30 Zulhijjah 1431 vs 31 Disember 2010

10...9...8...7...6...5...4...3...2...1....

"Boommm" bunyi bunga api menghiasi langit dikala kegelapan malam...cantik, sungguh indah...Bagi pasangan-pasangan diatas muka bumi menganggap itulah detik paling romatik ketika bersama...

31 Disember 2010...

Banyak lagi persiapan belum dibuat sebelum masuk tahun baru, getir hatiku...cuti dah nak habis, anak-anak sudah nak mulakan persekolahan sesi 2011. Poket pun hampir rabak gara-gara memenuhi permintaan anak-anak yang inginkan itu dan ini. Tambahan isteri pula inginkan berbagai hadiah sempena tahun baru. Serabut fikiranku...

Tidak apa, tahun depan aku akan jadi manager yang terhebat atas dunia. Semua blueprint sudah siap untuk dilaksanakan. Apabila siap Seven Wonder Tower tahun depan, pastinya wajah aku akan terpampang di dada-dada akhbar dan muka hadapan majalah. Alangkah seronoknya menjadi jutawan...

Mak, tiba-tiba aku teringat emak di kampung. Tidak apalah, emak tahu yang aku sibuk. Pastinya dia faham keadaan aku. Setakat dua tahun tidak pulang, apalah sangat. Tahun depan aku cuba untuk balik kampung, kalau berkesempatan. Tapi isteri aku ingin pula aku pulang ke rumahnya. Aduh, tidak sanggup aku melukakan hati isteri yang paling aku sayang. Tidak apalah kalau tidak pulang ke kampung, asalkan isteri aku bahagia...

'Kondom Bersepah Apabila Masuk Tahun Baru'....headline akhbar Now Malaysia..alah, biasalah perkara tu. Muda-mudi sekarang fitrah nak merasakan sesuatu yang seronok dan baru. Aku dulu pun bukan tak pernah. Bahagia je sekarang. Walaupun sudah bercerai talak 4 kali, itulah kebiasaan. Lebih baik tidak berkahwin kalau asyik bercerai saje. Buat membazir je duit aku. Hidup hanya sekali, baik hidup puas-puas....

30 Zulhijjah 1431....

Allah, sebentar lagi kitab amalanku akan diambil oleh malaikat. Bagaimana agaknya amalanku tahun ini? Apakah diterima Allah, ataupun sebaliknya...Nauzubillah...berjurai air mata aku mengenangkan dosa-dosa yang aku lakukan sepanjang tahun ini, dan betapa sedikitnya amalah kebaikan yang aku lakukan...Ya Allah, ampunilah dosaku...

Masuk tahun baru, apakah aku masih diberi bonus nyawa tahun depan? Menghitung amalan, beg yang ingin dibawa sebagai bekalan ringan sangat. Bagaimana agaknya aku hendak menjawab didepan Allah? Aku sedar, tiada jalan tengah antara syurga dan neraka. Kalau tidak ke syurga, kenerakalah jawabnya. Azab paling ringan pun memakai selipar neraka yang boleh mendidihkan otak. Ya Allah, berilah masaku untuk bertaubat kepadaMu...

Tahun depan aku akan pastikan anak-anak sudah menghafal lime juzuk bersama terjemahan. 10 hadis lekat dikepala. Biar dewasa kelak menjadi insan yang berguna pada agama Allah. Andai mereka hidup, mereka akan hidup sebagai mujahid, dan jika mereka mati, mereka akan mati sebagai syahid. Biarlah, itu matlamat aku yang jelas...Bantulah aku Ya Allah...

"Sayang...apakah permintaan sayang buat tahun depan?" tanyaku pada isteri...lantas dia menjawab..." Syg nak abang bimbing syg menuju ke syurga..." jantungku berdegup kencang...apakah selama ini sudah cukup ilmu agama yang aku curahkan pada isteri, apakah sudah cukup bimbingan agama buat anak-anak, apakah aku menjalankan amar makruf nahi mungkar, apakah aku sudah mengembirakan hati ibu ayah, apakah aku mampu melangkah ke pintu gerbang syurga?? Allah........

