PMR - Remaja Perlukan Sahabat

Wahai remaja, mahu atau tidak kalian sangat perlukan sahabat atau kawan untuk mencapai kebahagiaan hidup. Amat payah untuk kamu hidup tanpa sahabat disisi. Seorang sahabat mesti berkongsi rahsia, kegembiraan dan kesedihan. Even adik beradik kalian pun belum tentu mampu memberikan suasana yang meriangkan hatimu seperti seorang kawan. Jadi amat penting untuk mencari teman yang ikhlas bersama kalian.

Siapakah sahabat?

1. Adik beradik ibarat lengan manakala sahabat umpama jantung yang mana kalian tidak mampu hidup tanpa jantung walaupun lengan masih bersambung dengan tubuh.

2. Sahabat tahu sesuatu yang tidak diketahui seisi rumah (keluarga).

3. Sahabat bukanlah yang makan semeja denganmu dirumah tetapi dia adalah orang yang menghulurkan bantuan dikala kalian dalam kesusahan.

4. Sahabat yang sebenar hanya memberikan nasihat dengan ikhlas.

Allah juga sangat menuntut kita supaya bersahabat, setia pada sahabat, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan melebihi 3 hari. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita hidup bersama seorang sahabat dialam ini.

Pemilihan Sahabat

Kehidupan remaja sangat mudah terpengaruh dengan kawan-kawan disekelilingnya. Bila kalian dikalangan orang yang merokok, pastinya kalian akan diajak untuk merokok. Tapi apabila kalian dikalangan orang yang pergi bersolat jemaah, pastinya kalian juga akan diajak pergi solat berjemaah di masjid. Selain itu, bila kalian bersama orang yang banyak bercakap perkara yang sia-sia, maka banyak juga perkara buruk yang masuk ditelinga kalian. Bila kalian bersama orang yang banyak berzikir, sedikit sebanyak pastinya bibir kalian akan tergerak sendiri untuk mengingati Allah.

Bersama kawan yang baik, kalian akan dinasihati. Bersama kawan yang buruk, kalian diajak pula kearah kemaksiatan. Kawan yang baik harus dirapati, kawan yang buruk harus dijauhi, kawan yang kafir perlu didakwahi. Dijauhi disini bukan bermaksud meninggalkan terus tetapi kalian perlu ada usaha untuk menasihati mereka kearah kebaikan. Islam dibina atas dasar ukhuwah, Rasulullah perlukan Para Sahabat untuk berjuang, Para Muhajirin perlukan Ansar untuk bersama membina kekuatan, dan kerana kawan yang soleh jua kalian perlukan untuk bersama-sama berjuang membela agama Islam.

Percaya kawan berpada-pada, usah terlalu mempercayai usah terlalu meragui kecuali dia seperti Abu Bakar As-Siddiq. Sokongan padu pada kawan harus secara total. Bersangka baik itulah serendah-rendah peringkat ukhuwah. Melebihkan kawan dari diri sendiri (itsar) itu sebaik-baik peringkat ukhuwah. Yang penting dalam apa-apa tindakan perlulah berhati-hati.
Jadi fikirkanlah semula, kaji semula rakan-rakan kalian, tapis semula sikap dan sifat mereka, ambil yang jernih supaya hati kita bertambah bersih dan kasih....bersambung..~

PMR - Penyelesaian Masalah Remaja (pengenalan)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dengan izin Allah diriku selamat pergi ke Mekah dan selamat pulang ke Mesir dengan keadaan sihat sejahtera...

Penyelesaian Masalah Remaja...tajuk ini dipetik dari sebuah buku bahasa Inggeris dari India yang aku beli di Mekah Al Mukarramah. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kalian yang masih bergelar remaja, tidak kira lelaki atau perempuan yang berumur dalam lingkungan 15 sehingga 24 tahun dan khusus buat mereka yang masih membujang....

