Perjalanan

Sebulan berlalu, terkenang kembali...

Suasana riuh-rendah di Iskandariah, berdebar-debar menanti apa yang berlaku. Pemberontakan rakyat kepada pemimpin. Kemudahan diputuskan kerajaan. Peperangan berlaku. Kereta perisai mundar mandir di jalanan pantai. Perintah berkurung dilaksanakan. Penuh debaran menanti takdir yang akan menimpa. Semuanya telah tertulis.

Terus...memikirkan untuk pulang ke tanah air bersendirian. Membuat perbincangan keluarga pada yang terbaik. Akhirnya doa termakbul, dihantar pulang dengan percuma. Kerajaan Malaysia menanggung semuanya. Alhamdulillah.

Perjalanan bermula, semua dikerah berkumpul di asrama Mara pagi Jumaat. Petang itu namaku naik terus ke lapangan terbang Nohza. Menanti sehari di airport. Tidur dibangku ruang menunggu. Seronok bersama rakan. Semua berlaku kerana kapal terbang delay.

Pagi Sabtu, baru tiba kapal terbang Charlie 4 kipas. Bersaiz sebuah bas, dimuatkan 200 orang. Selama 3 jam duduk memeluk lutut. Seronok mendapat pengalaman. Tiba jua di Jeddah.

2-3 hari di Jeddah. Berebut nombor giliran, dapatlah giliran ke 2649. Tidak pernah berlapar di Jeddah, makanan melimpah ruah. Tidak lama nama keluar petang Selasa. Terus beratur menuju ke airport Jeddah.

Menaiki Boieng 474, tempat duduk ditingkat 2. Perjalanan menuju ke Jakarta. Terus tiba di Jakarta hari Rabu pagi. Sedikit masalah teknikal, namun tiada masalah menuju ke Malaysia. Dengan menaiki Air Asia, Tiba terus di LCCT KLIA petang Rabu.

Melihat ibu ayah tersenyum, aku selamat tiba jua di tanah air tercinta. Tidak lama berita menyatakan kejayaan rakyat Mesir menggulingkan pemimpin kejam mereka yang kecut tali pusat. Kini diperintah pulang semula untuk menyambung pengajian. 17 Mac, pasti menemuiku, jika panjang umur...

Meneruskan perjalanan tiada sempadan...

Kita yang tinggal...

Seorang telah pergi, diusia yang sama dgn aku...

Masa dia pergi, waktu sihat sama dgn aku...

Benar, ajal datang tanpa mengira waktu...

Melihat dirinya, seolah bersedia menhadapi waktu itu...

Melihat aku, jujur aku masih belum bersedia apa pun lagi...

Bekalanku...masih aku belum pasti apakah aku selamat...

Namun aku diberi masa lagi...

Dia sudah terputus dari ujian dunia...

Aku, masih sakit melawan dugaan godaan dunia...

Ajal...biarlah kau menjadi guruku selama aku hidup...

Selamatkanlah kami hamba-hambamu ini Ya Allah...

Seorang Ibu Melahirkan Pemimpin...

Bukan sepatutnya 'seorang ibu melahirkan bayi'?...Tapi inilah dalam tatabahasa bahasa Arab...yang membawa maksud, ibu itu melahirkan bayi yang akan menjadi pemimpin kelak...Siapa pemimpin itu? Siapa? Dia adalah...KAMU....KALIAN.....KITA....juga SAYA, yang diperintahkan untuk menjadi khalifah muka bumi....



Ketika ini aku tidak mengenal apa erti hidup. Senyum, gembira, main, ketawa, menangis, itu sahaja. Siapakah aku? Kenapa aku? Dimana aku? aku tidak tahu...Malah untuk apa aku diciptakan, juga aku tidak pasti. Lalu masa berlalu dan terus berlalu, pengalaman ditimba, susah senang dirasa, kenyang lapar dibeza, baik dan buruk dipertimbangkan..aku semakin faham dan faham....


Tujuan diciptakan, hanya untuk menjadi hamba kepadanya...sifat hamba = patuh dan taat. Tiada apa yang boleh ditentang. Hanya patuh sahaja setiap perintahNya. Lantas kenapa aku diuji? Kerana ujian itu meningkatkan martabat hamba, daripada muslim, kepada mukmin, kepada solehin sehinggalah menjadi murabbi...Untuk apa? sebagai bekalan dinegeri akhirat...kini aku kian membesar...




