PMR - Adab Bertemu dan Berkumpul

1. Selalu bersama-sama orang yang baik dan soleh.

2. Mulakan pertemuan dengan Al-Fatihah dan akhiri pertemuan dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr

3. Niat bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

4. Ambil tempat dimana yang kosong dan jangan melangkah orang lain untuk duduk di hadapan.

5. Jangan duduk di bahagian tengah dimana orang lain membuat bulatan.

6. Jangan mengambil tempat orang jika dia keluar sebentar sahaja.

7. Jika dua orang duduk berhampiran dan sedang berbual, maka janganlah kita terus duduk di antara mereka tanpa mendapat izin mereka.

8. Biarkan hanya seorang sahaja yang berbicara dalam sesebuah pertemuan dan elakkan dari mencelah akan ucapannya.

9. Ucapkan salam apabila masuk didalam perkumpulan.

10. Sekiranya bertemu dengan mana-mana Muslim maka ucapkanlah salam dan berjabat tangan.

11. Senyumlah pada mereka apabila bertemu

12. Jangan masuk ke rumah orang tanpa izin, dan berdirilah jauh sedikit daripada pintu selepas mengetuk pintu.

13. Jika bertemu berlainan jantina, maka patuhilah syariat dan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah.

PMR - Adab Memimpin dan Dipimpin

Kepimpinan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Tanpa kepimpinan, sesebuah masyarakat hidup dalam keadaan kucar-kacir, mementingkan diri sendiri dan berlaku kezaliman yang nyata. Rasulullah juga seorang pemimpin, ketua agama, ketua negara, ketua masyarakat, ketua keluarga dan kepimpinannya sangatlah bijaksana sehinggakan agama Islam kekal hingga ke hari ini. Jadi bagaimana adab-adab kepimpinan...

Adab pemimpin kepada orang yang dipimpin.

1. Belaku adil pada setiap golongan masyarakat.

2. Melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar pada kemaksiatan.

3. Menjaga kebajikan rakyat merangkumi semua keperluan asasi

4. Menjadi contoh tauladan kepada masyarakat.

5. Melaksanakan dakwah untuk mengembangkan agama Islam

6. Mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin melebihinya.

7. Meletakkan hukum Allah sebagai perlembagaan utama dalam pembentukan undang-undang.

Adab dengan pemimpin

1. Mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu masih mengamalkan syariat Allah.

2. Menghormati dan menyayangi pemimpin seperti saudara seislam yang lain.

3. Menjaga maruah pemimpin bermaksud dilarang memburuk-burukkan pemimpin selagi tiada berlaku kezaliman yang dilakukannya.

4. Memberi kerjasama dan sanggup berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab bersama-sama pemimpin.

5. Memberi teguran melalui saluran yang tertentu secara berhikmah seandainya pemimpin itu tidak menjalankan amanahnya dengan baik.

6. Menziarahi pemimpin tanda sokongan dan hormat kepada mereka.

7. Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran, tenaga dan sumbangan harta dalam membangunkan masyarakat.