayam sbb kacau anak dara ayam dye...kt kampung..hua2..

[11] Something you do a lot?
blaja vs men game...haha

[12] Angry at anyone?
nope..x bek marah2...orang paling kuat adalah menahan marahnye...

[13] What's stopping you from going to the person you like?
iman...imanku mengawal diri dari menghampirinya...hehe

[14]When was the last time you cried?
bru je..sbb hiris bawang...sedih wooooo....

[15] Is there anyone you would do anything for?
mama ayah la n adik beradik yg byk berkorban...

[16] What do you think about when you are falling asleep?
x pikir pape...da tido mne la sedar...mende2 merepek je kuar..hahaha

[17] Who was the last person you talked to on the phone?
spe ek...arab salah number...pastu ak x tau nk ckp pe..ak sebut maasalamah boi2..

[18] What are your favorite songs?
nasyid of course...dari dlm perut mama lg...

[19] What are you doing right now?
nk pi solat maghrib....da azan da tu..mne bdk aras 1 x naik pun..ckp nk berjemaah..

[20] Who do you trust right now?
family la...n kwn2 yg dipercayai....

[21] Where did you get the shirt you are wearing?
kakak belikn kt jusco...die blanje...best..sume barang freee...

[22] Have you kissed someone in the past week?
dlm mimpi de ar...cium mama tercinta....


[23] What is your lucky number?
slalu no gandaan 3 n ganjil
no upsr = 15
no pmr = 15
no spm = 13
no kt egypt ni 133
no phone blakang dye 011-xx13579
besday 9 . 6 . 1990

[24] Who are your friends that are closest to you?
x nk g tau...biar Allah je yg tau...sume kawan ak dianggap sama..x de lebih x de kurang...

[25] Describe your life in one word.
rajin tapi malas.....

[26] Who are you thinking of right now?
kerol....bila la die nk masak plak untuk ak...asyik ak je yg masak...hehe...

[27] What should you be doing right now?
bce quran la biasenye pas solat....amalan yg mulia jgn ditangguh...

[28]If you could wish for something over a birthday cake right now what would it be.
jadi hamba Allah yang berguna....berjaya dunia akhirat

[29] What are you listening to?
bunyi gitar zaihas main...stiap ari asyik lagu same je....tuka la sket...hehe

[30] Who was the last person who gave you a hug?
mama ayah b4 fly to egypt...x pe...nnt bulan 8 balik malaysia...yea2

[31] Who was the last person who yelled at you?
x tau la hati masing2....hanya Allah yang tau...kalau de sesape marah sori ek....

[32] Do you act differently around the person you like?
ngan famili kne tuka identiti la plak...sbb ak anak last kn...so phm2 la....

[33] What is your natural hair color?
hitam + coklat warna kulit....

[34] Who was the last person to make you laugh?
x ingat...setiap masa gelak...cmne nk ingat?...

[35] Who will be tagged by u?
tunggu mangsa seterusnye.....

Oh Peperiksaan

semakin kau hampiri,
semakin getar hatiku,
kerana kau amat digeruni,
kepada sesiapa yang menjadi calonmu...

aku belajar, belajar dan belajar,
niatku yang pertama untuk tuhanku,
keduanya untuk berjaya menempuh dirimu yg sukar
kerana kau amat menguji kemampuanku...

kau ibarat di medan perang,
perlukan strategi yang amat mendalam,
kerana disitulah puncanya perkataan menang,
bukan hanya sekadar berbaring atas tilam....

dalam menempuh dirimu,
banyak dugaan menimpa diriku,
keadaan frust mengiringi hidupku,
aku perlu mencari langkah baru....

kadang-kadang aku tersilap,
kerana manusia tidak sempurna,
terkadang juga dalam berusaha terlelap,
itulah kelemahan yang sukar diduga...

harapan dan doa ku pinta,
agar diri ini berjaya menempuh segalanya,
sokongan sahabat dan keluarga amat ku damba,
kerana aku ingin menjadi warisan berguna

oh cinta

CINTA.....

oh cinta...
mengapa engkau sukar ditafsirkan,
mengapa engkau sukar digambarkan,
mengapa engkau terlalu dibanggakan,
mengapa engkau juga menjadi pujaan....

oh cinta...
cinta dan manusia sukar dipisahkan,
mereka seperti sudah sebati dalam kehidupan,
adanya engkau memberi kebahagiaan,
adanya engkau juga membawa kemaksiatan....

oh cinta...
manusia itu tidak sekuat mana,
hanya kerana engkau mereka terlupa,
adanya engkau mereka alpa,
bahawa mereka masih berada di dunia...

oh cinta...
hanya denganmu manusia gembira,
hanya keranamu manusia bersama,
hanya keranamu juga manusia binasa...
siapakah engkau sebanarnya???

oh cinta...
kau adalah sebuah perasaan,
perasaan yang lahir dari hati dan iman,
istimewa dikau dijadikan oleh tuhan,
supaya kerana kau manusia mendekati tuhan...

oh cinta...
tapi mengapa kau tidak sedemikian,
mengapa sedikit sahaja yang mencintai tuhan,
tetapi ramai pula mencintai dunia khayalan,
adakah itu lumrah kehidupan....

oh cinta..
kau tidak begitu sebenarnya,
kerana kau membuatkan manusia bahagia,
bagi mereka yang tahu dunia sementara,
cinta itu hanya untuk tuhan yang Esa...

oh cinta...
janganlah jadikan manusia itu alpa,
kerana manusia itu makhluk paling sempurna,
jadikanlah dirimu pemudah manusia ke syurga,
mendapat nikmat paling tinggi...
bertemu yang Esa...

hidup ini

Hidup ini...
penuh dengan kesukaran dan kepayahan,
begitu banyak rintangan dan halangan,
dugaan dan cabaran,
senantiasa mengiringi kehidupan.

Hidup ini...
perlukan pengorbanan dan kekuatan,
ketakwaan dan keredhaan,
keteguhan iman,
untuk mengatasi segala cabaran.

Hidup ini...
mempunyai dua bahagian,
satunya nafsu dan satunya iman,
mereka pelukan keteguhan,
dalam diri setiap insan..

Hidup ini...
perlu dikenali siapa itu syaitan,
makhluk tuhan yang penuh dengan penipuan,
nafsu itu menjadi senjata serangan,
untuk menumpaskan sekelumit iman...

Hidup ini...
mempunyai cahaya yang bernama iman,
menjadi benteng pertahanan ketika diserang,
menjadi penasihat ketika kealpaan,
ianya menjadi musuh utama kepada syaitan..

Hidup ini...
perlukan satu pilihan,
sama ada nafsu atau iman,
keduanya memerlukan kekuatan,
untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan tuhan...

Hidup ini...
jika nafsu dijadikan ikutan,
itu membuktikan insan sudah tewas ditangan syaitan,
kemudian bersama mereka di lautan jahanam,
keduanya menerima kegagalan...

Hidup ini...
jika iman dijadikan benteng pertahanan,
nescaya berjayalah seorang insan,
sakit di dunia gembira dihari kemudian,
menjadi insan bertuah menerima kenikmatan..

Hidup ini...
teman yang kucintai sekalian,
carilah hidayah dan tambah keimanan,
kerana itu tujuan kita dihidupkan,
hanya untuk menjadi hamba yang beriman,

Hidup ini...
perangilah syaitan,
kerana meraka musuh yang mempunyai kelebihan,
menyerang tanpa disedari kehadiran,
hanya iman yang boleh dijadikan senjata pilihan,
dalam berperang dengan syaitan...

siapalah aku....

alhamdulillah syukurku kehadrat Ilahi,
diatas nikmat yang diberi,
tiada siapa yg mampu tandingi,
kuasa Allah yang maha Tinggi....

setelah beberapa lama di sini,
menimba ilmu di bumi mesir sejati,
demi mengejar cita-cita yg diimpi,
ana banyak belajar menjadi insan berbudi,

membina kesabaran bukanlah mudah,
kerana ianya mudah dimusnah,
dengan nafsu amarah yg tiada penyudah,
ku tempis tanpa berserah

akhirnya sebuah lirik lagu siap dicipta,
untuk tatapan sahabat2ku tercinta,
kerana kita tidak sempurna,
nasihatilah diri ini andai tersalah bicara...

GENERASI RABBANI

TIKA HATI INI SAYU,
KAU MUNCUL DALAM HIDUPKU,
MEMIMPIN TANGANKU,
MENUJU KE ARAH CAHAYA,

TIKA HATIKU GELISAH,
KAU MUNCUL DALAM HIDUPKU,
MEMIMPIN DAKU,
MENGENAL TUHANKU...

GENERASI RABBANI,
KAU MEMBAWA HATI YANG SUCI,
HANYA ILMU YANG KAU CARI,
TUNDUK PADA PERINTAH ILLAHI,

GENERASI RABBANI,
KAU ADALAH WARISAN SEJATI,
IBU AYAH ENGKAU TAATI,
SYURGA KELAK TEMPAT MU ABADI...

AAAA

KINI AKU MENYEDARI,
AKAN DUNIA YANG SEMENTARA INI,
PENUH DUGAAN DAN ONAK DURI,
HANYA IMAN MEMBENTENG DIRI...

KEHADIRANMU AMAT BERMAKNA,
MENJADIKAN AKU INSAN BERTAKWA,
CINTAKU HANYA PADA ALLAH,
AKULAH GENERASI RABBANI....

tujuan ku paparkan bukan untuk meninggi diri,
tetapi untuk kita kongsi,
setiap ayat mempunyai maksud tersendiri,
cubalah sama-sama kita hayati,

kerana kita perlu menjadi insan rabbani,
yang bererti hamba yang dekat pada Illahi,
andainya terleka perlu disedari,
kerana setiap balasan Allah amat digeruni...

akhir kalam dari ana,
ampun maaf ku pinta,
andai sebelum ini pernah membuat dosa,
yang tidak disedari atau sengaja,

bersama kita muhasabah diri,
banyak titik hitam kita lalui,
kerana wujudnya nafsu berahi,
yg boleh menjerumuskan diri,
kelembah kepanasan api.....

