PMR - Adab-adab pakaian

Al-Quran menyatakan beberapa keperluan memakai pakaian:

a) Menutup tubuh
b) Selamat daripada suhu cuaca
c) Selamat daripada musuh
d) Sebagai hiasan diri
e) Namun pakaian terbaik adalah taqwa

Kebelakangan ini kita sudah lupa semuanya mengenai pemakaian hasil pengaruh budaya barat. Hiasan diri menjadi jual beli dan meletakkan Al-Quran sebagai panduan terakhir. Kita lihat sendiri, diwaktu bernikah, kenapa baru nak pakai tudung? atau kematian kedua ibu bapa atau ke perkuburan baru ingin menutup kepala? atau adakah ianya sekadar adat bukannya ibadat? Pakaian wanita yang tidak cukup kain untuk menutup dada, lelaki yang berani hanya berseluar dalam di pantai, wanita yang memakai pakaian yang jarang dan ketat, atau lelaki yang membiarkan rambutnya panjang seperti perempuan, apakah Islam itu hanya pada kad pengenalan?

Wahai remaja pewaris generasi Islam kemudian, setiap apa yang Allah perintahkan punyai hikmah yang besar. Ada sebab kenapa Allah memerintahkan untuk menutup aurat. Semuanya kerana adanya nafsu. Namun kalau tiada nafsu maka tiadalah cinta dan tiadalah zuriat, maka hilanglah nikmat terbesar di dunia. Jadi Allah meletakkan beberapa adab dalam berpakaian...

1. Pakaian untuk menutup badan, menambah kesucian, membina perasaan malu dan memelihara maruah diri daripada tercemar.

2. Mengucapkan syukur ketika memakai pakaian, dan sedekahkanlah pakaian lama kepada orang yang lebih memerlukan, bukannya dibuang begitu sahaja.

3. Membaca doa sebelum memakai pakaian.

4. Pakaian putih lebih baik untuk lelaki.

5. Seluar yang dipakai biarlah berpada-pada (paras buku lali) dan janganlah sehingga mencecah lantai kerana akan mengotorkan seluar lalu membawa masalah dalam solat.

6. Diharamkan memakai sutera bagi lelaki kerana ianya hanya untuk wanita.

7. Jangan memberikan isteri pakaian yang boleh menembusi pandangan, atau yang ketat, kerana jika dipakai maka berdosalah di suami.

8. Lelaki diharamkan memakai pakaian seperti wanita dan juga sebaliknya termasuklah gelang, rantai yang kononya mengikut trend masa kini bagi lelaki.

9. Jangan jadikan pakaian untuk kita bongkak, sombong, menunjuk-nunjuk, dan bersederhanalah untuk membina ketaqwaan kita pada Allah.

10. Jangan memakai emas bagi lelaki, tidak kiralah dia pembesar mahupun sultan sekalipun.

11. Wanita dilarang memakai wangian untuk menarik perhatian lelaki tetapi baik untuk suami.

12. Wanita biarlah memakai pakaian berwarna sederhana yang bukannya sangat terang kerana ia mampu menarik perhatian lelaki untuk melihat.

13. Pakaian biarlah sentiasa bersih kerana ia menandakan berimannya seseorang pada Allah.

0 Apa Anda Rasa?: