Perjalanan

Sebulan berlalu, terkenang kembali...

Suasana riuh-rendah di Iskandariah, berdebar-debar menanti apa yang berlaku. Pemberontakan rakyat kepada pemimpin. Kemudahan diputuskan kerajaan. Peperangan berlaku. Kereta perisai mundar mandir di jalanan pantai. Perintah berkurung dilaksanakan. Penuh debaran menanti takdir yang akan menimpa. Semuanya telah tertulis.

Terus...memikirkan untuk pulang ke tanah air bersendirian. Membuat perbincangan keluarga pada yang terbaik. Akhirnya doa termakbul, dihantar pulang dengan percuma. Kerajaan Malaysia menanggung semuanya. Alhamdulillah.

Perjalanan bermula, semua dikerah berkumpul di asrama Mara pagi Jumaat. Petang itu namaku naik terus ke lapangan terbang Nohza. Menanti sehari di airport. Tidur dibangku ruang menunggu. Seronok bersama rakan. Semua berlaku kerana kapal terbang delay.

Pagi Sabtu, baru tiba kapal terbang Charlie 4 kipas. Bersaiz sebuah bas, dimuatkan 200 orang. Selama 3 jam duduk memeluk lutut. Seronok mendapat pengalaman. Tiba jua di Jeddah.

2-3 hari di Jeddah. Berebut nombor giliran, dapatlah giliran ke 2649. Tidak pernah berlapar di Jeddah, makanan melimpah ruah. Tidak lama nama keluar petang Selasa. Terus beratur menuju ke airport Jeddah.

Menaiki Boieng 474, tempat duduk ditingkat 2. Perjalanan menuju ke Jakarta. Terus tiba di Jakarta hari Rabu pagi. Sedikit masalah teknikal, namun tiada masalah menuju ke Malaysia. Dengan menaiki Air Asia, Tiba terus di LCCT KLIA petang Rabu.

Melihat ibu ayah tersenyum, aku selamat tiba jua di tanah air tercinta. Tidak lama berita menyatakan kejayaan rakyat Mesir menggulingkan pemimpin kejam mereka yang kecut tali pusat. Kini diperintah pulang semula untuk menyambung pengajian. 17 Mac, pasti menemuiku, jika panjang umur...

Meneruskan perjalanan tiada sempadan...

0 Apa Anda Rasa?: