30 Zulhijjah 1431 vs 31 Disember 2010

10...9...8...7...6...5...4...3...2...1....

"Boommm" bunyi bunga api menghiasi langit dikala kegelapan malam...cantik, sungguh indah...Bagi pasangan-pasangan diatas muka bumi menganggap itulah detik paling romatik ketika bersama...

31 Disember 2010...

Banyak lagi persiapan belum dibuat sebelum masuk tahun baru, getir hatiku...cuti dah nak habis, anak-anak sudah nak mulakan persekolahan sesi 2011. Poket pun hampir rabak gara-gara memenuhi permintaan anak-anak yang inginkan itu dan ini. Tambahan isteri pula inginkan berbagai hadiah sempena tahun baru. Serabut fikiranku...

Tidak apa, tahun depan aku akan jadi manager yang terhebat atas dunia. Semua blueprint sudah siap untuk dilaksanakan. Apabila siap Seven Wonder Tower tahun depan, pastinya wajah aku akan terpampang di dada-dada akhbar dan muka hadapan majalah. Alangkah seronoknya menjadi jutawan...

Mak, tiba-tiba aku teringat emak di kampung. Tidak apalah, emak tahu yang aku sibuk. Pastinya dia faham keadaan aku. Setakat dua tahun tidak pulang, apalah sangat. Tahun depan aku cuba untuk balik kampung, kalau berkesempatan. Tapi isteri aku ingin pula aku pulang ke rumahnya. Aduh, tidak sanggup aku melukakan hati isteri yang paling aku sayang. Tidak apalah kalau tidak pulang ke kampung, asalkan isteri aku bahagia...

'Kondom Bersepah Apabila Masuk Tahun Baru'....headline akhbar Now Malaysia..alah, biasalah perkara tu. Muda-mudi sekarang fitrah nak merasakan sesuatu yang seronok dan baru. Aku dulu pun bukan tak pernah. Bahagia je sekarang. Walaupun sudah bercerai talak 4 kali, itulah kebiasaan. Lebih baik tidak berkahwin kalau asyik bercerai saje. Buat membazir je duit aku. Hidup hanya sekali, baik hidup puas-puas....

30 Zulhijjah 1431....

Allah, sebentar lagi kitab amalanku akan diambil oleh malaikat. Bagaimana agaknya amalanku tahun ini? Apakah diterima Allah, ataupun sebaliknya...Nauzubillah...berjurai air mata aku mengenangkan dosa-dosa yang aku lakukan sepanjang tahun ini, dan betapa sedikitnya amalah kebaikan yang aku lakukan...Ya Allah, ampunilah dosaku...

Masuk tahun baru, apakah aku masih diberi bonus nyawa tahun depan? Menghitung amalan, beg yang ingin dibawa sebagai bekalan ringan sangat. Bagaimana agaknya aku hendak menjawab didepan Allah? Aku sedar, tiada jalan tengah antara syurga dan neraka. Kalau tidak ke syurga, kenerakalah jawabnya. Azab paling ringan pun memakai selipar neraka yang boleh mendidihkan otak. Ya Allah, berilah masaku untuk bertaubat kepadaMu...

Tahun depan aku akan pastikan anak-anak sudah menghafal lime juzuk bersama terjemahan. 10 hadis lekat dikepala. Biar dewasa kelak menjadi insan yang berguna pada agama Allah. Andai mereka hidup, mereka akan hidup sebagai mujahid, dan jika mereka mati, mereka akan mati sebagai syahid. Biarlah, itu matlamat aku yang jelas...Bantulah aku Ya Allah...

"Sayang...apakah permintaan sayang buat tahun depan?" tanyaku pada isteri...lantas dia menjawab..." Syg nak abang bimbing syg menuju ke syurga..." jantungku berdegup kencang...apakah selama ini sudah cukup ilmu agama yang aku curahkan pada isteri, apakah sudah cukup bimbingan agama buat anak-anak, apakah aku menjalankan amar makruf nahi mungkar, apakah aku sudah mengembirakan hati ibu ayah, apakah aku mampu melangkah ke pintu gerbang syurga?? Allah........

3 Apa Anda Rasa?:

Khairi Malik said...

saya rasa ajkt ekonomi kita yg baru ni menulis post yg comel. ngeh ngeh

Dr. Shukri Ustaz Suliman Sujak said...

encik kecik yg lebih comel..^^ agknye..* ngeh2x

kucIngbUnge said...

nice one..;)