Wahai sahabat remajaku sekalian,

Sekarang kita sedang berada dalam suatu alam yang menjadi titi yang menghubungkan dua kehidupan, dan diatas titi ini penuh dengan perkara yang menarik dan menggodamu. Dalam lingkungan umur ini kalian akan melihat didalam diri kalian keseronokan yang mengasyikkan, harapan yang menggunung, semangat yang membara, cita-cita yang sangat tinggi dan kehendak yang sangat berbagai pada itu dan ini menyebabkan kalian tidak cukup rehat. Kalian melihat diri kalian tiada siapa yang membantu, malahan jauh sekali untuk mencapai segalanya, dan tiada kuasa untuk memenuhinya.

Kerana jiwa muda itu darah yang mengalir sungguh panas dan bersemangat. Hidup yang tiada tanggungjawab. Malangnya disekat dengan keadaan sekitar, ibu bapa, prinsip agama yang menghalang kalian bebas bagai burung di dalam sangkar. Kerana itu kalian sering memberontak dan ingin mengamuk sesuka hati.

Wahai jiwa remaja, sedarilah bahawa kalian masih berada di alam 'tabung uji', dimana alam untuk menyesuaikan diri untuk menjadi seorang dewasa kelak. Barang siapa yang merasai manis pahit sepanjang remajanya akan belajar dari pengalaman. Sedarilah begitu banyak perkara yang perlu dibuat didalam umur yang singkat ini.

Jangan ingat mereka yang melanggar peraturan jalan raya mampu melepasi kesesakan lalulintas dan kerana itu juga jangan ingat hidup bebas tanpa batasan di dunia akan juga terbebas
di Akhirat. Tiada siapa yang boleh biarkan anda untuk hidup bebas sesuka hati.

Buat terakhir sekali wahai sahabat, ingat sekali lagi kalian sedang berdiri di suatu lembah gaung untuk meniti di titian yang rapuh sehingga sampai ke daratan yang seterusnya. Andai kalian terkejar-kejar terburu-buru, maka jika tergelincir sukar untuk kembali berdiri dengan seimbang. Jadi berhati-hatilah melihat titian itu, imbangkan badan, jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan, insyaAllah akan tiba jua ke sana hanya dengan KESABARAN......bersambung.....


Tazkirah Ramadhan 8 (last)

Alhamdulillah...sampai juga ke ramadhan ke 20..dan mungkin ini tazkirah terakhir sebelum malam ini bertolak ke madinah kemudian mekah untuk berumrah...cadangnya nak habiskn tazkirah sampai ke 30...tapi disebabkan masalah internet yang tiada...maka ini yang termampu...semoga bermanfaat...

8th mission - SETIAP LANGKAH DENGAN ISTIGHFAR DAN KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH

Rasulullah bertaubat sehari sebanyak 100 kali walaupun baginda seorang yang maksum. Apatah lagi kita manusia yang sering melakukan dosa. Jadi apalah salahnya apabila kita berjalan melangkah keluar rumah, menuju ke tempat kerja, menuju ke sekolah, menuju ke masjid atau kemana-mana jua lazimi bibirkan kita menyebut 'astagfirullah' dan 'la ilahaillallah'. Sedang kita keluar rumah terlihat aurat...sedikit dosa. Menonton filem yang berbagai perkara tidak elok...dosa lagi. Sedang bercakap terumpat...dosa lagi. sedangkan kita tahu akan semua dosa yang kita lakukan tapi sukar untuk dielak. jadi kerana itu dengan istighfar menjadi teman supaya kita sentiasa memohon ampun daripada pencipta kita. kemudian, hidup kita tidaklah kekal selama-lamanya. didunia ini hanyalah persinggahan yang sementara. jadi bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nyawa yg dipinjamkannnya. apa juga salahnya kita senantiasa menyebut kalimah syahadah itu supaya kita sentiasa meyakini bahawa hanya Allah tuhan yang maha satu. dan supaya kita sentiasa bersedia untuk mati dalam keadaan mengingati Allah. Kerana ada insan-insan yang masih berat untuk mengerjakan solat. Malah ada juga yang masih berat untuk mengamalkan amalan-amalan sunat. Jadi mulalah dengan semudah-mudah amalan, berzikir, supaya menjadi manis amalan seterusnya...wallahualam...doakan perjalananku sepanjang di tanah suci...~

Tazkirah Ramadhan 7

System activated!!!!! Nak kena aktif puasa-puasa ni..bukan TIDo jek..=)