PMR - Adab Bertemu dan Berkumpul

1. Selalu bersama-sama orang yang baik dan soleh.

2. Mulakan pertemuan dengan Al-Fatihah dan akhiri pertemuan dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr

3. Niat bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

4. Ambil tempat dimana yang kosong dan jangan melangkah orang lain untuk duduk di hadapan.

5. Jangan duduk di bahagian tengah dimana orang lain membuat bulatan.

6. Jangan mengambil tempat orang jika dia keluar sebentar sahaja.

7. Jika dua orang duduk berhampiran dan sedang berbual, maka janganlah kita terus duduk di antara mereka tanpa mendapat izin mereka.

8. Biarkan hanya seorang sahaja yang berbicara dalam sesebuah pertemuan dan elakkan dari mencelah akan ucapannya.

9. Ucapkan salam apabila masuk didalam perkumpulan.

10. Sekiranya bertemu dengan mana-mana Muslim maka ucapkanlah salam dan berjabat tangan.

11. Senyumlah pada mereka apabila bertemu

12. Jangan masuk ke rumah orang tanpa izin, dan berdirilah jauh sedikit daripada pintu selepas mengetuk pintu.

13. Jika bertemu berlainan jantina, maka patuhilah syariat dan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah.

PMR - Adab Memimpin dan Dipimpin

Kepimpinan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Tanpa kepimpinan, sesebuah masyarakat hidup dalam keadaan kucar-kacir, mementingkan diri sendiri dan berlaku kezaliman yang nyata. Rasulullah juga seorang pemimpin, ketua agama, ketua negara, ketua masyarakat, ketua keluarga dan kepimpinannya sangatlah bijaksana sehinggakan agama Islam kekal hingga ke hari ini. Jadi bagaimana adab-adab kepimpinan...

Adab pemimpin kepada orang yang dipimpin.

1. Belaku adil pada setiap golongan masyarakat.

2. Melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar pada kemaksiatan.

3. Menjaga kebajikan rakyat merangkumi semua keperluan asasi

4. Menjadi contoh tauladan kepada masyarakat.

5. Melaksanakan dakwah untuk mengembangkan agama Islam

6. Mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin melebihinya.

7. Meletakkan hukum Allah sebagai perlembagaan utama dalam pembentukan undang-undang.

Adab dengan pemimpin

1. Mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu masih mengamalkan syariat Allah.

2. Menghormati dan menyayangi pemimpin seperti saudara seislam yang lain.

3. Menjaga maruah pemimpin bermaksud dilarang memburuk-burukkan pemimpin selagi tiada berlaku kezaliman yang dilakukannya.

4. Memberi kerjasama dan sanggup berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab bersama-sama pemimpin.

5. Memberi teguran melalui saluran yang tertentu secara berhikmah seandainya pemimpin itu tidak menjalankan amanahnya dengan baik.

6. Menziarahi pemimpin tanda sokongan dan hormat kepada mereka.

7. Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran, tenaga dan sumbangan harta dalam membangunkan masyarakat.

PMR - Adab tidur dan berjaga

1. Berjaga sehingga lewat malam dan bangun lewat di siang hari adalah sifat yang negatif dan melemahkan kesihatan.

2. Tilam yang lembut dan empuk menyebabkan kekerapan mimpi basah. Tambahan pula ia menambah keinginan untuk rehat yang berlebihan.

3.Kibas katil dengan kain sebelum tidur untuk mengelakkan serangga yang berbahaya.

4. Baca Al-Quran surah yang kalian hafal sebelum tidur dan bermuhasabah diri sebelum terlena serta memohon ampun daripada Allah atas kesilapan dan dosa dihari itu.

5. Elakkan berbaring dilambung kiri atau meniarap, kerana ianya bersamaan dengan sikap syaitan, malahan membawa banyak penyakit.

6. Tidur bersama fikiran yang kotor akan menyebabkan mimpi yang menyeramkan. Tenangkanlah fikiran dan sentiasa ingat Allah dikala ingin pejamkan mata.

7. Tidur yang menutup muka akan menghalang udara segar dan sesak nafas, jadi biarlah tidur dalam keadaan terbuka dibahagian muka.

8. Amalkan bangun awal dikala sebelum waktu subuh dan membuat sedikit munajat pada Allah ataupun qiamullail. InsyaAllah seharian itu akan sentiasa segar dan bertenaga.

9. Sekiranya mendapat mimpi yang baik maka ucapkanlah 'alhamdulillah' dan sebaliknya jika mendapat mimpi yang buruk maka beristigfarlah...

10. Ucapaknlah "La haulawala quwwata illa billahil aliyyul azim" jadi mimpi ngeri itu tidak berulang lagi

PMR - Adab-adab menjaga kebersihan

Kebersihan sebahagian daripada iman...bermakna, antara elemen penting dalam menjaga iman adalah menjaga kebersihan dan kesucian diri dan persekitarannya. Allah sangat menyukai orang yang pembersih. Hakikatnya kebersihan hati mustahil tanpa kebersihan diri. Beberapa langkah penting harus dititik beratkan..

1. Beristinjak selepas membuang air kecil atau besar.

2. Jangan menghadap kiblat dari depan atau belakang semasa buang air.

3. Jangan kencing dalam keadaan berdiri untuk mengelakkan najis di pakaian ( Orang yang kencing bediri akan mendapat seksaan kubur )

4. Jangan membuang najis di jalanan, antara pokok atau di tempat orang duduk.

5. Masuk ke tandas mulai kaki kiri, bertutup kepala, berselipar, dan tidak bertelanjang bulat.

6. Membaca doa sebelum masuk ke dalam tandas

7. Jangan membuang hingus, atau membuang kahak dihadapan orang lain.

8. Segera mandi sekiranya terkena najis

9. Jaga kebersihan gigi, telinga, dan kulit dan mandilah selalu...

PMR - Adab-adab pakaian

Al-Quran menyatakan beberapa keperluan memakai pakaian:

a) Menutup tubuh
b) Selamat daripada suhu cuaca
c) Selamat daripada musuh
d) Sebagai hiasan diri
e) Namun pakaian terbaik adalah taqwa

Kebelakangan ini kita sudah lupa semuanya mengenai pemakaian hasil pengaruh budaya barat. Hiasan diri menjadi jual beli dan meletakkan Al-Quran sebagai panduan terakhir. Kita lihat sendiri, diwaktu bernikah, kenapa baru nak pakai tudung? atau kematian kedua ibu bapa atau ke perkuburan baru ingin menutup kepala? atau adakah ianya sekadar adat bukannya ibadat? Pakaian wanita yang tidak cukup kain untuk menutup dada, lelaki yang berani hanya berseluar dalam di pantai, wanita yang memakai pakaian yang jarang dan ketat, atau lelaki yang membiarkan rambutnya panjang seperti perempuan, apakah Islam itu hanya pada kad pengenalan?

Wahai remaja pewaris generasi Islam kemudian, setiap apa yang Allah perintahkan punyai hikmah yang besar. Ada sebab kenapa Allah memerintahkan untuk menutup aurat. Semuanya kerana adanya nafsu. Namun kalau tiada nafsu maka tiadalah cinta dan tiadalah zuriat, maka hilanglah nikmat terbesar di dunia. Jadi Allah meletakkan beberapa adab dalam berpakaian...

1. Pakaian untuk menutup badan, menambah kesucian, membina perasaan malu dan memelihara maruah diri daripada tercemar.

2. Mengucapkan syukur ketika memakai pakaian, dan sedekahkanlah pakaian lama kepada orang yang lebih memerlukan, bukannya dibuang begitu sahaja.

3. Membaca doa sebelum memakai pakaian.

4. Pakaian putih lebih baik untuk lelaki.

5. Seluar yang dipakai biarlah berpada-pada (paras buku lali) dan janganlah sehingga mencecah lantai kerana akan mengotorkan seluar lalu membawa masalah dalam solat.

6. Diharamkan memakai sutera bagi lelaki kerana ianya hanya untuk wanita.

7. Jangan memberikan isteri pakaian yang boleh menembusi pandangan, atau yang ketat, kerana jika dipakai maka berdosalah di suami.

8. Lelaki diharamkan memakai pakaian seperti wanita dan juga sebaliknya termasuklah gelang, rantai yang kononya mengikut trend masa kini bagi lelaki.

9. Jangan jadikan pakaian untuk kita bongkak, sombong, menunjuk-nunjuk, dan bersederhanalah untuk membina ketaqwaan kita pada Allah.

10. Jangan memakai emas bagi lelaki, tidak kiralah dia pembesar mahupun sultan sekalipun.

11. Wanita dilarang memakai wangian untuk menarik perhatian lelaki tetapi baik untuk suami.

12. Wanita biarlah memakai pakaian berwarna sederhana yang bukannya sangat terang kerana ia mampu menarik perhatian lelaki untuk melihat.

13. Pakaian biarlah sentiasa bersih kerana ia menandakan berimannya seseorang pada Allah.

PMR - Adab-adab ketika makan

Makanan, merupakan sumber utama untuk meneruskan kehidupan. Allah berfirman, ambillah makanan yang bersih dan suci dan jangan makan makanan yang jijik dan kotor. Setiap apa yang Allah larang untuk dimakan pastinya mempunyai hikmah yang besar, kerana khinzir tempat hidupnya cacing dan arak merosakkan organ hati. Ambillah beberapa pengajaran dibawah ini dan amalkan didalam kehidupan seharian.

1. Basuh tangan sebelum makan (banyak bakeria akan melekat di tangan)

2. Membaca basmalah sebelum makan dan hamdalah selepas makan (tidak makan bersama syaitan)

3. Duduk mengikut sunnah dimana kedua lutut kebawah atau satu lutut berdiri dan satu lagi kebawah untuk mengelakkan terlalu kenyang (lutut itu menekan perut dan memelihara kesihatan perut)

4. Makan dan minum menggunakan tangan kanan (jari-jemari tangan kanan mampu mengeluarkan enzim untuk memudahkan penghadaman)

5. Makan apa yang ada dihadapan kalian dahulu. Jangan sibuk mengambil makanan yang jauh kerana orang lain tidak suka akan perbuatan itu. Mintalah dengan baik untuk menghulurkan makanan yang tidak dicapai tangan.

6. Jangan cari kesalahan diwaktu makan, makan apa yang kalian mahu dan tinggalkan yang tidak mahu.

7. Jangan meniup makanan kerana udara juga mempunyai banyak habuk dan kuman.

8. Jilat jari selepas makan kerana ia juga merupakan sunnah Rasulullah.

9. Makan bersama mengundang rahmat daripada Allah. Juga eloklah bertukar-tukar masakan.

10. Kalau kalian pergi makan ke rumah orang maka doakanlah pemberi makanan itu supaya dirahmati Allah.

11. Jangan berlaku sombong ketika makan. Sesudah makan basuhlah pinggan kalian kerana Allah menyukai hambanya yang memudahkan orang lain.

12. Makan dengan sopan dan bertatasusila.

13. Dilarang makan atas pinggan emas atau perak.

14. Jangan makan ketika baring, kerana akan merosakkan penghadaman.

15. Ketika membasuh pinggan, pastikan pinggan itu bersih sebersihnya.

16. Minum air bahagikan untuk 3 nafas. Minum meneguk sekali terus tidak elok untuk penghadaman. Juga minum ketika bernafas bolem membuatkan seseorang tersedak.

17. Jangan menghabiskan duit untuk makanan yang mahal-mahal kerana lebih kepada membazir kerana masih mampu mendapatkan makanan yang berpatutan.