Now is the time to change

Kita kini semakin hampir,
Hampir dan hampir,
Detik waktu semakin singkat,
Janganlah kita terleka lagi,

Dunia semakin keuzuran,
Kehancuran membinasakan diri
Propaganda berleluasa dimana-mana,
Kebinatangan manusia menjadi-jadi,
Nafsu semakin menguasai diri,
Namun mereka tidak sedar lagi,

Begitu banyak amaran telah diberikankan,
Begitu banyak kebinasaan lampau,
Sejarah telah membuktikan,
Pengutus telah ramai diutuskan,
Semakin banyak lagi penentang,

Mereka muncul dari kalangan kita sendiri,
Mencucuk-cucuk dari belakang,
Menghasut untuk melakukan kejahatan,
Menfitnah untuk memisahkan perpaduan,
Membimbing ke arah kemungkaran,

Sedarilah wahai kawan,
Dibelakang mereka terdapat sebuah pertahanan,
Pertahanan yang cukup utuh dan kebal,
Ia tidak kenal erti kebaikan,
Merekalah musuh kita yang kekal,
Strategi mereka amat memberansangkan,

Nafsu berahi senjata utama,
Wanita cantik panah yang amat runcing,
Pasaraya tempat mereka berbincang,

Oleh itu jauhilah mereka wahai kawan,
bangunlah menentang mereka,
Ayuh kita Bangun.....

Oh Wanita Duniawi....


wanita....
dikaulah hiasan duniawi,
yang amat cantik menenangkan hati,
untuk sekalian lelaki,
yg sentiasa mencari redha Illahi...

wanita...
didalam dirimu tersembunyi sesuatu,
sesuatu yg tidak dapat dihitung,
kerana terlalu berharga,
lebih mahal dari sebuah mercedes,
itulah aurat mahkota peribadi...

wanita...
di dunia ini tiada apa, tiada makna,
tiada apapun yg boleh dikejar,
selain amal soleh,
untuk kehidupan di hari kedua,

wanita...
bayangkan kau berada di padang mahsyar,
berdiri seorang diri dihitung Allah,
tiba-tiba mulutmu terkunci
tangan dan kakimu berbicara
mereka menyalahkanmu kerana tidak memelihara mereka,
ketika berada di dunia,
engkau ingin berkata...
aku sudah memakai tudung
apa lagi?
bukankah itu sudah dikira menutup aurat?
tapi tika itu kau tidak berdaya..

wanita...
kemudian badanmu menjawab pula,
wanita ini dahulunya,
mendedahkan susuk tubuhnya,
menampakkan bentuk tubuhnya,
walaupun sedikit,
di hadapan bukan mahramnya,
tapi kau ingin membidas lagi,
tapi tiada alasan yg mampu diperkatakan lagi...

wanita...
tiba-tiba mulutmu yg terkunci terbuka,
kau sudah gembira untuk mempertahankan diri,
dihadapan Allah,
tetapi apa yg kau perkatakan,
semuanya berlainan dgn apa kau ingin katakan,
mulut itu mengaku bahawa kau amat suka mengumpat,
kau ingin kata lagi,
yg keluar hanyalah pengakuan dosamu di dunia,
tidak dapat juga pertahankan diri...

wanita...
kemudian tidak disangka-sangka,
hatimu berbicara,
mengadu segala dosa yg kau lakukan,
ketika di dunia,
kau ingin menangis waktu itu pun,
sudah tiada guna...

wanita...
kemudian tika itu kau lihat,
titian mizan dihadapanmu...
kau mengharapkan berat pahala mengatasi dosa..
tetapi malangnya,
dosa hanya terlebih sedikit dari pahala,
kau diheret masuk ke neraka,
yg apinya hitam pekat membara..
kau merayu pada Allah,
tetapi waktu itu sudah terlambat,
maka rasalah nikmat neraka yg kau perlekehkan,
didunia dahulu...

wanita...
kerana dikaulah aku sayangi,
golongan yg boleh membimbing lelaki,
sekeras-keras hati lelaki mampu dilembutkan,
dengan wanita yg baik pekertinya,
banyakkan lah bertaubat kepada Allah,
kerana kita masih berada di dunia,
apabila keimananmu bertambah,
maka nasihatilah lelaki,
supaya menjadi pemimpin islam yang agung,
tentera islam yg gagah,
menegakkan agama Allah di muka bumi ini...

wanita...
di akhir kalamku,
peliharalah tutur katamu,
jagalah auratmu dari hujung rambut ke hujung kaki,
jagalah batas dengan kaum berlainanmu,
tundukkanlah pandanganmu,
jadilah isteri yg solehah,
dan ibu yg melahirkan pejuang islam,
insyaAllah syurgalah ganjaranmu...
yang kekal abadi selamanya.....