7th mission - MENDOAKAN ORANG LAIN TANPA MEMBERITAHUNYA

Perkara ni kadang-kadang kita selalu lupa. Doakan untuk diri sendiri je. Jadi mulai hari ini. Kita berdoa untuk orang lain juga. Sebabnya mendoakan orang lain tanpa memberitahunya insyaAllah doa itu makbul. Kerana ia menunjukkan keikhlasan seseorang dalam meminta sesuatu pada Allah. Kalau kita imbas kembali bagaimana Rasulullah sering mendoakan umatnya supaya selamat di akhirat. Sehingga waktu kewafatan baginda pun hanya merisaukan umatnya diakhir zaman. Jadi doalah untuk diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga, sahabat2, guru2, orang2 islam di palestin, iraq, bosnia, afgahnistan, lubnan, china, dan diserata tempat dan yang terakhir doakanlah kejayaan umat islam. Wallahualam...

Selamat berbuka puasa...~

Tazkirah Ramadhan 6

Rumah ke-putus-an enthernhet...so x dpt nk update..jadi terpaksa menumpang internet di rumah sahabat yang ber ether-net...

6th mission - BELAJAR DARI KESILAPAN

Kita...Manusia...Silap....Perkara biasa....Tapi....Kena belajar. Kena belajar. Kena belajar. Ambil ikhtibar..belajar dari kesilapan. Sentiasa tersilap? Sentiasa kena belajar. Jatuh? Cuba bangkit. Selalu buat dosa? Cuba dan cuba elakkan. Selalu mengumpat? Belajar tutup mulut. kemudian muhasabah dan bertaubat. Memang lumrah manusia membuat silap. Lagi-lagi kita yang bukanlah berpangkat nabi, atau rasul, atau malaikat..dosa itu memang selalu bergelumang dalam diri. Kerana itu jadikan ramadhan waktu bermuhasabah dan yang penting JANGAN BERPUTUS ASA. Terus dan teruskan. Ingat...Para Rasul berdakwah sehingga mengambil risiko dibunuh, walaupun sedikit sangat mereka yang menerima ajaran mereka. Namun...mengapa mereka tidak pernah berputus asa walaupun berkali-kali mereka gagal. Usah cari masalah, tetapi carilah penyelesaian. Sebelum penyelesaian terakhir menyelesaikan kita sehingga selesai semua perkara...iaitu MATI...

Selamat menjalani ibadah puasa...~

Tazkirah Ramadhan 5

Semalam iftar jamie di rumah tuan pengerusi...sedap...syukran atas jemputan...=)

5th mission - MEMBERI PERINGATAN PADA AHLI KELUARGA

Terkadang kita melihat sendiri ada antara ahli keluarga kita sendiri sentiasa sibuk dengan urusan dunia tidak kiralah bekerja, shif malam, tuisyen dan sebagainya. Tambahan pula mereka tidak sempat pergi ke kelas-kelas agama, kuliah subuh di surau atau ceramah-ceramah di masjid. Maka dengan itu apabila ilmu-ilmu pendidikan Islam yang didapati sejak zaman sekolah dahulu jika tidak diulang-ulang kembali akan hilang dan dilupakan. Apabila ianya hilang maka tiadalah aplikasi dalam kehidupan seharian dan secara batinnya tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup. Hanya sekadar Islam di Kad Pengenalan. Kebiasaannya dalam sebuah keluarga pastinya ada seorang atau dua yang menjadi contoh, anak yang mendekati agama. Jadi menjadi tugas untuk menyampaikan tazkirah ataupun peringatan pada kakak-kakak, abang-abang atau adik mereka sendiri yang terkadang lupa mengenai Islam. Allah juga mewajibkan orang lelaki untuk pergi solat jumaat. Kerana bukan semata-mata untuk solat itu, namun kepentingan mendengar khutbah itu sama penting kerana itulah sumber ilmu agama kepada mereka yang sibuk dengan urusan dunia. Kemudian si suami yang mendengar khutbah itu menyampaikan ilmu itu pada isteri. Kemudian isteri pula akan meluangkan banyak masa bersama anak-anak dan menyampaikan ilmu itu. Jadi ia menjadi suatu sistem yang hebat, sentiasa memberi peringatan antara satu sama lain. Jadi sama-samalah kita memberi nasihat dan teladan yang baik kepada ahli keluarga...insyaAllah...~

Tazkirah Ramadhan 4

Semalam dapat juga berbuka puasa beramai-ramai di syatbi..Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...Hari ke 4...