18. Jangan rasa tidak malu untuk pergi jamuan makan tanpa diajak.

19. Makanlah berbagai-bagai jenis makanan untuk menjanjikan nutrisi yang mencukupi.

20. Makan mengikut waktu, kerana enzim akan keluar mengikut kebiasaan waktu makan.

21. Gosok gigi selepas makan untuk mengelakkan cepatnya berlaku kerosakan gigi.

PMR - Mata, Nikmat Allah yg Besar

Mata merupakan suatu anugerah daripada Allah yang sangat besar fungsinya. Ada pepatah terkenal mengatakan " Dunia ini melekat bersama mata ", hidup ini kurang gembira bila tiada mata untuk melihat, namun Allah gantikan sesuatu keistimewaan bagi mereka yang buta. Malangnya, kalian ramai yang kurang menjaga kesihatan mata. Oleh kerana itu ramai kita lihat dikalangan orang-orang muda yang sudah berkaca mata.

Bagaimana ingin menjaga kesihatan mata?

1. Jangan menulis dan membaca didalam cahaya malap.

2. Pastikan cahaya berada disebelah kiri ketika membaca dan menulis. Cahaya dari arah kanan dan depan boleh menyakitkan mata.

3. Buku atau bahan bacaan haruslah berada dalam jarak paling kurang 10 hingga 12 inci

4. Elakkan membaca ketika baring atau dalam kenderaan bergerak

5. Elakkan membaca ketika makan

6. Gunakan collyrium (cecair untuk mata) sebelum tidur

7. Basuh mata dengan air sejuk. Ini boleh membersihkan mata kalian dari habuk dan debu.

8. Berjalan di taman atau padang hijau dipagi hari sangat baik untuk mata.

9. Pelihara mata daripada asap dan debu

10. Pakai cermin mata hitam bila cahaya matahari sangat terik

11. Gerakkan anak mata dalam suatu pusingan untuk melancarkan darah masuk ke mata

12. Berhenti seketika selepas membaca untuk merehatkan mata dan teruskan kembali belajar. Kekal terus untuk membaca akan memberi tekanan pada mata.

13. Kelipkan mata beberapa kali untuk memberi latihan..(memang sudah automatik)

14. Kurangkan baca tulisan kecil untuk jangka masa yang panjang

15. Mata tidak baik apabila kekurangan makanan, lemah dan cuaca buruk

16. Cahaya yang sangat terang mampu merosakkan mata.

17. Elakkan melihat suatu yang lucah, ngeri, menggelikan, jijik, perang dan sebagainya yang boleh mengubah hormon dalam badan.

PMR - Food & Vitamin

Untuk kekal sihat, perlukan makanan yang mempunyai vitamin yang banyak. Kebanyakan remaja ketandusan duit ataupun menabung untuk perkara yang dihajati sehingga tidak hirau akan makanan yang dimakan. Ada juga kerana berjimat itu makanan pagi, tengahari, petang, malam semuanya berkonsepkan 'meggi'. Oleh itu berubahlah kearah hidup yang lebih sihat. Bukannya makanan yang mahal menjanjikan vitamin yang mencukupi, tapi pemilihan makanan itu sendiri kalian perlu bijak. Jadi disenaraikan makanan yang baik untuk diambil...

1. Protein - daging, ikan, telur dan keju.

Kegunaan : Memperbaiki otot, buat sel darah merah, buat hormon, buat enzim untuk sistem penghadaman.

2. Lemak - minyak, mentega, susu, kuning telur

Kegunaan : Simpan haba, menampung organ seperti ginjal, sumber tenaga terbesar.

3. Karbohidrat - nasi, roti, kentang, gula, buah-buahan

Kegunaan : Buat tenaga untuk kerja seharian

4. Garam mineral - garam, limau, copper, besi, sulphur, phosphorus

Kegunaan : Melancarkan peredaran darah, buat sel darah merah dan mengekalkan kesihatan

5. Vitamin

A - telur, susu, hati ikan, lobak merah, tomato

Kegunaan : Kesihatan mata dan kesuburan kulit

B - hati haiwan, kacang tanah,

Kegunaan : Kesihatan hati (liver) sebagai orang terpenting dalam metabolisma badan.