Tugas semakin mencabar, menjadi KHALIFAH muka bumi...untuk mentadbir bumi, menegakkan agama Allah. Itulah tugas Khalifah. Mewarisi sunnah Rasulullah. Itulah KITA, dan KAMU...usah gentar, usah takut. Hidup sebagai mujahid, mati sebagai syahid. Kelak segala benda yang dipinjam akan dipulangkan semula pada pemiliknya...Ingat, semua orang adalah pemimpin. Sabda Rasulullah mafhumnya, Hamba itu pemimpin pada harta tuannya, Ibu pemimpin kepada seisi rumah, Ayah pemimpin kepada keluarga, dan Ketua negara pemimpin kepada negara...Sedarkah siapa kita?

30 Zulhijjah 1431 vs 31 Disember 2010

10...9...8...7...6...5...4...3...2...1....

"Boommm" bunyi bunga api menghiasi langit dikala kegelapan malam...cantik, sungguh indah...Bagi pasangan-pasangan diatas muka bumi menganggap itulah detik paling romatik ketika bersama...

31 Disember 2010...

Banyak lagi persiapan belum dibuat sebelum masuk tahun baru, getir hatiku...cuti dah nak habis, anak-anak sudah nak mulakan persekolahan sesi 2011. Poket pun hampir rabak gara-gara memenuhi permintaan anak-anak yang inginkan itu dan ini. Tambahan isteri pula inginkan berbagai hadiah sempena tahun baru. Serabut fikiranku...

Tidak apa, tahun depan aku akan jadi manager yang terhebat atas dunia. Semua blueprint sudah siap untuk dilaksanakan. Apabila siap Seven Wonder Tower tahun depan, pastinya wajah aku akan terpampang di dada-dada akhbar dan muka hadapan majalah. Alangkah seronoknya menjadi jutawan...

Mak, tiba-tiba aku teringat emak di kampung. Tidak apalah, emak tahu yang aku sibuk. Pastinya dia faham keadaan aku. Setakat dua tahun tidak pulang, apalah sangat. Tahun depan aku cuba untuk balik kampung, kalau berkesempatan. Tapi isteri aku ingin pula aku pulang ke rumahnya. Aduh, tidak sanggup aku melukakan hati isteri yang paling aku sayang. Tidak apalah kalau tidak pulang ke kampung, asalkan isteri aku bahagia...

'Kondom Bersepah Apabila Masuk Tahun Baru'....headline akhbar Now Malaysia..alah, biasalah perkara tu. Muda-mudi sekarang fitrah nak merasakan sesuatu yang seronok dan baru. Aku dulu pun bukan tak pernah. Bahagia je sekarang. Walaupun sudah bercerai talak 4 kali, itulah kebiasaan. Lebih baik tidak berkahwin kalau asyik bercerai saje. Buat membazir je duit aku. Hidup hanya sekali, baik hidup puas-puas....

30 Zulhijjah 1431....

Allah, sebentar lagi kitab amalanku akan diambil oleh malaikat. Bagaimana agaknya amalanku tahun ini? Apakah diterima Allah, ataupun sebaliknya...Nauzubillah...berjurai air mata aku mengenangkan dosa-dosa yang aku lakukan sepanjang tahun ini, dan betapa sedikitnya amalah kebaikan yang aku lakukan...Ya Allah, ampunilah dosaku...

Masuk tahun baru, apakah aku masih diberi bonus nyawa tahun depan? Menghitung amalan, beg yang ingin dibawa sebagai bekalan ringan sangat. Bagaimana agaknya aku hendak menjawab didepan Allah? Aku sedar, tiada jalan tengah antara syurga dan neraka. Kalau tidak ke syurga, kenerakalah jawabnya. Azab paling ringan pun memakai selipar neraka yang boleh mendidihkan otak. Ya Allah, berilah masaku untuk bertaubat kepadaMu...

Tahun depan aku akan pastikan anak-anak sudah menghafal lime juzuk bersama terjemahan. 10 hadis lekat dikepala. Biar dewasa kelak menjadi insan yang berguna pada agama Allah. Andai mereka hidup, mereka akan hidup sebagai mujahid, dan jika mereka mati, mereka akan mati sebagai syahid. Biarlah, itu matlamat aku yang jelas...Bantulah aku Ya Allah...