4th mission - MEYAKINI SEGALA PERKARA DENGAN IZIN DAN KEHENDAK ALLAH

Apa maksudnya?? Maksudnya setiap perkara yang berlaku diatas muka bumi ini diatas izin Allah dan Allah jualah yang mengetahui akan segalanya walaupun hanya bekata-kata didalam hati. Seseorang dilahirkan dalam keluarga miskin kerana Allah yang menetapkannya..seseorang dibesarkan dalam keluarga yang kaya juga kerana diatas kehendak Allah. Hal ini kerana Allah mampu menilai yang terbaik untuk hambanya. Berbeza dengan manusia sukar memilih yang terbaik antara yang terbaik. Oleh kerana itu belum tentu mereka yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya. Itu semua masih tertakluk pada usaha hambaNya dalam mengubah kehidupan namun masih dalam lingkungan keizinan Allah. Tetapi ramai lagi yang tidak bersyukur atas kurniaan dari Allah. Ramai lagi yang masih kufur dan bongkak diatas muka bumi yang sementara ini...mengapa??? Kerana manusia itu diuji. Sejauh mana kepercayaannya pada Allah...iman...akidah...tauhid dan segalanya...dan kerana itu Allah menciptakan Syurga dan Neraka...

Oleh itu para sahabat...ingatlah...

1. Hidup kita ini hanyalah pinjaman yang sementara daripada Allah..kelak Allah akan mengambil ia semula...
2. Letakkan Allah sebagai penguasa tertinggi dalam pemikiran kita...dan Rasulullah sebagai contoh teladan kita...
3. Letakkan hukum-hukum Allah yang tertinggi berbanding dengan hukum ciptaan manusia.
4. Meyakini Qada dan Qadar Allah...

Selamat menjalani madrasah Ramadhan...=)

Tazkirah Ramadhan 3

Menjelang sudah hari ke 3...masih perlu diberi peringatan, mengingatkan orang lain, supaya lekat di ingatan dan ingat pada setiap masa...

3rd mission - PERBANYAKKAN SEDEKAH

Kalau di bumi mesir ni terkenal dengan 'Maidah Rahman' dimana begitu ramai yg bersedekah dan mampu memberi makan untuk berbuka puasa secara percuma untuk orang ramai. Tidak kira orang miskin, papa kedana, atau kuri (orang korea) sini (orang cina ), diperboya ataupun tidak boleh makan di situ. Juadahnya boleh dikatakan bukan sahaja mengisi perut malah mengeyangkan lagi dan sedap disisi lidah orang arab. Sifat bersedekah itu tertonjol dalam bulan Ramadhan. Apatah lagi ada kisah dimana seseorang berdiri dihadapan kereta yang sedang bergerak hanya untuk memberikan makanan untuk berbuka puasa. Oleh itu sedekah ada banyak kelebihan dan hikmah antaranya;

1. Membantu orang susah - memberi modal untuk hidup - membanyakkan orang islam yang berkemampuan (berlawanan dengan riba)
2. Memupuk sifat berkorban untuk agama...insyaAllah baik disisi Allah
3. Memupuk sifat ikhlas dalam diri...kemudian ikhlas dalam beribadah dan menjadi khusyuk
4. Salah satu cara untuk bank-in harta ke akaun akhirat...
5. Allah memberi lebih banyak nikmat di dunia....insyaAllah...

Para sahabat pernah menyedekahkan seluruh hartanya untuk Islam...apakah berat untuk kita memberikan sepuluh ringgit untuk peminta sedekah?? Tepuk dada tanya iman masing-masing...

SELAMAT BERPUASA...~

Tazkirah Ramadhan 2

Masuk hari ke 2...Alhamdulillah..setelah hari pertama yang penuh cabaran di bumi anbiya ini...tapi menyeronokkan...

