Mata merupakan suatu anugerah daripada Allah yang sangat besar fungsinya. Ada pepatah terkenal mengatakan " Dunia ini melekat bersama mata ", hidup ini kurang gembira bila tiada mata untuk melihat, namun Allah gantikan sesuatu keistimewaan bagi mereka yang buta. Malangnya, kalian ramai yang kurang menjaga kesihatan mata. Oleh kerana itu ramai kita lihat dikalangan orang-orang muda yang sudah berkaca mata.
Bagaimana ingin menjaga kesihatan mata?
1. Jangan menulis dan membaca didalam cahaya malap.
2. Pastikan cahaya berada disebelah kiri ketika membaca dan menulis. Cahaya dari arah kanan dan depan boleh menyakitkan mata.
3. Buku atau bahan bacaan haruslah berada dalam jarak paling kurang 10 hingga 12 inci
4. Elakkan membaca ketika baring atau dalam kenderaan bergerak
5. Elakkan membaca ketika makan
6. Gunakan collyrium (cecair untuk mata) sebelum tidur
7. Basuh mata dengan air sejuk. Ini boleh membersihkan mata kalian dari habuk dan debu.
8. Berjalan di taman atau padang hijau dipagi hari sangat baik untuk mata.
9. Pelihara mata daripada asap dan debu
10. Pakai cermin mata hitam bila cahaya matahari sangat terik
11. Gerakkan anak mata dalam suatu pusingan untuk melancarkan darah masuk ke mata
12. Berhenti seketika selepas membaca untuk merehatkan mata dan teruskan kembali belajar. Kekal terus untuk membaca akan memberi tekanan pada mata.
13. Kelipkan mata beberapa kali untuk memberi latihan..(memang sudah automatik)
14. Kurangkan baca tulisan kecil untuk jangka masa yang panjang
15. Mata tidak baik apabila kekurangan makanan, lemah dan cuaca buruk
16. Cahaya yang sangat terang mampu merosakkan mata.
17. Elakkan melihat suatu yang lucah, ngeri, menggelikan, jijik, perang dan sebagainya yang boleh mengubah hormon dalam badan.
Umur Khadijah RA
-
Berkenaan dengan usia Ummul Mukminin Khadijah رضي الله عنها ketika
berkahwin dengan Nabi صلى الله عليه وسلم, tidak ada hadis yang sahih yang
menyebutkan ...
1 month ago
2 Apa Anda Rasa?:
"14. Kurangkan baca tulisan kecil untuk jangka masa yang panjang"
tulisan dlm buku surgery akak [bailey n love's] kecik amat la..
so,kena kurangkan bace ah nih?
heheh
*tambahan: menangis pn bleh basuh mate.jd,menangis la,jgn malu2..
klu org tanye knape,ckp je,saje cuci mate..=P
Sy ckp jangka masa pnjg..so bce la kejap2..haha
Post a Comment