"Sayang...apakah permintaan sayang buat tahun depan?" tanyaku pada isteri...lantas dia menjawab..." Syg nak abang bimbing syg menuju ke syurga..." jantungku berdegup kencang...apakah selama ini sudah cukup ilmu agama yang aku curahkan pada isteri, apakah sudah cukup bimbingan agama buat anak-anak, apakah aku menjalankan amar makruf nahi mungkar, apakah aku sudah mengembirakan hati ibu ayah, apakah aku mampu melangkah ke pintu gerbang syurga?? Allah........

PMR - Adab Bertemu dan Berkumpul

1. Selalu bersama-sama orang yang baik dan soleh.

2. Mulakan pertemuan dengan Al-Fatihah dan akhiri pertemuan dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr

3. Niat bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

4. Ambil tempat dimana yang kosong dan jangan melangkah orang lain untuk duduk di hadapan.

5. Jangan duduk di bahagian tengah dimana orang lain membuat bulatan.

6. Jangan mengambil tempat orang jika dia keluar sebentar sahaja.

7. Jika dua orang duduk berhampiran dan sedang berbual, maka janganlah kita terus duduk di antara mereka tanpa mendapat izin mereka.

8. Biarkan hanya seorang sahaja yang berbicara dalam sesebuah pertemuan dan elakkan dari mencelah akan ucapannya.

9. Ucapkan salam apabila masuk didalam perkumpulan.

10. Sekiranya bertemu dengan mana-mana Muslim maka ucapkanlah salam dan berjabat tangan.

11. Senyumlah pada mereka apabila bertemu

12. Jangan masuk ke rumah orang tanpa izin, dan berdirilah jauh sedikit daripada pintu selepas mengetuk pintu.

13. Jika bertemu berlainan jantina, maka patuhilah syariat dan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah.

PMR - Adab Memimpin dan Dipimpin

Kepimpinan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Tanpa kepimpinan, sesebuah masyarakat hidup dalam keadaan kucar-kacir, mementingkan diri sendiri dan berlaku kezaliman yang nyata. Rasulullah juga seorang pemimpin, ketua agama, ketua negara, ketua masyarakat, ketua keluarga dan kepimpinannya sangatlah bijaksana sehinggakan agama Islam kekal hingga ke hari ini. Jadi bagaimana adab-adab kepimpinan...

Adab pemimpin kepada orang yang dipimpin.

1. Belaku adil pada setiap golongan masyarakat.

2. Melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar pada kemaksiatan.

3. Menjaga kebajikan rakyat merangkumi semua keperluan asasi

4. Menjadi contoh tauladan kepada masyarakat.

5. Melaksanakan dakwah untuk mengembangkan agama Islam

6. Mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin melebihinya.

7. Meletakkan hukum Allah sebagai perlembagaan utama dalam pembentukan undang-undang.

Adab dengan pemimpin

1. Mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu masih mengamalkan syariat Allah.

2. Menghormati dan menyayangi pemimpin seperti saudara seislam yang lain.

3. Menjaga maruah pemimpin bermaksud dilarang memburuk-burukkan pemimpin selagi tiada berlaku kezaliman yang dilakukannya.

4. Memberi kerjasama dan sanggup berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab bersama-sama pemimpin.

5. Memberi teguran melalui saluran yang tertentu secara berhikmah seandainya pemimpin itu tidak menjalankan amanahnya dengan baik.

6. Menziarahi pemimpin tanda sokongan dan hormat kepada mereka.

7. Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran, tenaga dan sumbangan harta dalam membangunkan masyarakat.

PMR - Adab tidur dan berjaga

1. Berjaga sehingga lewat malam dan bangun lewat di siang hari adalah sifat yang negatif dan melemahkan kesihatan.

2. Tilam yang lembut dan empuk menyebabkan kekerapan mimpi basah. Tambahan pula ia menambah keinginan untuk rehat yang berlebihan.

3.Kibas katil dengan kain sebelum tidur untuk mengelakkan serangga yang berbahaya.

4. Baca Al-Quran surah yang kalian hafal sebelum tidur dan bermuhasabah diri sebelum terlena serta memohon ampun daripada Allah atas kesilapan dan dosa dihari itu.

