ku rasakan kasih sayang tuhan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun...

Sejak dua menjak ni, aku merasakan suatu keajaiban kuasa tuhan dalam menguji hambanya. Perkara yang aku lalui selama lebih kurang sebulan ini memberi jawapan kepada seluruh hidupku yang dari dahulu lagi aku impikan. Aku menyedari perkara ini sememangnya petunjuk yang Allah ingin beri padaku kerana kurasakan Allah masih menyayangi aku. Namun perkara itu tidak perlu aku perjelaskan kerana ianya berlaku pada diriku sahaja. Boleh sahaja aku biaskan kisahnya supaya tampak lebih jelas dan tidak berlaku sangkaan buruk. Kita manusia, dikurniakan nafsu dan iman, kedua-duanya bersifat berlawanan dan tidak pernah seiringan. Dari kecil aku inginkan Play Station (PS) kerana cemburu melihat kawan-kawan bermain dengannya. Itu kerana nafsu ku memberontak inginkan PS juga. Ku cuba bermacam cara untuk mendapatkannya, minta mama, minta ayah, malah aku juga melepaskan nafsuku itu dengan pergi bermain PS bersama rakan-rakan di kedai permainan. Namun aku masih tidak memilikinya sendiri, kerana nafsuku tidak puas. Aku memang sudah tahu dan menyedari bahawa apabila bermain PS kita akan leka dan lalai dan malah akan melewat-lewatkan solat atau MALAS BELAJAR kerana ada misi permainan yang perlu dihabiskan. Nafsuku memujuk tidak apa..sekejap je...dan aku pasti dan yakin bahawa itu adalah bisikan dari syaitan. Kemudian aku terus berusaha dan berusaha dan mencuba minta dari ayah. Aku berjanji macam-macam bahawa bila ada PS nanti aku akan belajar sungguh-sungguh sampai berjaya, tak akan melewat-lewatkan solat dan sebagainya. Tidak lama selepas itu ayah bersetuju untuk membelikan untukku satu. Aku bukan main kepalang gembira di hati. Aku membayangkan semua perkara indah-indah apabila berada di alam fantasi itu. Aku memasang macam-macam impian untuk bermain game itu dan ini. Bila aku sudah punyai satu, aku asyik bermain dan menghabiskan masa dengan PS kerana ianya amat menyeronokkan. Segala janji yang aku janjikan dulu semuanya lenyap begitu sahaja. Biasa lah. Mula-mula dapat tu semangat belajar naik...aku jadi rajin sebab aku dah janji dulu nk belajar rajin-rajin. Namun ketika belajar aku berusaha nk habis cepat sebab nak main PS. Dah lama-lama semangat belajar hilang tapi semangat main game x pernah hilang. Kerana itu adalah kemahuan nafsu dan nafsu tidak penah kenal erti puas. Lama-lama aku menjadi leka dan leka dan semakin malas belajar. Aku melupakan semua janjiku pada ayah dulu. Kesannya dalam peperiksaan aku gagal 4 matapelajaran sedangkan aku dahulu selalu dapat lulus cukup makan sahaja dalam sekolah. Aku cukup sedih sehingga seminggu aku menangis berdarah dan tiba-tiba aku dikhabarkan rumahku dimasuki pencuri dan segala barang berharga hilang termasuk PS ku. Aku bertambah sedih bukan main. Benda yang teramat aku sayang hilang dari pandangan. Logikkah aku nak minta ayah untuk beli yang baru? keputusan pelajaranku merosot dan ayah juga hilang duit simpanan kerana dicuri. Kepada siapakah aku ingin mengadu. Lama-lama aku berfikir..Inilah akibat mengikut nafsu. Walaupun kita berjanji macam-macam namun lama kelamaan janji itu akan hilang juga malah membinasakan diri. Inilah ujian tuhan. Allah memberiku peluang untuk merasai apa yang aku impikan dan Allah menunjukkan kesan dan akibatnya selepas itu. Aku berfikir semasak-masaknya, kerana Allah masih sayangkan aku, jadi biarlah ujian itu hanya seketika. Untuk memberiku rasa dan berfikir sendiri. kemudian sejak dari itu aku sudah tidak berminat untuk perkara-perkara game ini dan aku menjadi rajin dalam pelajaran. Kesannya aku mendapat semua A dalam peperiksaan akhir dan ibu bapaku juga gembira. Bila difikirkan kembali, apakah mengikut nafsu dan janji2 kosong akan memberi kejayaan pada akhirnya? Aku sudah punyai jawapan sekarang dan MENURUTI NAFSU bukanlah penentu kejayaan tapi MENYEKANG NAFSU itu menuju ke arah kejayaan yang sebenarnya. Inilah biasan kisah yang ingin aku luahkan dan semoga menjadi pelajaran kepada para pembaca blog ini. Tidak kira apa jualah perkara yang berkaitan dengan kehendak nafsu, maka cubalah tahan dan sekangnya dan kita akan mengetahui perkara itu kemudian hari. InsyaAllah, yakinilah nasihat saya. Allah sahaja yang maha mengetahui...sekian

3 Apa Anda Rasa?:

NUR HANANI BINTI ISMAIL said...

assalammualaikum....saya tertarik dgn cerita awk td.....em memberi satu kesedaran kpd saya...terima kasih

Dr. Shukri Ustaz Suliman Sujak said...

kerana itulah kisah sebenarnya lebih besar daripada kisah ni..wallahualam

cahaya syurga... ^ainul mardhiah^ said...

tuhan menunjukkan rasa kasih sayang terhadap umat2 Nya dengan cara yg berbeza,,,,