C - buah-buahan, sayur-sayuran hijau

Kegunaan : Sebagai reducing agent yang mengelakkan daripada toksin yang boleh merosakkan badan, membuat kulit (keratin)

D - matahari

Kegunaan : kesihatan tulang.

E - minyak zaitun

Kegunaan : mengekalkan kesuburan seseorang.

Telur = kurang seringgit sebiji
Susu = kurang 2 ringgit sekotak
Buah-buahan = seringgit untuk buah potong
Sayuran = kurang seringgit seikat

Jadi demi kesihatan anda..fikirkan kembali...=)

bersambung...~

PMR - Bagaimana Melindungi dan Menjaga Perut

Perut merupakan organ yang penting sebagai tempat menyimpan makanan dan menghadamkan makanan protein. Nafsu makan juga di perut, berpuasa juga di perut, dan datangnya penyakit juga sedikit sebanyak bersumber dari perut. Hasilnya di umur yang muda lagi, kerana tidak menjaga makanan perut menjadi buncit, dan hilang bentuk tubuh yang cantik. Jadi disini penulis menyenaraikan beberapa tips penting untuk menjaga perut.

1. Perut kita perlukan masa selama lebih 4 atau 5 jam antara dua hidangan. Janganlah makan sehingga makanan yang awal itu dihadam sehabisnya. Makan sebelum waktu makanan yang utama akan membebankan perut kalian bekerja dan menyebabkan sistem penghadaman menjadi tidak teratur. Segala makanan perlulah dimasak dengan rapi (well-cooked) dan segar kerana makanan yang tidak dimasak dengan baik tidak membunuh parasit didalamnya (beberapa jenis makanan berdaging). Makanan juga perlu dibasuh dengan baik.

2. Makan kerana tiada rasa lapar adalah dilarang dan tidak elok juga membiarkan perut terlalu lapar dan melewatkan waktu makan akan menyebabkan pengeluaran enzim terganggu. Jadi bila lapar, makanlah dengan perlahan, dan berhentilah sebelum kenyang.

3. Pastikan waktu makan itu waktu kalian bahagia dan bersenang hati. Jangan sesekali makan diwaktu cemas, ataupun sibuk bercakap dihadapan makanan.

4. Jangan makan dikala kalian sedang bermalu-maluan, tapi dalam keadaan yang berpuas hati dan tenang.

5. Makruh makan makanan yang terlalu panas, kerana akan mencederakan perut dan gigi. Tambahan pula akan menyebabkan makanan tidak hadam dan menyebabkan ulcer perut.

6. Minumlah air sedikit sebelum makan (separuh teguk,air mineral), buat pelincir perjalanan makanan turun sepanjang sistem penghadaman. Jangan pula minum sepuasnya sebelum atau sejurus selepas makan kerana akan mengurangkan penghadaman makanan secara maksimum. Minumlah air setengah jam atau sejam selepas makan. Jika perkara ini tidak teratur akan mengundang kepada perut buncit.

7. Minum 7 hingga 8 gelas air mineral sehari untuk memastikan kelancaran sistem penghadaman dan perjalanan darah.

8. Sebaiknya makanlah buah terlebih dahulu kerana buah buahan mengandungi karbohidrat yang mudah dihadam berbanding roti atau beras sebagai bahan tenaga untuk sistem penghadaman bekerja.

9. Jangan tidur, baring atau bekerja selepas makan, dan ambillah masa rehat untuk seketika untuk memberi peluang makanan dihadam. Dan kerana ketenangan inilah akan meningkatkan lagi penghadaman makanan (keadaan non-simpatetik)

10. Kurangkan makanan yang melemahkan perut seperti makanan pedas, terlalu masam atau teh.

11. Ikutilah piramid makanan dalam diet kalian, berbagai-bagai kerana tubuh badan kita memerlukan semua (glucose, amino acid, fat) untuk sistem badan yang lain.

12. Rajinlah berpuasa, kerana sesungguhnya kalian akan sihat. Puasa akan merehatkan perut dari bekerja, mengantikan sel-sel yang rosak dan sebagai maintainance dalam seminggu.

bersambung...~