5. Elakkan berbaring dilambung kiri atau meniarap, kerana ianya bersamaan dengan sikap syaitan, malahan membawa banyak penyakit.

6. Tidur bersama fikiran yang kotor akan menyebabkan mimpi yang menyeramkan. Tenangkanlah fikiran dan sentiasa ingat Allah dikala ingin pejamkan mata.

7. Tidur yang menutup muka akan menghalang udara segar dan sesak nafas, jadi biarlah tidur dalam keadaan terbuka dibahagian muka.

8. Amalkan bangun awal dikala sebelum waktu subuh dan membuat sedikit munajat pada Allah ataupun qiamullail. InsyaAllah seharian itu akan sentiasa segar dan bertenaga.

9. Sekiranya mendapat mimpi yang baik maka ucapkanlah 'alhamdulillah' dan sebaliknya jika mendapat mimpi yang buruk maka beristigfarlah...

10. Ucapaknlah "La haulawala quwwata illa billahil aliyyul azim" jadi mimpi ngeri itu tidak berulang lagi

PMR - Adab-adab menjaga kebersihan

Kebersihan sebahagian daripada iman...bermakna, antara elemen penting dalam menjaga iman adalah menjaga kebersihan dan kesucian diri dan persekitarannya. Allah sangat menyukai orang yang pembersih. Hakikatnya kebersihan hati mustahil tanpa kebersihan diri. Beberapa langkah penting harus dititik beratkan..

1. Beristinjak selepas membuang air kecil atau besar.

2. Jangan menghadap kiblat dari depan atau belakang semasa buang air.

3. Jangan kencing dalam keadaan berdiri untuk mengelakkan najis di pakaian ( Orang yang kencing bediri akan mendapat seksaan kubur )

4. Jangan membuang najis di jalanan, antara pokok atau di tempat orang duduk.

5. Masuk ke tandas mulai kaki kiri, bertutup kepala, berselipar, dan tidak bertelanjang bulat.

6. Membaca doa sebelum masuk ke dalam tandas

7. Jangan membuang hingus, atau membuang kahak dihadapan orang lain.

8. Segera mandi sekiranya terkena najis

9. Jaga kebersihan gigi, telinga, dan kulit dan mandilah selalu...

PMR - Adab-adab pakaian

Al-Quran menyatakan beberapa keperluan memakai pakaian:

a) Menutup tubuh
b) Selamat daripada suhu cuaca
c) Selamat daripada musuh
d) Sebagai hiasan diri
e) Namun pakaian terbaik adalah taqwa

Kebelakangan ini kita sudah lupa semuanya mengenai pemakaian hasil pengaruh budaya barat. Hiasan diri menjadi jual beli dan meletakkan Al-Quran sebagai panduan terakhir. Kita lihat sendiri, diwaktu bernikah, kenapa baru nak pakai tudung? atau kematian kedua ibu bapa atau ke perkuburan baru ingin menutup kepala? atau adakah ianya sekadar adat bukannya ibadat? Pakaian wanita yang tidak cukup kain untuk menutup dada, lelaki yang berani hanya berseluar dalam di pantai, wanita yang memakai pakaian yang jarang dan ketat, atau lelaki yang membiarkan rambutnya panjang seperti perempuan, apakah Islam itu hanya pada kad pengenalan?

Wahai remaja pewaris generasi Islam kemudian, setiap apa yang Allah perintahkan punyai hikmah yang besar. Ada sebab kenapa Allah memerintahkan untuk menutup aurat. Semuanya kerana adanya nafsu. Namun kalau tiada nafsu maka tiadalah cinta dan tiadalah zuriat, maka hilanglah nikmat terbesar di dunia. Jadi Allah meletakkan beberapa adab dalam berpakaian...

1. Pakaian untuk menutup badan, menambah kesucian, membina perasaan malu dan memelihara maruah diri daripada tercemar.

2. Mengucapkan syukur ketika memakai pakaian, dan sedekahkanlah pakaian lama kepada orang yang lebih memerlukan, bukannya dibuang begitu sahaja.

3. Membaca doa sebelum memakai pakaian.

4. Pakaian putih lebih baik untuk lelaki.

5. Seluar yang dipakai biarlah berpada-pada (paras buku lali) dan janganlah sehingga mencecah lantai kerana akan mengotorkan seluar lalu membawa masalah dalam solat.