2nd mission - MEMPRAKTIKKAN SUNNAH RASULULLAH

Siapakah Rasulullah? Bagindalah manusia yang paling dipercayai sepanjang zaman...apa yang dibuatnya benar belaka, diucapkannya benar bekala, dan disampaikannya semuanya benar belaka. Jadi kenapa kena ikut sunnahnya?

1. Kerana kita ni manusia jahil dalam agama...jadi untuk sampai ke destinasi akhirat dengan selamat, perlulah mengikuti jejak langkah baginda.
2. Kerana apa yang dilakukannya bersamaan dengan kehendak Allah tuhan kita.
3. Kerana baginda sudah menjadi perintis dalam cara hidup yang terbaik untuk manusia. Kita hanya tinggal nak ikut sahaja.
4. Kerana cara hidup yang baginda tunjuk secara keseluruhan dalam kehidupan. Tidak kira dari segi kesucian, perhubungan, pernikahan, jual beli, peperangan, ekonomi, sosial dan sebagainya.
5. Kerana teknik hidup baginda juga bertepatan dengan kehendak tubuh badan tidak kira dari segi sistem badan (physiologi) struktur badan (anatomi) dan pencegahan penyakit (pathologi)

Jadi jika ingin mencari sunnahnya...banyak buku-buku boleh dibeli dan dibaca di kedai-kedai buku...selamat beramal...=)

Tazkirah Ramadhan 1

Alhamdulillah...dapat juga kita bersama-sama ramadhan kali ini....

1st mission - BERUBAH KEARAH KEBAIKAN

Bagaimana????????

Ada suatu kisah dimana seorang gadis ini dibesarkan dalam keluarga serba mewah dan boleh memiliki apa sahaja yang dikehendakinya. Ibu bapanya beragama Islam, tetapi kurang mengamalkannya kerana masih jahil dalam ilmu agama. Jadi gadis mereka itu kurang mendapat didikan agama yang secukupnya. Dia tidak berapa mengenali Islam. Solat? Puasa? Pakai tudung? What for??? Dia tidak faham kenapa perempuan perlu pakai tudung..dengar-dengarnya untuk tutup aurat. kenapa agama mengongkong wanita? bisik hatinya..datang musim ramadhan...baju raya, kuih muih, balik kampung, ada sale kt pasaraya...oh alangkah seronoknya...itulah yang mengembirakan apabila masuk bulan ramadhan...tiba-tiba suatu hari sedang dia sibuk membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan, dia terlihat seorang gadis lebih kurang sebayanya cantik bertudung labuh dan berjubah...dia terpesona...lantas hatinya berbisik.."Ah jangan terpedaya...Islam mengongkong kau sahaja" dia berpaling dari melihat gadis itu...berjalan lagi dia terserempak lagi dengan gadis itu...dan termenung...hatinya menafikan lagi namun dia tidak mampu melawannya lagi...memang wajah gadis bertudung labuh itu nampak bersinar, tenang, cantik, terjaga, dan seolah-olah ada yang memeliharanya...sungguh dia terpesona...lantas dikala itu juga dia terus membeli buku di kedai buku bertajuk MENGAPA PERLU AKU MENGAMALKAN ISLAM....sehari demi sehari dia membaca sehingga habis...indah namun masih belum berjumpa jalannya...

Sehinggalah di sepuluh akhir ramadhan...dia bertemu dengan salah seorang ustaz...bertanyakan bagaimana mahu berubah kearah kebaikan? sukar sungguh untuk solat, berpuasa, apatah lagi memakai tudung...lalu dengan tenang ustaz itu memberikan langkah-langkah yang mudah...

1. Menghadiri majlis-majlis ilmu agama ( pergi sahaja walaupun masih belum bertudung )...
2. Belajar Menyempurnakan ibadah-ibadah wajib...( solat, puasa, zakat )
3. Menambah dengan amalan sunat ( sedekah, solat sunat )

Alhamdulillah, ramadhan kali ini benar-benar memberikan pengajaran dan madrasah pada gadis tersebut.kini dia sudah cantik betudung menutup aurat..Menjelang syawal gadis itu menangis kerana ramadhan meninggalkannya...Sekarang barulah dia percaya..Siapa yang mencari Islam, dia akan merasai kenikmatannya lebih daripada menurut hawa nafsu semata-mata...

wallahualam...