6. Diharamkan memakai sutera bagi lelaki kerana ianya hanya untuk wanita.

7. Jangan memberikan isteri pakaian yang boleh menembusi pandangan, atau yang ketat, kerana jika dipakai maka berdosalah di suami.

8. Lelaki diharamkan memakai pakaian seperti wanita dan juga sebaliknya termasuklah gelang, rantai yang kononya mengikut trend masa kini bagi lelaki.

9. Jangan jadikan pakaian untuk kita bongkak, sombong, menunjuk-nunjuk, dan bersederhanalah untuk membina ketaqwaan kita pada Allah.

10. Jangan memakai emas bagi lelaki, tidak kiralah dia pembesar mahupun sultan sekalipun.

11. Wanita dilarang memakai wangian untuk menarik perhatian lelaki tetapi baik untuk suami.

12. Wanita biarlah memakai pakaian berwarna sederhana yang bukannya sangat terang kerana ia mampu menarik perhatian lelaki untuk melihat.

13. Pakaian biarlah sentiasa bersih kerana ia menandakan berimannya seseorang pada Allah.

PMR - Adab-adab ketika makan

Makanan, merupakan sumber utama untuk meneruskan kehidupan. Allah berfirman, ambillah makanan yang bersih dan suci dan jangan makan makanan yang jijik dan kotor. Setiap apa yang Allah larang untuk dimakan pastinya mempunyai hikmah yang besar, kerana khinzir tempat hidupnya cacing dan arak merosakkan organ hati. Ambillah beberapa pengajaran dibawah ini dan amalkan didalam kehidupan seharian.

1. Basuh tangan sebelum makan (banyak bakeria akan melekat di tangan)

2. Membaca basmalah sebelum makan dan hamdalah selepas makan (tidak makan bersama syaitan)

3. Duduk mengikut sunnah dimana kedua lutut kebawah atau satu lutut berdiri dan satu lagi kebawah untuk mengelakkan terlalu kenyang (lutut itu menekan perut dan memelihara kesihatan perut)

4. Makan dan minum menggunakan tangan kanan (jari-jemari tangan kanan mampu mengeluarkan enzim untuk memudahkan penghadaman)

5. Makan apa yang ada dihadapan kalian dahulu. Jangan sibuk mengambil makanan yang jauh kerana orang lain tidak suka akan perbuatan itu. Mintalah dengan baik untuk menghulurkan makanan yang tidak dicapai tangan.

6. Jangan cari kesalahan diwaktu makan, makan apa yang kalian mahu dan tinggalkan yang tidak mahu.

7. Jangan meniup makanan kerana udara juga mempunyai banyak habuk dan kuman.

8. Jilat jari selepas makan kerana ia juga merupakan sunnah Rasulullah.

9. Makan bersama mengundang rahmat daripada Allah. Juga eloklah bertukar-tukar masakan.

10. Kalau kalian pergi makan ke rumah orang maka doakanlah pemberi makanan itu supaya dirahmati Allah.

11. Jangan berlaku sombong ketika makan. Sesudah makan basuhlah pinggan kalian kerana Allah menyukai hambanya yang memudahkan orang lain.

12. Makan dengan sopan dan bertatasusila.

13. Dilarang makan atas pinggan emas atau perak.

14. Jangan makan ketika baring, kerana akan merosakkan penghadaman.

15. Ketika membasuh pinggan, pastikan pinggan itu bersih sebersihnya.

16. Minum air bahagikan untuk 3 nafas. Minum meneguk sekali terus tidak elok untuk penghadaman. Juga minum ketika bernafas bolem membuatkan seseorang tersedak.

17. Jangan menghabiskan duit untuk makanan yang mahal-mahal kerana lebih kepada membazir kerana masih mampu mendapatkan makanan yang berpatutan.

18. Jangan rasa tidak malu untuk pergi jamuan makan tanpa diajak.

19. Makanlah berbagai-bagai jenis makanan untuk menjanjikan nutrisi yang mencukupi.

20. Makan mengikut waktu, kerana enzim akan keluar mengikut kebiasaan waktu makan.

21. Gosok gigi selepas makan untuk mengelakkan cepatnya berlaku kerosakan gigi.